Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 18, 2011

Video-Saji ayam goreng berulat, restoran diarah tutup

Dasar afirmatif songsang Lee Kuan Yew!

Sudah acap kali masyarakat antarabangsa disogokkan dengan persepsi bahawa majunya Singapura adalah kerana meritrokasi yang diamalkan oleh pemimpin pulau tersebut yang juga dianggap paling cekap dan tidak korup.
Rakyat Singapura juga begitu megah dengan amalan meritrokasi dalam kehidupan seharian mereka yang memberi isyarat kepada dunia bahawa mereka mampu bersaing tanpa diskriminasi. Begitu juga tanggapan negara jiran yang seakan-akan akur dengan sistem meritrokasi Singapura yang dianggap begitu adil, saksama dan sempurna tanpa cacat cela.
Selagi ada tanda aras antarabangsa yang mengukur tahap inovasi, kesempurnaan hidup, kecekapan atau pun bandar terbaik, Singapura pasti akan berada dalam golongan 10 negara terbaik dunia.
Tidak dapat dipisahkan amalan meritrokasi Singapura dengan bekas Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew (LKY). Ini kerana beliau dianggap sebagai pencetus apa yang Singapura ada pada hari ini iaitu sebuah negara kelas pertama dalam rantau kelas k…

Meneruskan legasi pemimpin terdahulu

Pihak yang mengambil kesempatan terus memperbesar-besarkan perang mulut yang berlaku antara sebuah akhbar dengan seorang pemimpin yang disukainya. Saat-saat inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh mereka yang menahan lukah di pergentingan. Perkara ini adalah suatu yang biasa dalam politik. Saling ingat mengingati barulah ada check and balance. Tetapi ia terus berlarutan seolah-olah tidak kesudahan. Orang lain bertepuk tangan melihat kita bertelingkah dalam serba-serbi.
Sikap terlalu defensif tidak akan menyelesaikan masalah. Lebih baik dibawa berbincang, kerana itu lebih menepati kehendak Islam dan membawa banyak manfaat kepada perpaduan umat Islam.
Cukup sudahlah kita berpecah disebabkan oleh perbezaan parti politik dan ideologi, janganlah pula terbawa-bawa kepada sentimen sebegini. Bincanglah apa yang betul, apa yang salah, daripada menuding jari siapa yang betul, siapa yang salah. Cerminlah diri masing-masing, apakah sumbangan kita selama ini?
Sudahkah ki…

Mati Pun Boleh Buat Modal…

Hebat sungguhlah pakatan rakyat….dahlah menggunakan nama ‘rakyat’ dalam mengambarkan gabungan parti paolitik dayus lagi kotor….perangai dan taktik mereka tak ubah seperti komunis dan sosialis diawal era abad 20an….
Biasalah propanganda kominis dan sosialis serta fasis gemar menggunakan lakonan dalam meraih simpati rakyat menjatuhkan kerajaan demokrasi pilihan rakyat. Hanya melalui gimmik sebeginilah barulah perjalanan politik mereka berjaya dan tersemat dalam sanubari rakyat…
Masih ingat bagaimana komunis mula bertapak di Russia…bagaiman pihak komunis menggunakan demotrasi dan membiarkan rakyat tidak berdosa ditembak oleh golongan pemerintah?
Masih ingat lagi hari buruh berdarah dikota london ketika karl marx terkial-kial baru mengembangkan ideologinya?
Semuanya berkait rapat dengan demokrasi dan kematian…
Sekarang pakatan rakyat menggunakan strategi yang sama…
papagomo mengulas tentang hal ini….:-
Suhardi Mohd telah dipilih oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang untuk melakonk…

HUDUD Hanyalah Senjata Politik Pas!

Bagi orang-orang Melayu amat sukar untuk membezakan antara UMNO dan PAS, kalau PAS mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, UMNO juga boleh mendakwa ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu Islam, demikian juga kalau PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, UMNO juga mendakwa ianya memperjuangkan Islam, bahkan dalam Perlembagaan UMNO sendiri tertulis dengan jelas matlamat Islam dalam perjuangannya.
Oleh itu untuk menunjukkan yang PAS itu lebih Islam dari UMNO, maka PAS telah membangkitkan hukum hudud yang belum lagi dibangkitkan oleh UMNO dan menggunakan hukum itu sebagai isu politik, supaya dengan demikian penonjolan Islam yang ada pada PAS itu dapat menenggelamkan Islam yang ada pada UMNO.
Isu-isu lain seperti mengkafirkan UMNO, UMNO parti asabiah, UMNO mengasingkan agama daripada politik dan sebagainya dianggap sudah lapok sukar untuk dijadikan sebagai umpan untuk memancing undi. Justeru itu semasa kempen Pilihanraya Umum …

Nongkrong bukan sekuel Ngangkung

RAMAI yang beranggapan Nongkrong, filem ketujuh arahan Ismail Bob Hashim merupakan kesinambungan atau sekuel kepada Ngangkung terbitan MIG Production.
Tanggapan itu berdasarkan jalan cerita Ngangkung yang dilihat boleh disambung dan dikembangkan untuk melahirkan sekuelnya.
Namun, apa yang ditegaskan oleh Ismail, Nongkrong bukan sekuel kepada Ngangkung.
“Biarpun jalan cerita yang ditonjolkan dalam Nongkrong adalah sama dan dilihat lebih kepada kesinambungan Ngangkung, tetapi perspektif saya berbeza.
“Jika dalam filem Ngangkung lebih diterapkan unsur-unsur dramatik, tetapi Nongkrong adalah filem komedi,” ujar Ismail kepada Hits ketika ditemui di set penggambaran filem berkenaan di Sijangkang, Kuala Langat, Selangor, baru-baru ini.
Katanya, baik Ngangkung mahupun Nongkrong, kedua-duanya mempunyai perbezaan dan kekuatan tersendiri untuk menarik penonton menonton Nongkrong yang menelan kos sebanyak RM1.6 juta.
Jelasnya lagi, bersandarkan kepada skrip yang kuat dan jalan cerita y…

ARTIS

Juvana cetus fenomena baru DRAMA bersiri popular, Juvana yang mula ditayangkan pada 25 April lalu di TV3 sememangnya telah mencetus fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara.
Ia bukan sekadar omongan kosong sebaliknya ia dapat dibuktikan dengan rating yang dicatatkan oleh AC Nielsen setiap minggu.
Episod pertamanya sahaja telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta sekali gus meletakkan karya terbitan Filmscape Sdn. Bhd., itu sebagai salah sebuah drama bersiri popular.
Bermula daripada episod kedua sehingga ke-12, Juvana terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir tiga juta penonton setiap minggu.
Impak yang terhasil daripada Juvana juga bukan sedikit sehingga kesemua pelakon yang membintangi drama bersiri itu sudah berupaya mengumpul peminat mereka sendiri.
Ternyata pertaruhan Filmscape meletakkan 12 pelakon baru untuk menerajui Juvana dilihat telah berjaya sekali gus membuktikan bahawa karya yang bagus buk…

Julia Perez berbikini masuk bank

LEPAS satu, satu lagi kontroversi muncul. Nampaknya Julia Perez memang selalu mencari isu untuk mensensasikan diri sendiri.
Terbaru, dia dikhabarkan masuk ke sebuah bank di Bali dengan hanya memakai baju dan seluar dalam .
Kejadian tersebut berlaku ketika Julia sedang bercuti bersama kekasih hatinya Gaston Castano di pulau peranginan itu.
"Saya sebenarnya mahu mengeluarkan wang dari mesin ATM. Tiba-tiba sahaja elektrik terputus dan kad bank saya itu tertelan dalam mesin.
"Saya panik seketika dan terus bergegas masuk ke dalam bank untuk meminta bantuan," katanya menjelaskan duduk perkara. Tindakan Julia itu ternyata mengundang kejutan ramai.

Niat Siti nurhaliza tidak pernah padam

SET SimplySiti Vogue Edition (kanan) dan SimplySiti Lovely Edition yang akan berada di pasaran mulai Ogos ini.

BUKAN tidak pernah dia berhasrat untuk menyambung pengajiannya ke peringkat lebih tinggi selepas menamatkan zaman persekolahannya.
Tetapi, kerana kesibukannya dalam mengejar impian menjadi seorang penyanyi yang akhirnya telah meletakkan namanya di puncak tertinggi, maka, hasrat itu terpaksa dilupakan oleh Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Walaupun sudah 16 tahun menjadi seorang penyanyi ternama negara, impian untuk memiliki segulung ijazah tidak pernah padam dari lubuk hati Siti Nurhaliza atau mesra disapa Siti ini.
Lantaran itu, penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu Kau Kekasihku dan Cindai ini tidak menolak kemungkinan seandainya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran, dia pasti akan menerimanya.
Namun, kata Siti, semuanya bergantung kepada kelapangan jadualnya kerana seperti yang sedia maklum sentiasa padat dengan pelbagai agenda.
Apatah lagi, anak kelahiran Kampu…

Kereta terbang ibarat Transformer kini jadi realiti

KERETA terbang Terrafugia Transition terbang diiringi sebuah pesawat di Britain, baru-baru ini. - AGENSI
LONDON 18 Julai - Konsep kereta terbang yang telah lama dicetuskan bakal menjadi kenyataan di Britain dalam masa lima tahun lagi apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dilapor telah meluluskan satu model kereta futuristik itu baru-baru ini.
Kereta terbang dua tempat duduk Terrafugia Transition yang bernilai 155,000 pound (RM752,021) itu boleh terbang dengan kelajuan maksimum 184 kilometer sejam.
Kenderaan itu perlu menjalani 20 jam ujian penerbangan dan setiap kali butang pendaratan ditekan, sayapnya akan tertutup secara automatik dalam masa 15 saat.
Untuk setiap perjalanan baru, kereta terbang itu memerlukan kuasa yang disalurkan dari bahagian kipas ke roda belakangnya.
Ketika dalam mode kereta, kenderaan masa depan itu boleh dipandu pada kelajuan maksimum 104 kilometer sejam dan ia boleh disimpan di dalam garaj sama seperti model kereta lain.
"Ia tidak ubah se…

Helikopter tentera Thai terhempas: 5 mati

BANGKOK: Lima tentera Thai terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas dalam cuaca buruk ketika misi mengangkut anggota dari kawasan hutan terpencil di tengah negara itu, kata pegawai kanan ketenteraan, semalam.
Hujan lebat dan tahap penglihatan yang kabur membantutkan usaha menyelamat, kata Leftenan Jeneral Udomdej Sitabutr, komander bertugas di kawasan taman negara Phetchaburi Kaeng Krachan di mana nahas berlaku Sabtu lalu.

Menurutnya, pasukan tentera di taman negara itu mengesahkan semua lima penumpang terbunuh. Helikopter itu dihantar untuk mengangkut 35 anggota tentera yang bertugas di situ sebagai sebahagian langkah menangani aktiviti pembalakan haram tetapi terhempas berhampiran tempat untuk mengambil anggota tentera berkenaan.
Pihak tentera menimbangkan untuk menghantar pasukan penyelamat dengan berjalan kaki sekiranya cuaca buruk berterusan, tetapi dijangka mengambil masa dua hari untuk sampai ke kawasan nahas. - AFP

Gabenor gesa restoran saji haiwan mati disiasat

MADINAH: Gabenor Madinah, Putera Abdul Aziz bin Majed, mengarahkan pihak berkuasa majlis bandar raya itu supaya menyiasat pekerja di sebuah restoran yang ditutup kerana menghidangkan daging yang tercemar kepada pelanggan.
Pegawai majlis bandar raya menyerbu restoran Al-Dahabi yang didakwa pekerjanya membeli kambing yang sakit pada harga murah dan kadangkala menyediakan hidangan daging daripada haiwan yang sudah lama mati. Putera Abdul Aziz mengarahkan penahanan ke atas semua yang terbabit dengan restoran berkenaan dan dirujuk kepada Suruhanjaya Siasatan dan Pendakwaan Awam.

Beliau juga mengarahkan majlis bandar raya Madinah meneruskan pemeriksaan di semua restoran bagi memastikan pemiliknya mematuhi standard kesihatan. Menurutnya, tiada kelonggaran diberikan kepada mereka yang melanggar undang-undang dan mempertaruhkan kesihatan orang ramai. Tindakan tegas akan dikenakan ke atas pihak yang bersalah. Abdul Aziz berkata, orang ramai perlu memainkan peranan melapork…

Jin punca rumah terbiar

MAKKAH: Terdapat khabar angin yang tersebar dengan meluas di kalangan penduduk Makkah mengatakan gangguan jin menjadi punca banyak bangunan dan kawasan perumahan ditinggalkan pemiliknya.
Menurut khabar angin, penduduk bangunan berkenaan yang terletak di beberapa daerah di bandar suci terbabit, terutama di pinggir bandar mengatakan mereka membatalkan hasrat menduduki kediaman itu selepas kuasa ghaib mengganggu mereka. Namun, terdapat pendapat berbeza di kalangan penduduk setempat. Kebanyakan mereka mengesahkan kehadiran sesuatu yang misteri di bangunan berkenaan. Keadaan ini mendorong sebilangan pemilik menjual hartanah mereka pada harga rendah. Terdapat juga laporan mengatakan sesetengah ejen hartanah menjadi dalang kepada khabar angin itu.

Penduduk, Muhammad Bazaid berkata, mudah untuk mengenal pasti bangunan terbiar yang sudah dihuni kuasa ghaib.
“Sesetengah bangunan dan hartanah di bandar raya ini dikenali dihuni jin. Penduduk sering mengatakan demikian,” katanya y…

Putera Mahkota Thai sorok kereta Mercedes di hotel mewah di Munich

BERLIN: Putera mahkota Thailand mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kereta Mercedes miliknya ditahan di Jerman selepas pesawatnya disita di Lapangan Terbang Munich minggu lalu, lapor akhbar Bild am Sonntag, semalam.
Maha Vajiralongkorn, pewaris takhta diraja Thailand, menyembunyikan kereta sport Mercedes SLK miliknya di ruang letak kereta peribadi di sebuah hotel mewah di Munich di selatan Jerman di mana ia dikawal lebih daripada 10 pengawal peribadi. Anggota diraja berusia 58 tahun itu yang meluangkan masa memetik strawberi dikawasan berkenaan, turut menukar nombor plat pendaftaran Thailand di keretanya dan diganti dengan nombor pendaftaran diplomat. Selasa lalu, pihak berkuasa Jerman menyekat pesawat penerbangan Boeing 737 yang kerap dipandu putera mahkota Thailand itu daripada berlepas di Lapangan terbang Munich kerana pertikaian lama mengenai urusan perniagaan. Berikutan itu, Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya Jumaat lalu ke Jerman di mana …

Siar segera video tangkis tohmahan polis ganas

KUALA LUMPUR: Polis perlu segera menyiarkan rakaman video mengenai usaha mereka menangani perhimpunan haram 9 Julai lalu yang boleh menjadi bahan bukti untuk menangkis tohmahan pembangkang yang mendakwa polis bertindak ganas.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis perlu bertindak pantas memandangkan media alternatif dan penulis blog propembangkang memainkan isu itu untuk memburukkan kerajaan.

“Untuk patahkan pembohongan dan putar belit pembangkang, polis sudah bersedia dengan bahan bukti, baik rakaman video, kenyataan umum dan sebagainya, eloklah dikemukakan supaya rakyat dapat menilai siapa di pihak benar,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra ke Pasar Raja Bot di sini, semalam.
Katanya, rakyat pula tidak sepatutnya mendengar daripada sebelah pihak sebaliknya perlu membuat penilaian sewajarnya terhadap segala tindakan yang dilakukan pihak berkuasa dalam menangani suasana ketegangan yang dicipta sekumpulan manusia dalam p…

Nurul Syuhada majalah 3 dah kawin oiii

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin, 27, sah bergelar isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa, 29, dalam majlis akad nikad yang berlangsung di The Binjai On The Park, Kuala Lumpur City Center (KLCC), di sini malam kelmarin.
Upacara akad nikah dalam majlis bertemakan ala Maghribi itu disempurnakan bapa Nurul Syuhada sendiri, Mohd Zin Idris sambil disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Al-Syakirin, Mohd Abd Nasir Abdullah.

Raja Amir Shah berasal dari Sri Hartamas, di sini, yang berdarah kacukan Melayu dan Australia di sebelah ibu bekerja sebagai pegawai bank. Dalam majlis akad nikah kelmarin, Nurul Syuhada yang juga pengacara Majalah 3 dan Malaysia Hari Ini memakai pakaian serba putih serta bertudung rekaan Radzuan Radziwill menerima mas kahwin daripada Raja Amir Shah, sebanyak RM777 selain hantaran RM20,111.

Penyu makan angin di London

JUARA Piala FA musim ini, Terengganu akan mengadakan lawatan ke kota London akhir bulan ini iaitu hadiah sumbangan daripada kerajaan negeri kerana berjaya membawa pulang piala berprestij itu.
Tiket penerbangan ke London sudah ditempah oleh kerajaan negeri melalui sebuah agen pelancongan baru-baru ini dan jadual penerbangan ditetapkan pada 28 Julai ini.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata, semua pemain skuad Terengganu termasuk jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim akan mengikuti rombongan melawat kota terkenal itu.
Bagaimanapun, tujuh pemain Terengganu yang diserapkan dalam skuad Harimau Malaya dan Olimpik tidak mengikuti lawatan itu kerana menghadapi perlawanan dengan Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014.

Abdullah berkata, hanya 18 pemain saja yang akan berlepas ke London bersama beberapa pegawai pasukan Terengganu.

Katanya, hadiah melawat London dijanji Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sekiranya Terenggan…

‘Dr kerabat’ kaki temberang

KUALA LUMPUR: Bermodalkan gelaran sebagai kerabat diraja, seorang lelaki menggunakan status itu untuk menipu pemilik sebuah syarikat pembinaan kononnya boleh menyediakan modal permulaan bagi projek terbaru mereka.
Seorang mangsa yang juga bekas pekerjanya, Hew Kim Soong, 49, berkata lelaki yang dipanggil Dr itu meminta dia menjadi Pegawai Perhubungan Awam (PRO) syarikatnya dengan menjanjikan gaji RM3,000 sebulan.

Bagaimanapun, selepas lapan bulan bekerja, dia tidak menerima sebarang bayaran dan lebih malang lagi apabila lelaki itu sering meminjam wang daripadanya untuk menampung perbelanjaan harian.
“Melihat kepada status dan latar belakangnya, saya yakin akan mendapat pekerjaan lebih baik tambahan pula kami hidup berjiran. Ini memudahkan saya berulang-alik ke pejabat yang terletak di rumahnya.

“Malangnya, sudahlah tidak dibayar gaji, duit saya pula yang dihabiskan dengan alasan projek dilaburkan tidak menjadi dan terbatal,” katanya ketika ditemui di Taman Pudu Ulu, di sin…

Dr Lo’Lo’ meninggal

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa dari Pas, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali meninggal dunia di Hospital Selayang, malam tadi akibat barah dialami dua tahun lalu.
Lo’ Lo’ yang juga anak bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah dilahirkan di Kuala Kangsar, 2 Ogos 1957.

Beliau aktif dalam Dewan Muslimat Pas tetapi sejak 8 Mac 2008, menumpukan perhatian kepada parlimen Titiwangsa selepas menewaskan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir.

ROZITA che wan.. KENA sihir

‘Usah buat andaian’KUALA TERENGGANU: “Saya tak pernah terfikir sampai ke situ,” kata pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 37, yang menyangkal dakwaan dia terkena sihir atau penyakit misteri sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dua kali sepanjang bulan lalu.
Sehubungan itu, ibu tunggal kepada dua anak itu meminta orang ramai terutama peminatnya tidak membuat sebarang andaian buruk terhadap status kesihatannya dan menjelaskan dia kini sudah pulih. Menurutnya, pada awal Jun lalu, dia dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Selangor kerana mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terjatuh dari tangga rumahnya sehingga menyebabkan ligamen kakinya terkoyak.

Rozita berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, dia baru saja pulang daripada penggambaran episod terakhir drama bersiri Anissa yang kini bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3.
“Pada awalnya saya sangka hanya sakit biasa, tetapi ketika hendak tidur kaki saya semakin sakit dan segera meng…

Exklusif!!! surat minta nyawa anwar kepada Tun Mahathir

KEBODOHAN PEMBANGKANG APABILA MEMFITNAH ROSMAH MANSOR

KANTOI PEMBANGKANG KUAT MENIPU INI EDIT PUNYA
ORI KAT SINI  
http://majalah9.com/rosmah-menabung-sejak-kecil-beli-cincin-usd24-juta/

HTC Freestyle Phone (AT&T) by HTC

HTC DROID INCREDIBLE 2 Android Phone (Verizon Wireless) by HTC

Elliott Lucca Capella Pleated Hobo by Elliott Lucca

Ivanka Trump Peridot Tote by Ivanka Trump

Case Logic TBC-302 Ultra Compact Camera Case with Storage (Black) by Case Logic

Allen Edmonds Men's Park Avenue Cap-Toe Oxford by Allen Edmonds

Sperry Top-Sider "Authentic Original" 2-Eye Boat Shoe by Sperry Top-Sider

crocs Classic Sandal by crocs

Mens Keen Newport H2 Shoes by Keen

Steve Madden Women's Serenite Slingback Sandal by Steve Madden

A Dance with Dragons: A Song of Ice and Fire: Book Five by George R.R. Martin

Napoleon Dynamite Vote for Pedro Dreams T-shirt Black by Napoleon Dynamite

Gerber 31-000751 Bear Grylls Survival Series Ultimate Knife, Serrated Edge by Gerber Legendary Blades

16 PCS Watch Tool Kit by Tool Kit

George R. R. Martin's A Game of Thrones 4-Book Boxed Set: A Game of Thrones, A Clash of Kings, A Storm of Swords, and A Feast for Crows (A Song of Ice and Fire) by George R.R. Martin

Lucky Brand West Coast Denim Flap Cross-Body,Washed Denim,one size

Moving Comfort Women's Fiona Bra

Sony Playstation Network Card - $20 [Online Game Code]

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…