Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 19, 2011

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Henry balik kampung

Detik membesar di Terengganu diimbau kembali dalam Without Boundaries

NYATA sekali, jejaka ini bukan bergantung harap kepada wajah tampan semata-mata untuk mencipta nama dalam bidang penyiaran. Dia punya bakat yang besar dalam bidang itu, membuatkan dirinya sentiasa menjadi perhatian penerbit. Wajah Pan Asia yang dimiliki, boleh dianggap bonus buat Henry Golding untuk terus dikenali dalam dunia terbabit.
Berdarah campuran, di mana ibunya berasal dari suku kaum Iban dan bapanya berdarah Inggeris, Henry Golding, 24, dengan loghat pekat Britishnya pandai menambat hati penonton dengan keletah dan tuturnya yang selamba, santai dan spontan. Kelebihan menghidupkan suasana turut memberikan kelebihan buat dirinya.
Mula berjinak sebagai hos rancangan 8TV Quickie, wajah Henry juga pernah menghiasi rancangan ESPN dan E! News Asia! Kini, Henry mengembangkan sayapnya dengan menjadi pengacara kepada program travelogue, Without Boundaries.

Susulan kepada rancangan Welcome To The Rail Wor…

Dengarnya...: Shahir AF berada dalam tekanan?

KETIKA seorang teman Cik Normah khusyuk menaip artikel di pejabat, petang Isnin lalu, tiba-tiba tumpuannya terganggu seketika apabila telefon di sebelah bukan main lagi lantang berdering. Daripada deringan yang luar biasa itu, dia pun menguatkan hati menjawab panggilan, walaupun dengan muncung yang boleh tahan panjang.

Gerak hatinya cukup kental mengatakan pasti ada cerita panas di hujung talian, berdasarkan deringan telefon yang bukan main kuatnya. Memang betul jangkaannya kerana daripada cerita yang disampaikan seorang pemanggil, dia dapat kisah terbaru mengenai juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir.
Kononnya, peminat wanita yang menghubungi teman Cik Normah itu singgah ke kampung Shahir di Kampar, Perak, beberapa hari sebelum itu, kerana berkunjung ke rumah rakan baiknya yang menetap di sana. Sudah kebetulan rakannya berjiran dengan penyanyi popular itu, maka dia pun tidaklah melepaskan peluang melihat kelibat Shahir sepanjang tiga hari berada di situ.
Tetapi…

Golongan mulia sanggup belajar, mengajar al-Quran

DARIPADA Aisyah, katanya: “Rasulullah SAW bersabda: Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al-Quran yang mulia (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara, (Lauhul Mahfuzh), yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk yang diakui bersih suci; al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.” (Surah Al-Waaqiah, ayat 77-80)
Dalam kehidupan seharian seorang mukmin, pengajian Al-Quran perlu dititikberatkan kerana melalui al-Quran Allah memberi petunjuk kepada hamba-Nya untuk mencapai keredaan dan keselamatan. Dan kerana al-Quran pula Allah mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan kepada cahaya. Oleh itu Allah mengangkat dan memuliakan orang yang …

Bieber kejutkan majlis perkahwinan

BIEBER bersama teman wanita, Selena Gomez. LOS ANGELES: Penyanyi remaja Justin Bieber dan teman wanitanya Selena Gomez menceroboh masuk sebuah majlis perkahwinan di Malibu di sini hujung minggu lalu apabila terdengar lagu Bieber dinyanyikan menerusi karaoke.

Pengantin dan jemputan di majlis itu terperanjat dengan kehadiran selebriti berkenaan dan mengambil kesempatan mengambil gambar kenangan dengan mereka.
Pengantin Rob dan Jeanine McCool tidak tersinggung selebriti berkenaan mencuri tumpuan daripada mereka, malah pasangan itu turut merakam gambar bersama Bieber. Sepupu salah seorang pengantin itu merakamkan insiden berkenaan menerusi kamera video dan memuatkannya dalam internet.
Menurut beliau, Bieber yang sedang memandu bersama Gomez kebetulan melalui rumah di mana majlis berkenaan diadakan dan terdengar lagunya One Less Lonely Girl dinyanyikan.

Bieber menghentikan keretanya dan memasuki perkarangan rumah itu untuk menyaksikan apa yang sedang berlaku dan menyebabkan p…

5000 Peniaga Mahu Saman Ambiga 100 Juta!

Kira-kira 5,000 peniaga kecil di sekitar ibu negara akan mengemukakan saman terhadap penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ekoran kerugian yang mereka alami mencecah RM100 juta. Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, saman itu terpaksa dibuat kerana perhimpunan haram kelmarin menyebabkan peniaga terlibat kerugian besar kerana tidak dapat berniaga. “Anggaran awal kerugian RM30 juta tetapi kami percaya kerugian sebenar boleh mencecah RM100 juta dan kami tidak boleh biarkan mereka terlepas, kita kena hukum penganjurnya, Datuk S. Ambiga. “Satu surat peringatan berhubung saman tersebut akan dihantar kepada Ambiga pada minggu depan,” katanya pada sidang akhbar di hadapan Masjid India di sini semalam.

Luahan lelaki tukar jantina

Ashraf tetap mahu terus perjuangan

KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.
“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.

Mohd Ashraf membuat permohonan men…

Anak Datuk jual orang

Penuntut IPTA, empat lelaki seludup 15 pendatang haram guna 4 kereta

KOTA TINGGI: Seorang anak Datuk yang masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), bersama dua lelaki ditahan polis Ahad lalu, kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan pendatang haram di Sungai Rengit dekat Teluk Ramunia, di sini.
Bagaimanapun dua lagi rakan mereka dapat meloloskan diri di kawasan semak ketika konvoi empat kenderaan itu ditahan berhampiran sebuah bengkel, kira-kira jam 8 malam.
Penuntut IPTA berusia 21 tahun yang sedang bercuti itu menggunakan Perodua Myvi miliknya yang ditampal pelekat VIP (orang kenamaan) manakala tiga rakannya memandu tiga kenderaan berasingan dan seorang lagi menjadi penumpang, dipercayai mahu menyeludup keluar 15 pendatang Indonesia ke negara asal mereka.

Ketika ditahan anak Datuk itu membawa empat pendatang haram di dalam keretanya manakala selebihnya dimuatkan di dalam tiga kenderaan lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Super…

Perompak jadi hamba seks

MOSCOW: Seorang lelaki Russia yang cuba merompak sebuah salon dandanan rambut, menerima padah apabila pemiliknya, seorang wanita yang memiliki tali pinggang hitam karate, membelasahnya sehingga pengsan sebelum diikat dalam keadaan bogel dan dijadikan hamba seks selama tiga hari.
Akhbar Daily Mirror melaporkan, Viktor Jasinski, 32, pergi ke salon dandanan rambut di Meshchovsk, 218 kilometer dari Moscow itu sambil membawa pistol dengan tujuan untuk merompak. Ketika cuba mendapatkan wang kutipan harian di salon terbabit pemiliknya, Olga Zajac, 28, menendang dan membelasah Jasinski sehingga pengsan.

Zajac mengheret Jasinski ke sebuah bilik di belakang salon itu dan mengikatnya pada tangki menyimpan air dengan menggunakan wayar pengering rambut.

Beliau kemudian membogelkan Jasinski dan menjadikan lelaki itu sebagai hamba seksnya selama tiga hari dengan tujuan ‘memberi pengajaran’.

Zajac bagaimanapun membebaskan Jasinski tiga hari kemudian dan mengusirnya. Jasinski p…

Jennifer Lopez, Anthony bercerai

JENNIFER dan Anthony. LOS ANGELES: Penyanyi yang juga pelakon, Jennifer Lopez akan bercerai dengan suami, Marc Anthony selepas tujuh tahun berkahwin.
Pasangan itu mendedahkan keputusan mereka dalam kenyataan bersama kepada majalah People, semalam.

“Ia keputusan yang amat sukar. Kami mencapai keputusan itu selepas menimbang semua perkara,” kata mereka.
Jennifer dan Anthony berpacaran seketika tetapi putus pada 1990-an sebelum menyambung percintaan mereka pada 2004.

Mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun itu juga dalam majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Jennifer di Beverly Hills.

Penyanyi itu melahirkan anak kembar, Max dan Emme pada Februari 2008. “Ia keputusan amat menyedihkan bagi semua,” kata pasangan itu dalam kenyataan berkenaan.

Jennifer yang juga dikenali sebagai JLo, mula memegang watak utama menerusi filem ‘Selena’ pada 1997 sebelum dicalonkan untuk anugerah Grammy dalam nyanyian. Album terbarunya, yang ketujuh, berjudul ‘Love’ diterbitkan Ap…

Seorang lelaki ‘buaya darat’ ke Hukum bogel nyaris anu kena kerat

MANGSA... mendakwa mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook.
BUKTI... barang milik kasanova yang ditemui keluarga mangsa yang menahannya. KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ‘buaya darat’ mungkin tidak akan melupakan pembalasan diterimanya selepas kemaluannya nyaris dipotong oleh waris enam daripada 10 gadis, kebanyakannya siswi institusi pengajian tinggi (IPT) dari sekitar Lembah Klang yang pernah diperdaya, termasuk diragut ‘kesucian’, sejak dua tahun lalu.
Malah, sebagai balasan atas perbuatan durjananya terhadap gadis berkenaan sebelum ini, gambar lelaki terbabit dalam keadaan berbogel turut dirakam untuk menyedarkannya dan memastikan dia tidak mengulangi tindakan sama.

Dia yang berusia lingkungan 30-an dan dipercayai mengamalkan pelbagai ajaran dan ilmu kebatinan berkaitan wanita, akhirnya kecundang selepas waris keenam-enam keluarga terbabit berpakat ‘menuntut pembelaan’.

Akibatnya, 15 telefon bimbit mengandungi pelbagai gambar bogel gadis ditidurinya dibuang, man…

AHLI Super Junior, Menetap di Taiwan

AHLI Super Junior, Donghae dan Siwon akan tinggal di Taiwan selama dua bulan susulan penggambaran drama bersiri baru Extravagant Challenge.
Ketika sesi sidang media minggu lalu, mereka menunjukkan kesungguhan berkomunikasi dalam Mandarin selepas gigih berlatih menggunakan bahasa itu semata-mata untuk menjayakan drama terbaru ini.

Dalam drama itu, Siwon akan memainkan watak hampir sama dalam drama lakonannya sebelum ini, Oh! My Lady. Sebaliknya, Donghae pula akan memegang watak yang bersikap buruk.

“Saya tidak takut jika penonton membenci saya susulan watak negatif yang akan dibawa kelak,” kata Donghae.

Wonder Girls atau solo

SUMBER hiburan Korea melaporkan ahli Wonder Girls yang kurang aktif, Sunmi dilihat kerap mengunjungi agensi JYP untuk sesi latihan sejak akhir-akhir ini.
Sejak tahun lalu, Sunmi menghadiri kuliah di Universiti Dongguk sebagai pelajar jurusan teater. Sebaik cuti semester bermula, Sunmi dilihat kembali ke studio JYP untuk berlatih vokal dan tarian.

Bagaimanapun, wakil rasmi berkata, pada awalnya mereka tidak ada perancangan untuk membawa Sunmi kembali ke dunia hiburan.

“Memang benar Sunmi kembali mengikuti latihan kerana dia sebahagian daripada agensi.


“Perincian rancangan membawa Sunmi kembali ke bidang ini belum pernah diputuskan lagi. Sama ada dia akan kembali sebagai penyanyi solo atau menyertai Wonder Girls semula belum disahkan,” kata wakil itu.

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…