Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 21, 2011

Video-Saji ayam goreng berulat, restoran diarah tutup

AKHIRNYA MAT SABU KANTOI MENIPU

Nampaknya pembohongan yang dilakukan oleh Mat Serbu tidak bertahan lama apabila pihak PDRM semalam berjaya mendedahkan tuduhan yang tidak bertanggungjawab oleh Mat Serbu ke atas pihak PDRM semasa perhimpunan haram Bershit 2.0 pada 9 Julai lalu memang tidak berasas sama sekali.

Jika sebelum ini Mat Serbu mendakwa motosikal yang dibonceng beliau telah dilanggar oleh kenderaan yang dinaiki anggota PDRM namun semuanya ternyata bohong dan tipu belaka apabila rakaman CCTV yang ditayangkan oleh pihak PDRM semalam menunjukkan motosikal yang dibonceng Mat Serbu sebenarnya telah melanggar bahagian tepi bahu jalan lalu terbalik dibelakang Land Rover Polis.

Tahniah dan Syabas kepada PAS kerana punya seorang pemimpin yang kuat menipu dan berbohong sama juga macam seorang lagi sahabat dia dari parti PKR yang memang pakar dalam mengolah jalan cerita untuk drama-drama yang terbaru. Syabas PAS!!!

akibat tunjuk kemaluan ,anu dipotong

KUALA LUMPUR: Gara-gara menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di dalam sebuah pasar raya minggu lalu, seorang promoter terpaksa meringkuk enam bulan di penjara di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Majistret Hafizza Sauni menjatuhkan hukuman itu selepas Chew Fong Leng, 25, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Dia turut dikenakan hukuman penjara sebulan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan gagal menunjukkan pengenalan diri kepada polis.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikhnya ditangkap pada 14 Jun 2011.

Mengikut pertuduhan, Chew didakwa menunjukkan kemaluannya kepada Ong Fong Leng, 36, di hadapan Dalun Trading, Tingkat 4, Bangunan Times Square, Jalan Imbi, Daerah Dang Wangi di sini jam 12 tengah hari, 14 Jun 2011.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

ada lagi pihak Khuatir kesan KL Gangster

KUALA LUMPUR: Filem adalah antara faktor utama yang mempengaruhi gaya hidup dan keperibadian remaja di negara ini.
Oleh itu setiap filem perlu diterapkan unsur positif yang membawa kebaikan kepada penonton. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, menerusi filem yang ditonton, remaja mudah terikut-ikut dengan unsur negatif yang dipaparkan, menyebabkan berlaku lebih banyak kes keganasan di sekolah seperti buli, gangsterism dan pergaduhan.

Katanya, menurut kajian MCPF pada 2002 bertajuk ‘Delinkuensi Juvana’ mendapati program televisyen mempunyai pengaruh besar terhadap remaja.
“Ini menunjukkan remaja mudah terpengaruh dengan media massa, malah kira-kira dua kali ganda responden mengakui terpengaruh dengan watak di televisyen,” katanya dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, MCPF mencadangkan filem yang bakal diterbitkan diberi perhatian khusus, terutama membabitkan unsur positif yang boleh membantu mendidik remaja.

Lee berkata,…

kalau mata buaya besar sebiji bola tenis,,macam mana besar badannya

SARATOK: “Selepas memberi ‘salam’, buaya yang mempunyai sepasang mata sebesar bola tenis itu terus beredar meninggalkan saya,” kata seorang nelayan yang pernah bertembung dengan seekor buaya ketika memasang pukat di Sungai Sebelak, kira-kira dua bulan lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Ibrahim Sebeli, 52, turun berseorangan untuk memasang pukat di sungai berkenaan yang terletak beberapa kilometer dari rumahnya di Kampung Emplam, di sini.

Menurut Ibrahim yang sudah 30 tahun menjadi nelayan, buaya itu dikatakan muncul pada jarak kira-kira empat meter di depannya ketika memasang pukat untuk menangkap udang. “Ketika itu saya terasa seperti ada sesuatu yang besar muncul secara perlahan-lahan di permukaan air dan bagi mendapatkan kepastian kehadiran objek itu, saya menyuluh menggunakan lampu dan ketika itulah ternampak sepasang mata merah sebesar bola tenis di depan saya.
“Menyedari objek itu buaya, saya menenangkan diri dan tidak melakukan pergerakan dan bersy…

Tiga lelaki Myanmar mabuk membuat onar

AMPANG JAYA: Seorang remaja cedera di kepala selepas dipukul dengan sebatang kayu belantan berantai oleh tiga lelaki warga Myanmar yang dipercayai mabuk dalam kejadian di Taman Seraya, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 9 malam itu menyebabkan remaja berkenaan pengsan selama sejam akibat kecederaan dialami.

Mangsa, Muhamad Khairul Mustaza, 17, berkata ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebelum ditahan tiga lelaki terbabit yang kemudian terus membelasahnya hingga pengsan.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, tiga lelaki berkenaan menahan dan memberi amaran akan memukul saya. Sebaik berkata demikian, mereka mengeluarkan kayu belantan lalu menghayunkan ke muka saya.

“Saya tidak mampu melawan dan merayu supaya jangan diperlakukan demikian kerana tidak membuat apa-apa kesalahan kepada mereka dan hanya mahu pulang ke rumah,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, akibat pukulan itu, dia cedera di kening kiri dan pengsan selama sejam.

“Sebaik sedar, …

Remaja dirogol bapa tiri,

AMPANG JAYA: Seorang remaja berusia 16 tahun bukan saja menjadi mangsa rogol bapa tirinya selama lima tahun, malah disisih dan dimarahi ibunya sendiri selepas menceritakan kejadian itu tahun lalu di Pandan Perdana, di sini hingga menyebabkan dia terpaksa menumpang di rumah saudaranya.
Kejadian malang itu bermula ketika remaja itu berusia 11 tahun apabila bapa tirinya berusia 50-an mengambil kesempatan merogolnya ketika ibunya tiada di rumah.

Remaja berkenaan pada mulanya takut untuk memberitahu perkara itu kepada ibunya, namun mengambil keputusan menceritakan hal itu selepas sering diganggu bapa tirinya itu.
Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku pada 2006 apabila bapa tiri mangsa memaksa remaja itu melakukan hubungan seks ketika ibunya tiada di rumah.

“Mangsa menolak permintaan, namun diugut akan dihalau keluar sekiranya tidak menurut perintah. Lelaki itu memaksa mangsa melakukan hubungan terlarang berkenaan.

“Mangsa dirogol sebanyak dua kali. Lelaki itu turut m…

kejahatan manusia /Dua murid disimbah asid

MARAN: “Saya lihat dua beradik itu menggelupur kesakitan akibat disimbah cuka getah. Hati saya sedih melihat mereka meraung kesakitan,” kata Siti Aishah Rohaisha Hanafi, 28, saksi kejadian dua beradik disimbah cuka getah oleh seorang lelaki dipercayai kurang siuman di Felda Jengka 9, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, dan adiknya, Shafiq Aiman, sembilan tahun, parah di muka dan beberapa bahagian tubuh akibat terkena cuka getah.

Difahamkan, Shafiq Haikal yang baru selesai mengaji, mengajak adiknya ke rumah rakan sekolahnya untuk mengulang kaji pelajaran.

Sebaik tiba di depan rumah rakannya, suspek dikatakan berlari ke arah mereka sebelum menyimbah cecair dipercayai cuka getah dan terkena muka serta tubuh mangsa.

Akibat simbahan itu, dua beradik terbabit meraung serta menggelupur menahan kesakitan sebelum jeritan mereka didengar penduduk berhampiran yang pantas memberi bantuan.

Ibu saudara mangsa, Zafrida Che Sham, 41, berka…

Gadis kurang upaya buang bayi

KOTA TINGGI: Selepas menyusukan dan meletakkan bayi baru dilahirkannya di belakang rumah didiami bersama keluarga di Teluk Sengat di sini, seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun dikatakan sanggup membuat helah mengejutkan ibunya dengan memberitahu terdengar tangisan bayi, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, ibu wanita berkenaan panik terus mengejutkan suaminya sebelum mereka menemui bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan bogel di tepi longkang rumah mereka. Bagaimanapun, helah wanita OKU berkenaan yang mengalami kecacatan di kaki dan mata akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, kira-kira jam 8 malam di rumah keluarganya selepas dipercayai terbabit melakukan perbuatan itu. Difahamkan, kejadian itu kali kedua wanita berkenaan melahirkan bayi luar nikah hasil hubungan haramnya dengan teman lelakinya warga Nepal selepas dua tahun lalu turut melahirkan bayi luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki warga …

Polis akan tayang video puak bershit

PENJELASAN...sebahagian gambar yang ditayangkan di Bukit Aman, semalam. KUALA LUMPUR: Tohmahan beberapa pihak terutamanya individu penting yang terbabit dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kekerasan dan keganasan ketika menyuraikan perhimpunan berkenaan ternyata tidak benar.
Ini terbukti selepas polis menyiarkan rakaman video dan gambar ketika kejadian itu di Bukit Aman, petang semalam.

Antara tohmahan yang menunjukkan jelas satu penipuan adalah dakwaan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mendakwa dilanggar kenderaan polis ketika ditahan pada hari kejadian, namun rakaman kamera litar tertutup mendapati dia terjatuh daripada motosikal dinaiki akibat terlanggar pembahagi jalan.

Sesi tayangan itu dikendalikan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rashid serta dihadiri kira-kira 200 orang termasuk semua media dan wakil dari badan bukan kerajaan (NGO).


Salleh berkata, sesi itu dibua…

salih yaacob dapat anugerah dari kerajaan kelantan

SALIH...bersyukur dan berterima kasih KOTA BHARU: Pengacara dan pelawak, Salih Yaacob, 48, bersama empat isterinya akan diberi anugerah oleh Kerajaan Kelantan kerana menjadi contoh keluarga berpoligami yang mampu menguruskan rumah tangga dengan baik mengikut hukum Islam.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2011 sempena Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam.
Wan Ubaidah berkata, anugerah itu sebagai tanda penghargaan kerajaan Kelantan kepada Salih dan empat isterinya kerana mempunyai satu ikatan kekeluargaan kukuh walaupun hidup berpoligami.

Katanya, anugerah itu diharap menjadi suntikan semangat kepada suami dan isteri lain supaya mengamalkan cara hidup bertolak ansur dan harmoni seperti diamalkan keluarga Salih.


“Anugerah itu akan diberikan kepada Salih dalam tempoh terdekat ini, tetapi kita…

Bingkai iPhone Berbentuk Makanan

Bingkai telefon iPhone kini berbentuk pelbagai jenis makanan seperti mi, telur, sushi dan coklat yang dinamakan sebagai iMeshi.

Info Ringkas:
Ia kini menjadi kegilaan terbaharu di Jepun walaupun terdapat sedikit masalah pada bingkai tersebut kerana ia menghalang lubang kamera pada telefon bimbit itu. Namun ada versi lain yang turut dikeluarkan tanpa menghalang lubang kamera.Ia dikeluarkan oleh Syarikat Strapya (sebuah syarikat Jepun) dan dijual pada harga RM 150 sebuah.Terdapat pelbagai jenis 'pilihan menu makanan' yang boleh dipilih malah peminat juga boleh menukar cover tersebut bergantung kepada waktu makan (makan tengah hari, malam, sarapan, dll)
Lagi gambar-gambar menarik:



sumber: dailymail.co.uk, kosmo, http://lulussutopo.blogspot.com

Bila PAK sheikh-PAK ARAB TERLAMPAU KAYA

Ia mungkin tanda nama terbesar di dunia. Seorang sheikh kaya-raya mengukir namanya pada permukaan pulau milik peribadinya dan ia boleh dilihat dari angkasa lepas.

Pekerja mengukir perkataan ‘HAMAD’ atas arahan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan.

Nama itu terbentang seluas 3.2 kilometer dan hurufnya setinggi satu kilometer setiap satu. Ia begitu besar sehingga huruf ‘H’ dan ‘A’ yang pertama dan sebahagian huruf ‘M’ dijadikan laluan air.


Sheikh kaya-raya itu, yang berusia 63 tahun, anggota keluarga pemerintah Abu Dhabi di di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika ini, mempunyai kekayaan berjumlah RM70 bilion, yang kedua terbanyak selepas raja Arab Saudi.


Keretanya yang berjumlah lebih 200, termasuk tujuh Mercedes 500 SEL dicat dengan pelbagai warna pelangi, ditempatkan di sebuah bangunan yang dibina khas, berbentuk piramid.


Namanya itu diukir pada sebuah pulau yang dimilikinya, Al Futaisi.


sumber: hmetro, http://www.theatlanticwire.com, http://…

KEBODOHAN TAHAP MAKSIMA,,,

Debat Ambiga paria vs Wan Ahmad 26 Julai 2011

Salam hormat,
Debat yang pasti ditunggu-tunggu antara Pengerusi BERSIH 2.0;  Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Pengerusi SPR; Malaysia; Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai 2011. Debat berkisar isu sistem pilihanraya Malaysia dan ‘Apa selepas 9 Julai 2011..‘.  Sebelum ini, kedua-dua pihak itu sering kali bertelagah berhubung ketelusan dan keberkecualian SPR Malaysia dalam isu sistem pilihanraya. Ambiga pada kemuncaknya memimpin perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu sehingga menyebabkan beliau dan hampir 1,700 orang yang lain ditangkap. Debat berkenaan dijadualkan berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam. Majlis dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain. Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.
Sumber:

gol drogba Chelsea 1 -0 malaysia

Ini yang nak ditekankan terlebih dahulu. Sebenarnya bola itu diatas line. Sapa-sapa yang tengok (rujuk video yang akan diupload kemudian). Bola itu memang atas line maa. Apepun, mungkin linesman terlewat sedikit nak lari atau tak tahu nak cakap apa sebab tertidor ker apa.
Tapi mungkin pandangan dari tepi tuh, linesman nampak macam masuk. Keputusan adalah muktamad Kita harus terima dengan redha!!. Keseluruhan perlawanan: Memang malysia agak diasak hebat dari serangan yang bertubi tubi, seawal minit ke 2 pun hampir-hampir, namun penjaga gol yang cekap menyelamatkan keadaan. Selain dari melihat chelsea bermain tidak ditahap optimum. Serangan yang mereka lakukan pun masih macam tak berapa nak menjadi sebenarnya. John terry, anelka, john mikel masih tidak dapat rentak pasukan yang mantap. Komunikasi mereka pun tak berapa nak ngam. Malaysia terlepas 2 beberapa peluang keemasan. Peluang yang hampir dapat oleh Thamil Arasu (kalau tak silap, salah tolong betulkan)pada minit-minit terakhir…

Barang purba Rahsia Yang Dicari Oleh Yahudi lahanat dibawah masjid Al-Aqsa

Gambaran tabut oleh Yahudi
Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang mamberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman”. Surah al-Baqarah ayat: 248 Apabila bani israel dizaman Nabi Daud meminta seorang raja untuk menyatu padukan mereka dan memimpin mereka untuk menghadapi peperangan, Allah memperkenankan doa mereka, Allah jadikan Tolut sebagai raja mereka dengan didatangi oleh malaikat peti Tabut sehingga mereka dapat mengalahkan musuh-musuh mereka. Peti tersebut mempunyai barang peninggalan Nabi Musa, Nabi Harun dan barang-barang orang-orang soleh dari keturunan yahudi. Mer…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…