Langkau ke kandungan utama

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Baru sebulan sudah popular

MENARIK...sebahagian penari Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Sabah lengkap dengan pakaian tradisional membaca akhbar  Metro Ahad edisi Sabah.
MENARIK...sebahagian penari Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Sabah lengkap dengan pakaian tradisional membaca akhbar Metro Ahad edisi Sabah.
RASMI...Yahya (tengah), Zainul (kiri) dan Mustapa  ketika melancarkan  Harian Metro edisi Sabah, semalam.
RASMI...Yahya (tengah), Zainul (kiri) dan Mustapa ketika melancarkan Harian Metro edisi Sabah, semalam.
KOTA KINABALU: Meskipun baru bertapak di negeri ini, kira-kira setahun lalu, namun akhbar nombor satu negara, Harian Metro (HM) sudah memperlihatkan pengaruhnya menggamit perhatian rakyat negeri ini.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, hal itu terbukti apabila bulan lalu saja, Harian Metro sudah mencatatkan purata edaran harian sebanyak 7,000 naskhah sehari. “Saya yakin jumlah itu pasti meningkat kerana banyak laporan dipaparkan dalam HM sangat menarik, terkini, padat dan lebih dekat dengan masyarakat di segenap kawasan di samping memberi lebih pilihan kepada rakyat.

“Selain itu, saya berharap edarannya dapat diperluaskan lagi ke daerah lain terutama di kawasan pedalaman negeri ini,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran HM Edisi Sabah di Kompleks Beli-Belah Centre Point, di sini, semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Majlis turut dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa dan Pengarang Kumpulan HM, Datuk Mustapa Omar. Hadir sama Pengarang Eksekutif Berita HM, Othman Mamat, Pengarang Eksekutif Pengeluaran HM, Ahmad Salim Bachok, Pengarah Penjualan Iklan NSTP, Badrul Hisham Mahzan dan Pengarah Pemasaran NSTP, Zuraida Mohamad.

Pelancaran HM edisi Sabah turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan hiburan oleh artis tempatan di samping pembukaan kaunter penjualan akhbar berkenaan.

Musa berkata, pelancaran HM edisi Sabah dilihat sebagai satu lagi medium yang akan mendekatkan rakyat Sabah dengan kerajaan.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan kedatangan akhbar ini dan berharap penduduk Sabah akan memperoleh manfaat bukan saja menerusi pembacaan tetapi juga menjadi wadah atau suara rakyat.
“Saya percaya HM edisi Sabah membantu menyebarkan lebih banyak maklumat dan ilmu termasuk berkaitan dasar kerajaan serta pembangunan ekonomi ke seluruh negeri,” katanya.

Sementara itu, Zainul Arifin berkata, HM edisi Sabah akan membolehkan rakyat di negeri ini mengetahui berita terkini yang berlaku di Sabah dan Semenanjung.

“Penerimaan rakyat Sabah pada masa ini amat menggalakkan dengan pengedaran lebih 7,000 naskhah HM edisi Sabah. Apa yang membezakan HM edisi Sabah dengan edisi lain, edisi ini mempunyai lima hingga lapan muka surat berita tempatan,” katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…