Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 20, 2011

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

coli termahal di dunia

Bra bernilai USD 2 juta dollar Amerika sedang diperagakan oleh seorang model , Adriana Lima di Victoria's Secret Soho Store, New York. Bra yang diperbuat daripada butiran 3000 berlian putih, permata , dan batu nilam hasil rekaan Damiani Jewelers merupakan antara yang termahal di dunia.


pertandingan lari bogel

Beberapa keping foto graduan  berlari bogel  meraikan berakhirnya pengajian mereka di universiti telah menyebabkan 'buzz' di Internet, rednet.cn.  Lima orang graduan dari 'Orient Science & Technology College of Hunan Agriculture University' (OSTCHAU) berlari bogel di kampus sebelum meninggalkan universiti. Beberapa laman web utama di China yang menyiarkan foto tersebut seperti Renren, Douban, dan Sina Weibo (Cina Twitter) telah menerima beribu-ribu kunjungan daripada orang ramai. Ada yang terkejut manakala yang lain memuji keberanian berlari bogel di khalayak ramai.

cicak bercinta

[Say it with flowers: The male sand lizard appears to be wooing his potential mate with a bunch of flowers]
Indahnya cinta jika ia dijalin dengan ikatan kasih suci, ikhlas, saling menghormati dan mempercayai antara satu sama lain. Haiwan juga tahu apa itu cinta dan apa ertinya cinta. Hanya gambar bisa menjelaskan maksud segalanya bagaimana haiwan bercinta tanpa perlu bicara. Oh, cinta... :)

Zamrud Terbesar di Dunia

Bogota: Zamrud berwarna hijau terbesar di dunia dipamerkan di ibu kota Kolombia, Bogota, Sabtu (18/6). Permata bernama zamrud Fura 15 ribu karat dengan berat 2.27 kilogram itu dipamerkan dalam satu pameran perdagangan internasional untuk batu perhiasan  dan barang kemas. Keadaan rupa zamrud dipamerkan  itu masih dalam bentuk aslinya. Namun, keindahannya tetap terpancar. Batu yang dipercaya memiliki nilai yang tidak terhitung itu telah  ditemukan 12 tahun yang lalu di  Muzo di Boyaca, 75 kilometer utara ibu kota Bogota. Para ahli perhiasan mengatakan, satu karat zamrud ditaksir US$ 100 ribu lebih. Justeru, berapa harga zamrud terbesar yang dipamerkan ini? Zamrud Fura iu tidak ternilai harganya.

Kanak-Kanak Terperangkap Antara 2 Dinding Sempit...

Seorang kanak-kanak lelaki lima tahun telah terperangkap antara dua dinding bangunan yang sempit pada satu hujung hanya 20 sentimeter lebar semasa bermain di celah dua bangunan tersebut di wilayah Shanxi utara China.
Ibu bapa dan jitran tetangganya cuba untuk membantunya keluar, tetapi gagal, lalu meminta bantuan anggota bomba.
Para anggota bomba menyapu badan kanak-kanak itu dengan minyak pelincir untuk melindunginya daripada tercalar, sebelum perlahan-lahan mengepam tilam tugas berat 'heavy-duty mattress' untuk memperluaskan jurang antara dinding.
Selepas sejam, dinding itu berjaya diperluaskan dan Xiao Yu akhirnya dapat bergerak keluar.

Shockville is Under Siege! Help save Shockville from the Sleepyheads!

klik here for info

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…