Langkau ke kandungan utama

Catatan

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Catatan terbaharu

Mayat wanita disyaki dibunuh ditemui dalam beg pakaian..

Mayat wanita disyaki dibunuh ditemui dalam beg pakaian

SHAH ALAM - Mayat seorang wanita disyaki dibunuh dijumpai di dalam sebuah beg dalam sebuah longkang di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, di sini awal pagi tadi.

Mayat mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 6 pagi sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Menurut sumber, mayat berkenaan ditemui di dalam longkang sedalam lebih dua meter di dalam sebuah beg pakaian.

"Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau dan menggelembung.

"Identiti mangsa belum dapat dikenalpasti, dan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat,"katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sumber-K! ONLINE

#999malaysia

Masalah kesakitan Dan kecederaan tengkuk akibat menggunakan gadget

Bayangkan sekiranya ada kampit beras dengan berat 27 kg diletakkan di atas tengkuk anda sepanjang hari.

Itulah yang berlaku sekiranya anda tunduk melihat gadget sepanjang hari.
.

Dalam posisi menegak, tengkuk boleh menampung berat kepala (4.5-5.4kg). Apabila anda tunduk ke bawah, beban berat ini akan meningkat sehingga 2 kali ganda!

Semakin anda tunduk, dengan dagu rapat menyentuh ke dada, semakin tinggi beban berat yang tengkuk perlu tanggung.

Dalam jangka masa pendek, posisi ini mengakibatkan masalah lenguh dan sakit tengkuk, kebas tangan dan lenguh bahu.

Sekiranya berterusan, masalah yang lebih serius menanti. Tulang tengkuk akan alami radang dan mula haus. Saraf tunjang boleh terhimpit dan saraf di tangan boleh rosak.
.

Penyelesaiannya mudah. Kurangkan penggunaan gadget dan elakkan menunduk apabila melihat gadget.
.
.
Sumber -public health malaysia

Dinding bilik runtuh akibat letupan dalam rumah

GEORGE TOWN, 18 Ogos -- Seorang wanita warga emas mengalami beberapa kecederaan pada anggota badan selepas berlaku letupan di dalam rumahnya di Tingkat 20 Pangsapuri Desa Green, Jalan Paya Terubong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.16 pagi itu, wanita berusia lingkungan 60-an berkenaan mengalami kecederaan kira-kira 15 peratus pada anggota badannya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan berlaku letupan di rumah itu dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di rumah tersebut, kami mendapati sebahagian dinding kediaman di bahagian bilik telah runtuh dan semasa kejadian terdapat seorang penghuni iaitu wanita berkenaan," katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, kesan daripada letupan itu turut menyebabkan keretakan pada dinding rumah sebelah, namun setakat ini punca letupan masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata …

Terlanggar cermin sisi sebuah kereta ,seorang lelaki dipukul

Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun cedera dipercayai dipukul lapan individu selepas terlanggar cermin sisi sebuah kereta di parkir berhadapan sebuah restoran di Jalan Sutera Taman Sentosa, Johor Bahru, malam Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, siasatan awal mendapati kejadian jam 11 malam membabitkan mangsa yang juga seorang peniaga.

“Mangsa memandu keretanya di Jalan Sutera berhadapan sebuah restoran sebelum terlanggar cermin sisi sebuah kereta lain,” katanya.

Katanya, pemilik kereta iaitu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun kemudian memarahi mangsa dan datang bersama tujuh individu lain.

“Suspek mengetuk kereta mangsa menggunakan kayu hingga mangsa keluar daripada kenderaannya, selepas itu suspek dipercayai memukul mangsa beramai-ramai.

“Siasatan lanjut ketika kejadian, mangsa dipercayai bersama isteri dan seorang anak lelakinya dalam kereta untuk mencari kedai makan di sekitar Taman Sentosa.

“Suspek dikatakan …

Subkontraktor didakwa di Mahkamah atas dua tuduhan cuba merompak motosikal seorang penghantar makananGrab Food

Subkontraktor didakwa di Mahkamah Majistret PJ atas dua tuduhan cuba merompak motosikal seorang penghantar makanan Grab Food dan mencederakan mangsa yang videonya tular di laman sosial minggu lepas.

Abu Bakar Subianto, 33, mengaku tidak bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan tidak mendekati mangsa.

Selain itu, mahkamah menetapkan 26 September depan sebagai sebutan semula kes.

Tertuduh yang tidak membayar jaminan ditahan reman di Penjara Sungai Buloh..

#999malaysia

Dilanggar Lori simen

Tak perasan katanye...

PEMANDU kereta berdepan detik cemas selepas kenderaannya dilanggar sebelum diseret sebuah lori simen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun, Kong Yoke Hong, 56, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian 4.30 petang itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika mangsa yang memandu Perodua Axia itu dalam perjalanan ke Puchong.

Menurutnya, selepas melalui persimpangan lampu isyarat di Jalan Klang Lama, mangsa yang berada di lorong kiri dikatakan mengubah haluan ke kanan memasuki lorong lori simen berkenaan.

“Pemandu lori terbabit pula dikatakan tidak perasan seterusnya melanggar bahagian belakang sisi kanan kereta mangsa hingga ia berpusing.

“Kereta berkenaan pula tersangkut pada bahagian depan lori simen berkenaan sebelum ia diseret,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sarifudin, hujan lebat me…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…