Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 25, 2011

Usaha banteras jenayah di Gombak

GOMBAK: Tiga lelaki yang melarikan wang RM50, 000 dalam rompakan di sebuah bank di Sri Gombak, di sini, ditahan polis ketika cuba melarikan diri, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, polis melepaskan tembakan selepas mereka nekad menyerang anggota polis ketika cuba membolosi sekatan dalam Ops Payung di Dataran Prima Sri Gombak.

Bagaimanapun, adegan tembak menembak terbabit gimik dipersembahkan anggota polis dari Unit Pencegahan Jenayah Gombak pada Program Pencegahan Jenayah bersama wakil peniaga di Dataran Prima Sri Gombak.
Adegan terbabit diadakan bagi memberi gambaran lebih luas kepada masyarakat mengenai keberkesanan Ops Payung yang dilancarkan dalam usaha membanteras jenayah di kawasan tumpuan.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata Ops Payung satu cara polis bagi memudahkan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat.

‘Ninja’ pecah cermin 17 kereta

PECAH...polis memeriksa kenderaan yang dirosakkan di tempat kejadian, semalam. RAWANG: “Saya beranikan diri menahan lelaki itu kerana bimbang banyak cermin kenderaan lain dipecahkannya,” kata Loges Karna, 30 menceritakan kejadian lelaki berusia 20-an yang mengamuk ‘ala ninja’ di Jalan Bandar Rawang 15, dekat sini, pagi semalam.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu apabila seorang lelaki tidak berbaju dan berseluar pendek kelabu dipercayai tidak siuman menggunakan sebatang besi paip untuk mengetuk dan memecahkan 17 cermin kereta di kawasan itu.

Katanya, pada peringkat awal, suspek memecahkan cermin kereta Honda City dan Proton Arena.
“Tujuh orang awam yang berada di kawasan kejadian membelasah lelaki terbabit dan menghalangnya memecahkan kereta lain.

“Mangsa yang meronta-ronta memohon dilepaskan, tetapi tidak dipedulikan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya di sini, semalam.

Loges yang juga pekerja bengkel kereta terkejut selepas melihat beberapa cerm…

Safee dalam dilema

PENYERANG negara, Mohd Safee Sali kini dalam dilema, memilih antara negara ataupun aksi bersama kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya FC.
Aksi cemerlang Safee bersama Pelita Jaya berjaya memikat jurulatih K Rajagobal apabila dia bakal kembali menyarung jersi kebangsaan bagi aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong pada 3 Jun ini.

Sesungguhnya, ia perkhabaran dinantikan peledak berbisa berusia 27 tahun itu selepas tidak dipanggil bagi perlawanan persahabatan menentang kelab Perancis yang beraksi dalam Liga Singapura, Etoile FC bulan lalu.
Hatinya kuat untuk beraksi bersama rakan sepasukan selepas kali terakhir bersama ketika membantu Malaysia menewaskan Hong Kong, 2-0, pada aksi persahabatan 9 Februari lalu.

Namun, pada masa sama, Pelita Jaya turut berdepan perlawanan penting menentang Persija pada 5 Jun, dua hari selepas perlawanan di Hong Kong.

“Saya belum mendapat pengesahan secara rasmi untuk menyertai skuad kebangsaan tapi saya diberita…

Bieber mahu bantu Cheryl cari rumah

LOS ANGELES: Penyanyi remaja Justin Bieber menawarkan untuk membantu Cheryl Cole mencari tempat tinggal yang lebih baik.
Mungkin itu yang diperlu kan Cheryl - nasihat daripada remaja berusia 16 tahun yang teruja kerana tidak lagi tinggal sebumbung dengan ibunya.

Bieber berkata: “Cheryl perlu keluar dari kediaman yang disewanya sekarang dan membeli rumah baru yang lebih hebat di Los Angeles. Dia memang memerlukan bantuan.
“Saya lihat tempat tinggal yang disewanya dalam majalah dan dia memilih tempat yang salah di LA. Saya mempunyai tempat yang hebat di LA, begitu juga dengan beberapa rakan saya. “Saya boleh membantunya mencari hartanah terbaik dan kawasan yang hebat. Saya ingin menunjukkan kepadanya kawasan di mana Zac Efron dan Mick Jagger tinggal,” katanya. - Agensi

Lindsay kecewa dipenjara 4 bulan

HOLLYWOOD: Aktres Lindsay Lohan dilaporkan kecewa dengan hukuman penjara dikenakan ke atasnya berhubungan tindakannya melanggar syarat pengawasan polis apabila dituduh mencuri rantai berharga (RM7,500).
Lindsay kembali ke Penjara Lynwood, kelmarin selepas didakwa melanggar tempoh pengawasan dengan mencuri rantai leher itu. Hakim menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan 480 jam tugas khidmat masyarakat. Penerbit Nathan Folks yang menjadi teman rapat Lindsay mengakui keputusan hakim menghantarnya kembali ke penjara cukup mengecewakan. “Jelas sekali, dia kecewa dengan,” kata Folks. “Lindsay berang kerana dia sudah bersusah-payah untuk mengubah haluan hidupnya,” katanya lagi yang mendakwa Lindsay adalah seorang yang baik dan serius. “Dia tidak melakukan perkara yang dituduh orang itu. Dia tidak mencuri rantai terbabit,” katanya.

Lindsay dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin selepas beberapa jam ditahan. - AP

William minta tempoh 2 tahun

WILLIAM mahu contohi perkahwinan Ratu Elizabeth dan Putera Philips. LONDON: Putera William dan bakal isterinya, Kate Middleton akan memperuntukkan masa dua tahun sebelum Kate dibenarkan melakukan tugas rasmi bagi mengelak tekanan seperti mana dihadapi Puteri Diana, lapor satu kenyataan, semalam.
William meminta penangguhan bagi membolehkan bakal isterinya bersedia sebelum menempuh jadual ketat kehidupan memenuhi tanggungjawab sosial. Tindakan itu diambil bagi mengelakkan Kate menerima nasib serupa seperti Diana sejurus selepas dia mengahwini Putera Charles. Puteri malang itu menjalankan tugas awamnya sejurus selepas majlis perkahwinannya pada 1981.

Pasangan itu berpisah 11 tahun kemudian sebelum bercerai pada 1996.
William mahu mengikut contoh yang ditentukan Ratu Elizabeth. Satu sumber istana berkata: “Putera William dan Kate akan mengikut contoh perkahwinan Ratu Elizabeth dan Putera Philip.

“Mereka mempunyai hubungan yang kukuh dan William berminat untuk mengukuhka…

Baru sebulan sudah popular

MENARIK...sebahagian penari Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Sabah lengkap dengan pakaian tradisional membaca akhbar Metro Ahad edisi Sabah.
RASMI...Yahya (tengah), Zainul (kiri) dan Mustapa ketika melancarkan Harian Metro edisi Sabah, semalam. KOTA KINABALU: Meskipun baru bertapak di negeri ini, kira-kira setahun lalu, namun akhbar nombor satu negara, Harian Metro (HM) sudah memperlihatkan pengaruhnya menggamit perhatian rakyat negeri ini.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, hal itu terbukti apabila bulan lalu saja, Harian Metro sudah mencatatkan purata edaran harian sebanyak 7,000 naskhah sehari. “Saya yakin jumlah itu pasti meningkat kerana banyak laporan dipaparkan dalam HM sangat menarik, terkini, padat dan lebih dekat dengan masyarakat di segenap kawasan di samping memberi lebih pilihan kepada rakyat.

“Selain itu, saya berharap edarannya dapat diperluaskan lagi ke daerah lain terutama di kawasan pedalaman negeri ini,” katanya dalam ucapan s…

Pekerja lari bertempiaran jumpa mayat

BAWA...mayat budak yang ditemui dalam beg dibawa ke Hospital Kulim bagi tujuan bedah siasat.
JUMPA...mayat budak ditemui dalam beg di Kilometer 175.4 Lebuhraya Utara-Selatan dekat selekoh susur keluar Plaza Tol Bandar Baharu. BANDAR BAHARU: “Sudah ratusan kali saya membuka beg ditinggalkan di kawasan lebuh raya ini yang kebanyakannya berisi pakaian, tapi kali ini amat memeranjatkan kerana ada mayat budak.”
Demikian kata pekerja trak tunda dikenali sebagai Ng, 45, yang menemui mayat budak lelaki berusia lebih setahun dalam satu beg pakaian di Kilometer 175.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat selekoh susur keluar Plaza Tol Bandar Baharu, kelmarin.

Ng berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika dia melalui laluan berkenaan bagi mencari kereta rosak yang memerlukan bantuan trak tunda.
“Ketika lalu di situ, dua penjaga landskap yang melakukan kerja pembersihan menahan trak saya. Saya memang mengenali mereka dan segera memberhentikan kenderaan saya.

“Mere…

Marah kejut solat Subuh

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.
Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.
“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.

“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebab…

Masih sah suami isteri BENJY

BERTANYA SESUATU...Benjy bersama isteri dan ibu, Azean di luar mahkamah, semalam. KUALA LUMPUR: Lafaz “I’m rujuking”, oleh dramatis Benjy terhadap isterinya, mengesahkan pasangan itu masih suami isteri selepas dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu pada hari yang sama, tiga tahun lalu.
Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor membuat keputusan itu selepas bertemu kedua-dua pihak di dalam kamarnya di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.

Peguam syarie Hazirah Othman yang mewakili Safiya atau nama penuhnya Safiya Stephance Kar-Leng Lee, 28, ketika ditemui media memberitahu, mahkamah terdahulu mengesahkan lafaz cerai talak rajie Benjy atau nama penuhnya Khaeryll Benjamin Ibrahim.
“Cerai yang berbunyi “Aku ceraikan kau satu talak,” dilafazkan pada jam 9 pagi, 7 Julai 2008 terhadap isterinya Safiya di rumah mereka di Menara Duta Mas disaksikan seorang saksi.

“Bagaimanapun, mahkamah turut mengesahkan lafaz rujuk “I’m rujuking” yang dilafazkan Benjy terhadap isterinya …

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…