Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 1, 2011

Kami leka seketika: Aidil

Aidil Zafuan KEPUTUSAN 2-1 ketika menentang Taiwan kelmarin diakui masih belum selamat oleh pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak. 

Aidil yang membolosi gawang lawan pada minit ke-55 selepas kembali menyarung jersi kebangsaan tahun ini berkata, masih ada ruang yang perlu diperkemaskan sebelum bertemu semula anak buah Lo Chih-Tsung di laman lawan itu Ahad ini. “Ada kelalaian yang membolehkan lawan menghasilkan gol, mungkin kami agak leka ketika terlalu mencuba mengasak kubu Taiwan. Perbezaan satu gol bukan satu jaminan baik dan kami perlu tingkatkan usaha untuk mengekang asakan lawan nanti.


Terharu terima kunjungan PM

DATUK Seri Najib Razak, bersama menantu Bakar Boso, Yahya Asai bersama isteri, Tijah Bakar ketika Kunjungan Mesra di Kampung Likas, Kota Kinabalu, semalam. DATUK Seri Najib Razak (tengah) dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, bergambar kenangan bersama sebahagian keluarga Bakar Boso ketika Kunjungan Mesra di Kampung Likas, Kota Kinabalu, semalam. - Foto Datu Ruslan Sulai KOTA KINABALU: Keluarga Bakar Boso dan kira-kira 200 penduduk Kampung Likas gembira serta terharu menyambut Datuk Seri Najib Razak yang berkunjung ke rumah keluarga itu, di Kampung Likas Lama, di sini sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sabah, semalam.

Tarikh pilihan raya tak ikut kehendak BERSIH

bhnews@bharian.com.my
2011/07/01
NAJIB bersalaman dengan masyarakat Lundayeh pada program Juara Rakyat 1Malaysia anjuran UMNO Bahagian Tenom di Pekan Kecil Kemabong, kira-kira 30km dari Tenom, semalam. Senarai dikemuka hanya alasan adakan perhimpunan haram

Kabinet tidak luluskan permohonan Astro naikkan tarif perkhidmatan

2011/07/01KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini. "Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini. - BERNAMA

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…