Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 13, 2011

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Keputusan Malaysia Vs Arsenal 13 Julai 2011

Berikut adalah keputusan terkini perlawanan malaysia vs arsenal pada 13 julai 2011 di stadium nasional bukit jalil. Perlawanan bermula pada jam 8.45 malam tadi. Keputusan malaysia vs arsenal akan dikemas kini sehingga perlawanan tamat. Sila berada di laman ini untuk mengetahui keputusan perlawanan malaysia vs arsenal.

Keputusan Penuh Malaysia Vs Arsenal Asia Tour 13 Julai 2011
Malaysia (0) vs Arsenal (4)
Perlawanan Tamat
Tags: keputusan arsenal vs malaysia 2011, keputusan malaysia vs arsenal 13 julai 2011, keoutusan malaysia lawan arsenal, result match of arsenal vs malaysia, keputusan penuh arsenal vs malaysia 13 julai 2011

GILA BUAYA KUDUNG MELOMPAT

PANTAS… aksi Brutus menyambar daging berjaya dirakam Katrina di Sungai Adelaide, Australia.
DARWIN: Seorang jurugambar sangat bertuah apabila berjaya merakamkan aksi yang jarang dapat diabadikan melalui lensa – seekor buaya besar melompat di Sungai Adelaide.
Sepanjang 5.5 meter, Brutus ialah seekor buaya air masin yang hidup di sungai berkenaan dan menjadi perhatian di kalangan pelancong di Wilayah Utara Australia kerana keunikannya yang kudung.
Brutus kehilangan kaki kanan depan dipercayai selepas bertarung dengan jerung di kawasan muara Sungai Adelaide.
Ketika gambar ini dirakamkan, Brutus cuba mencapai daging kerbau yang dihulurkan bersebelahan bot sarat berisi pelancong.
Jurugambar terbabit, Katrina Bridgeford, berkata dia tidak menyangka dapat mengambil aksi Brutus dalam keadaan istimewa begitu.
“Ia sangat hampir dengan pelancong dan anda boleh menyentuh Brutus jika menghulurkan tangan ke arahnya,” katanya.
Aktiviti melihat aksi buaya melompat dari sungai adalah tarikan utama…

Jaringan Aidil Zafuan antara 10 terbaik DUNIA

Walaupun kalah menentang Taiwan, Malaysia melayakkan diri ke pusingan seterusnya kelayakan piala dunia 2014 berdasarkan jaringan di tempat lawan.
Yang menariknya, jaringan Aidil Zafuan tersenarai antara 10 gol tercantik minggu ini oleh 101GreatGoal.

Mengikut laporan daripada 101GreatGoal, jaringan Aidil mendapat tempat ke 8 daripada 10 gol tercantik yang mendapat undian pada minggu ini.
1. Rodolph Austin (assist Diego Guastavino) (Sarpsborg v Brann, June 27, 2011)
2. Monica Ocampo (Mexico v England, June 29, 2011)
3. Lee Trundle (Aalesund v Neath, June 30, 2011)
4. Andriy Yarmolenko (Dynamo Kiev v Astra Ploiesti, July 1, 2011)
5. ‪Heather O’Reilly (United States v Colombia, July 2, 2011)
6. ‪Darlington Nagbe (Sporting Kansas City v Portland Timbers, July 2, 2011)
7. Andy Najar (DC United v Philadelphia Union, July 2, 2011)
8. Mohd Aidil Zafuan (Taiwan v Malaysia, July 3, 2011)
9. Marta (Brazil v Norway, July 3, 2011)
10. Jonas Svensson (Rosenborg vs Sarpsborg, July 3, 2011)

Apa Cerita Ni Suhakam

Apa Cerita Ni Suhakam..??? Lebih Baik Bubarkan jer lah Kalau Sudah Terikut Telunjut Pakatan Haram...!!!

Plot drama yang sama setiap kali adanya perhimpunan haram. Pertama soal hak berhimpun dalam perlembagaan, kedua soal keganasan polis, ketiga penglibatan SUHAKAM sebagai badan membela hak asasi manusia (kononnya).

Tajuk dan pokok utama ialah perhimpunan Bersih itu adalah perhimpunan haram, takdak permit dan kebenaran berhimpun. Ya, hak berhimpun dalam perlembagaan memang ada disebut tapi kenalah disusuli dengan undang-undang, peraturan dan sebagainya.

Umpamanya beginilah, anak-anak warganegara Malaysia yang lahir disini automatik jadi rakyat Malaysia, kalau ikut perlembagaan, tapi kalau mak bapaknya tidak daftarkan kelahiran dan bayi tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara sampai ke sudah, siapa pun boleh mempertikaikan hak kewarganegaraan itu.

Wakakaka....Kerajaan Punya Usaha, Arnab Dapat Nama.

Lawak gila la dengan Bugs Bunny DAP. Boleh pulak dia claim saham naik atas nama BERSIH.

Saham naik sebab pelabur yakin dengan tindakan Kerajaan menangani BERSIH. Bukan sebab rusuhan yang bakal BERSIH buat.

Cuba teliti apa langkah-langkah kerajaan dah ambil untuk tangani BERSIH. Bukankah Kerajaan telah banyak bertolak ansur termasuk membenarkan BERSIH buat di stadium. Dengan syarat buat kat luar KL.

Sebab sikap tolak ansur tu la pelabur yakin dengan Kerajaan. Selain itu, tindakan pihak polis yang cekap buat tangkapan lebih awal kepada anasir-anasir jahat untuk mengekalkan keamanan juga meyakinkan pelabur.

Kalau BERSIH tuduh Kerajaan langgar hak asasi rakyat, kenapa pelabur masih yakin dengan Malaysia dan saham terus meningkat?

Alahai Bugs Bunny....nak menipu lembu-lembu PAS boleh la....cabut gigi karang, baru tau. wakakakaka....

Maklumat yang baru diterima...

Maklumat yang baru diterima...
Ranting-ranting PAS di negeri Kedah kemungkinan banyak yang akan reput dan gugur ke bumi. ::Titanium, sumber dalaman PAS Negeri.

apakah kebanyakkan Pemuda PAS sekarang ini sudah terlihat kelibat Presiden Ambiga Sreenevasan (PAS) yang telah mula mentadbir Parti Islam SeMalaysia ?
wallahualam, sama-sama kita saksikan kebesaran Allah swt dalam memberi AMARAN kepada muslimin & muslimat di Malaysia ini.

*Tamparan HEBAT buat Parti Islam yang dipimpin oleh Ambiga Sreenevasan

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…