Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 20, 2011

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

BAHAYA MESEJ awek gambar seksi tolak kredit RM 4.00

KEPALA BATAS: “Helo sayang, esok sudah nak bertolak, saya telah tinggal msj (mesej) gambar untuk kamu,” begitulah kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima seorang lelaki.
Bagaimanapun, SMS itu bukan dihantar isteri kepada suaminya tetapi dipercayai taktik terbaru pihak tertentu cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah melalui kiriman pesanan berkenaan yang menawarkan gambar wanita seksi kepada pemilik telefon bimbit secara rambang.

SMS itu sengaja dihantar dipercayai bagi memperdayakan lelaki melihat gambar wanita seksi membolehkan kredit panggilan mereka dipotong sebaik membalas SMS untuk pendaftaran.

Penerima SMS berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zainal, 35, berkata, dia menerima beberapa mesej menawarkan gambar wanita memakai bikini dari beberapa nombor telefon bimbit tidak dikenalinya.

Katanya, pada mulanya dia tidak mempedulikan SMS itu kerana menganggapnya seperti SMS yang menawarkan hadiah.

“Beberapa hari kemudian saya dapat SMS sama daripada nombor ber…

Cengkerik goreng biawak goreng selera anak Jolie, Pitt

Pasangan turut amal diet eksotik

LOS ANGELES: Keluarga pasangan Angelina Jolie dan Brat Pitt mungkin yang paling eksotik di Hollywood, begitu juga cara pemakanan mereka.
Pasangan selebriti itu pernah membawa keenam-enam anaknya bercuti di kebanyakan negara di Asia dan tidak ketinggalan menjamah makanan tradisional setiap negara yang dikunjungi.
Ketika berada di Kemboja, Jolie memperkenalkan makanan ringan yang berasal dari negara kelahiran anak angkatnya, Maddox, 9. Tanpa disangkanya, makanan ringan iaitu cengkerik goreng itu menjadi kegemaran anaknya yang lain.

“Anak lelaki saya, Maddox dan Pat, 7, sangat gemar makan cengkerik goreng. Saya kagum melihat mereka makan makanan eksotik itu seperti mengunyah kerepek kentang Doritos,” kata Jolie yang juga ibu enam anak dalam rakaman video Louis Vuitton ketika membuat rakaman iklan terbaru jenama terkenal terbabit di Kemboja, baru-baru ini.

Bintang popular berusia 34 tahun itu berkata walaupun beliau menggalakkan anakn…

gempar 26 bom tangan ditemui di sekolah agama Jakarta

JAKARTA: Polis menemui 26 butir bom buatan sendiri di timur Indonesia susulan letupan di sebuah sekolah berasrama Islam disyaki dijadikan kilang bom minggu lalu, kata jurucakap kelmarin yang dipetik akhbar, Jakarta Globe.

Selepas letupan membunuh seorang pengganas disyaki, polis menyerbu sekolah Umar bin Khatab di barat wilayah Nusa Tenggara dan mengakhiri kebuntuan tiga hari dengan pelajar dan guru bersenjatakan pedang, kayu dan parang.
“Sebanyak 26 butir bom paip dimatikan. Mereka merancang menggunakan bom ini untuk menyerang balai polis,” jurucakap polis nasional, Anton Bachrul Alam.
Polis berkata sekolah itu berkait dengan pendakwah radikal Abu Bakar Bashir, dihukum penjara 15 tahun bulan lalu kerana membiayai kumpulan pengganas yang merancang serangan terhadap warga Barat dan pemimpin politik.

Kebanyakan daripada 200 juta penduduk Islam Indonesia berfahaman sederhana tetapi negara itu berusaha membendung kegiatan radikal yang melancarkan serangan termasuk …

TANDA-TANDA HARI KIAMAT

erm...dalam banyak-banyak mende aku kongsi, yang ni la yang paling bebal kot. tak tau la masalah apa yang dihadapi oleh mereka semua ni. sanggup kahwin ngan mende daripada kahwin ngan manusia. nak kata mende yang dorang pilih tu memberi kepuasan tatkala malam tak gak. tah la...
aku rasa ni semua penipuan je kot. lantak la. janji ada entri baru...pikir positif!
*********** Kahwin Dengan Menara Eiffel

Erika, 39 tahun, ialah seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco. Perasaan pelik yang tertanam sekian lama dengan mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda.
Akhirnya dia berkahwin dengan Menara Eiffel dalam majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008.
*********** Kahwin Dengan Diri Sendiri

Seorang lelaki di China berkahwin dengan dirinya sendiri dengan alasan untuk mengekspresikan kekecewaan atas kenyataan hidupnya.
Liu Ye, 39 tahun,  berasal dari Zhuhai City berkahwin dengan replika dirinya yang dibuat daripada styrofoam yang lengkap disolek dan diken…

Jahit Muka Anjing Ke Muka Sendiri !!!!!!!geli

Pemuda ini sanggup menjahit muka anjing pada wajahnya kerana inginkan kelainan. Jom kita tengok proses membuatnya.














Mahkamah Tolak Hasrat pondan Bertudung Tukar Nama

KUALA TERENGGANU — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang mahu menukarkan nama dalam Mykad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas.
Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata, permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.
Mohd Ashraf Hafiz yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili pe…

“Dadah Itu Milik Rakan Saya”, Benjy

KUALA LUMPUR – Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy Selasa memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dadah yang diserahkan kepada polis bukan miliknya tetapi rakannya.
Benjy berkata walaupun beliau sendiri yang menyerahkan dadah itu selepas disoal polis, namun pemilik sebenar adalah ‘Nor Azizi’ yang meninggalkan bahan itu di rak buku dalam rumahnya di Menara Duta 2.
“Saya mempunyai pengetahuan mengenai dadah itu tetapi bukan saya yang mengawalnya,” katanya ketika pemeriksaan semula oleh peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakilinya.
Benjy berkata kedudukan dadah jenis syabu itu dimaklumkan oleh pembantu peribadinya, Afifi Hamid ketika mereka dalam perjalanan ke tempat memancing sebelum dia ditangkap.
“Fifi (Afifi) kata Zizi (Nor Azizi) tunggu saya di rumah dalam sejam dan ketika itu Fifi kata Zizi hisap ais (syabu). Dia kata Zizi ada tinggalkan paket syabu kat rak buku,” katanya.
Pada 8 Julai lepas, Benjy dipanggil membela diri terhadap tuduhan memiliki dadah jeni…

Gadis Muda Russia Rela Telanjang Agar Putin Kembali Jadi Presiden

Gadis ini menyebut diri mereka Putin’s Army dan dalam video itu menunjukkan seorang pelajar yang berambut perang bernama Diana berjalan kaki di sepanjang jalan-jalan di Moscow, sebelum menggunakan gincu merah untuk menulis ‘saya akan mengoyakkan pakaian saya untuk Putin’ .



Diana mempelawa gadis-gadis muda untuk telanjang dengan hadiah sebuah Apple iPad 2 dan kampen ini dilakukan menjelang pemilihan presiden pada March 2012.
Vladimir Putin menjadi presiden antara tahun 2000 hingga 2008 sebelum menyerahkan kekuasaannya kepada Dmitry Medvedev.
Walau bagaimanapun, masih ramai yang percaya bahawa Putin kekal pembuat keputusan utama dalam parti pemerintah dan akan kembali ke jawatan presiden dalam undi March 2012.

Harry Potter kutip RM1.4 bilion

SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2.
LOS ANGELES - Filem Harry Potter and the Deathly Hallows, Part 2 terus memecah rekod di pawagam antarabangsa hujung minggu lalu dengan kutipan tiket melepasi setengah bilion dolar dalam jumlah penerimaan di seluruh dunia selepas beberapa hari ditayangkan.
Pada malam Ahad lalu, filem itu telah mencapai kutipan AS$481.5 juta (RM1.4 bilion) di seluruh dunia dengan memecah rekod AS$312.3 juta (RM940.8 juta). kutipan itu datang dari 59 wilayah antarabangsa termasuk rekod di Britain iaitu AS$36.6 juta (RM110.2 juta) dan Australia AS$26.7 juta (RM80.4 juta).
Filem Transformers: Dark of the Moon pula meneruskan tarikan penonton antarabangsa pada minggu ketiga ditayangkan.
Selepas mendominasi carta selama dua minggu, filem arahan Micheal Bay itu masih menjadi kegemaran ramai apabila ia menambah kutipan sebanyak AS$39 juta (RM117.4 juta) di 9,300 lokasi.
Penambahan itu menyebabkan kutipan tiket fil…

Selebriti Korea Yang Suka Mengambil Gambar Di Tempat Tidur

Han Ye Seul
# 2
IU with Hello Kitty
# 3
Ji Young(Kara) with pet dog
# 4
Kahi-After School
# 5
Lee Da Hae
# 6
Lee Hyori
# 7
Park Bom 2NE1
# 8
Park Min Young
# 9
Song Hye Kyo
# 10
Tiffany (SNSD)
# 11
Yoon Eun Hye

Ais Sangat Baik Diminum Selepas Makan

Rata-rata kebanyakan daripada kita sering mendengar bahawa ais tidak elok untuk diminum selepas makan.
Jika kita dengar orang-orang tua pun sering sahaja mereka menyebut perkara ini. Malah, dalam IKIM.fm pun ada menyentuh perkara ini.
Justeru, saya ingin berkongsi maklumat sebenar berkenaan ais berdasarkan kajian yang telah dibuat.
Jom kita lihat apa yang berlaku dalam proses pencernaan makanan. Tumpukan perhatian anda kepada perbezaaan proses yang berlaku apabila kita minum air panas dan air sejuk setelah kita menjamah makanan.
Apabila kita makan, makanan akan masuk ke mulut dan mengalami proses-proses tertentu sehingga sampai ke perut. Sampai di perut, makanan akan disimpan untuk sementara waktu sebelum memasuki usus kecil.
Di usus kecil, makanan yang dicernakan ini diserap ke dalam salur darah dan dibawa ke jantung. Jantung seterusnya akan mengepam darah bernutrisi ini untuk kegunaan sel-sel. Makanan yang tidak dapat diserap di usus kecil pula akan disalurkan ke usus besar …

Anelka Mesra Jawab Assalamualaikum

DI sebalik keghairahan bertemu empat mata dengan barisan pemain Chelsea, ada perkara yang lebih menyentuh jiwa empat rakan karib apabila sempat mendengar Nicolas Anelka (gambar) menjawab salam yang diberikan peminat semasa sesi ramah mesra kelab Inggeris itu bersama peminat di ibu negara, semalam.
Anak muda dari Hartamas itu tergamam sebentar apabila pemain yang nama Islamnya, Abdul Salam Bilal Anelka itu peka menjawab salam biarpun sibuk melayani kerenah peminat menyerbu mendapatkan autograf dan bergambar.
“Kami hanya sempat bertemu dengan mereka kira-kira dua minit saja tetapi dalam sibuk-sibuk itu, ada peminat lain yang memberi salam (assalamualaikum) dan Enelka menjawabnya dengan cepat.
“Kami sangat gembira kerana dapat autograf dan bergambar dengan pemain walaupun John Terry tidak ada dalam sesi itu,” kata Omar Ridzuan, 18 yang ditemani tiga rakannya, Syed Haris Umar (17), Syed Emir Ashman (15) dan Syed ahmad Nazeem Syed Hussain (13).
Kira-kira 300 peminat kelab liga…

Hukuman Terhadap Guru Liwat Dua Murid Kekal

ALOR SETAR – Mahkamah Tinggi Alor Setar Rabu mengekalkan hukuman lapan bulan penjara terhadap seorang guru yang didapati bersalah meliwat dua pelajarnya enam tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab berkata keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar menjatuhkan hukuman itu adalah patut dan setimpal dengan kesalahan Muhammad Nizar Shuib.
“Setelah meneliti alasan pembelaan, saya dapati tiada keterangan kukuh pihak perayu untuk menolak keterangan pendakwaan yang berjaya membuktikan pertuduhan tanpa ragu dan mencukupi,” kata Mohd Zaki semasa membacakan keputusannya.
Muhammad Nizar, 30, didapati bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan iaitu memaksa dua anak muridnya berumur 11 tahun antara Mei 2003 hingga April 2004 di rumah nombor 497, Taman Siswa 2, Jitra, merangsang dengan tujuan melakukan perbuatan melampau yang salah mengikut seksyen itu.
Mahkamah Sesyen Alor Setar mendapati guru itu bersalah dan menjatuhi hukuman penjara lap…

10 Burger Termahal! WOWW

Burger merupakan makanan fast food paling digemari terutamanya golongan remaja. Dan negara kita mempunyai pelbagai restoran yang menyediakan pilihan pilihan burger yang menarik antaranya McD, KFC, Burger King, dll. Kebiasaannya harga burger di restoran fast food ini adalah dalam lingkungan RM20 untuk setiap set.
Tetapi, di Amerika Syarikat harganya berkali kali ganda daripada harga di Malaysia malah mencecah ribuan ringgit. Berikut merupakan 10 burger termahal:
10. Kobe Beef Burger – $ USD 21.75 (66.2830 MYR)



Burger ini menggunakan daging lembu Kobe yang memang terkenal dengan harganya yang mahal dan kelembutan isi daging lembunya. Ditambah pula dengan keju Gorgonzola, cendawan, bacon dan bawang membuatkan burger ini bertambah istimewa. 9. Hamburger Spago – $ USD 30.00 (91.4249 MYR)
Restoran Spago di Beverly Hills dimiliki oleh Wolfgang Puck yang merupakan seorang pembuat burger terkenal. Hamburger Spagu ini dimasak  dengan gabungan keju cheddar, bawang merah panggang ditamb…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…