Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 22, 2011

Cucu tumbuk nenek hingga lebam

Hari Ni Mat Sabu Kona langgar Daripada Land Rover Kepada Waja Pulak Dah..

Hari Ni Mat Sabu Kona Baring Daripada Land Rover Kepada Waja Pulak Dah..

Akibat terdesak kerana pembohongannya telah terbongkar, kini Mat Sabu pusing cerita daripada kena rempuh dengan land rover polis kepada kereta Waja polis.

Itu kata hari ini. Di bawah ini pula katanya pada 11 Julai 2011 dan bukannya dilaporkan oleh Utusan Malaysia atau Berita Harian. Ianya dilaporkan oleh Dajjal malaysiakini sendiri.

http://malaysiakini.com/ne​ws/169590

Ha...ha...ha....dah tersepit beb.....

Apa sahaja yang ada yang boleh digunakan untuk menutup pembohongan gunakan sahajalah labu oiiii.....

Kalau tanya budak kecil pun mereka boleh kenal dan bezakan antara land rover dan kereta Waja. Tak kan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas tak kenal. Kalau tertukar Proton Wira dengan Proton Waja bolehlah diterima akal beb...

Hari ini land rover pun dah tukar jadi pajero pula. Kantoi beb.....

Wa...kah...kah...kah...kah​...

Ingat Pesanan aku ni Mat Sabu, jangan ingat kamu boleh tipu semua rakyat Malaysi…

Jangan jadikan SPRM mangsa politik - NGO

KUALA LUMPUR 22 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak sepatutnya terus dijadikan mangsa politik selepas Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock mengumumkan punca kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor itu adalah bunuh diri.
Presiden Pertubuhan Pendidikan Pencegahan Rasuah Malaysia (PPPRM), Datuk Shahrul Nizam Yunos berkata, prosedur siasatan suruhanjaya itu juga tidak perlu dipertikaikan kerana ia telah menjalankan ribuan siasatan terhadap pelbagai latar belakang saksi sejak penubuhannya pada 2009.
"Dalam isu ini, SPRM sama seperti Beng Hock yang dijadikan mangsa politik pihak berkepentingan bagi mencapai matlamat mereka untuk terus melindungi individu lain yang terlibat dalam perbuatan rasuah.
"Berikutan itu, kami meminta tolong keluarkan SPRM yang telah diamanahkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memerangi rasuah di negara ini, daripada senarai mangsa politik dan kambing hitam mereka," katanya ketika dihubung…

Tindakan DAP tidak wajar

KUALA LUMPUR 22 Julai – Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock berpendapat parti politik tidak boleh terlibat dalam memberikan bantuan kewangan sebagaimana yang dilakukan oleh DAP bagi program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan sekitar 2008 dan 2009.
Ia berikutan peruntukan bagi program itu dikeluarkan daripada belanjawan kerajaan negeri yang sepatutnya dibelanjakan untuk penduduk di kawasan tertentu.
Berdasarkan laporan suruhanjaya setebal 124 muka surat yang disediakan oleh lima panel suruhanjaya itu, tindakan sedemikian juga telah mengundang tuduhan dan pandangan serong apabila pembayaran semula wang itu kelihatan seperti penyaluran dana kepada parti politik tersebut.
‘‘Kami mendapati agak aneh apabila pihak yang terlibat dalam proses ini tidak dapat menghalang parti politik daripada terlibat dalam projek kerajaan.
‘‘Kami juga tidak memahami mengapa seorang kontraktor yang bersetuju menganjurkan sesuatu program atau menjalankan s…

Hormati agama lain - Najib

Najib Tun Razak diiringi Muhyiddin Yassin disambut rakyat sekembalinya dari lawatan kerja ke negara Eropah di KLIA, Sepang, semalam.
SEPANG 22 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para penganut satu-satu agama di negara ini harus terlebih dahulu menghormati agama lain sebelum mereka ingin juga dihormati.
Mesej itu disampaikan Perdana Menteri ketika berucap di hadapan lebih 2,000 orang hari ini yang menyambut kepulangan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah melakukan lawatan kerja ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali.
"Kita mahu beritahu rakan-rakan kita, penganut Kristian di Malaysia... kalau mereka menghormati kita, kita juga menghormati mereka. Inilah kerajaan kita... kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Inilah mesej kita. Islam adalah agama yang adil pada semua. Islam itu cantik. Islam itu tinggi. Islam itu murni. Islam itu mulia. Ini adalah mesej yang kita perjuang…

Pendedahan bersiri Umi Hafilda 18SX

Khairul Fahmi KENA MAKI

IDOLA Piala Suzuki AFF, Khairul Fahmi Che Mat mungkin berada dalam krisis ketika ada jari-jari yang kerap menuding ke arahnya sebagai punca gawang skuad Harimau Malaya terbolos banyak kali kebelakangan ini. Namun, penjaga gol utama yang mesra dengan panggilan Apek tidak peduli gangguan seperti ini ketika detik getir menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia, zon Asia, Sabtu ini dianggap lebih penting. “Inilah bola sepak. Anda harus kuat menerima kritikan. Saya dapat rasakan kritikan di sekeliling saya tapi ini hanya menguatkan tekad saya membantu kejayaan pasukan negara. Itu yang penting,” katanya.

Segala cemuhan dilontar ke arah penjaga gol Kelantan itu harus mencengkam minda Khairul dan harap dia akan bangkit menunjuk taring mengekang jentera serangan Singapura yang harus menggegar di halaman sendiri.

KHAIRUL Fahmi Che Mat tidak mahu dua kekalahan kepada Arsenal dan Liverpool menjejaskan tumpuan skuad Harimau Malaya ketika digamit cabaran besar berdepan Singapura …

PADAN MUKA The Malaysian Insider

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan penyiasatan terhadap portal berita The Malaysian Insider untuk menentukan kesahihan foto yang kononnya diambil sewaktu Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.
Sebarang tindakan yang akan diambil berkenaan dengan hal ini akan hanya dilakukan setelah penyiasatan dijalankan dan mengikut proses yang telah ditentukan.

David de Gea belum terjamin sebagai penjaga gol utama Manchester United.

David de Gea ALEX Ferguson melontarkan amaran terhadap bintang muda yang baru dibelinya, David de Gea bahawa dia belum terjamin sebagai penjaga gol pilihan utama di Manchester United.
Pemain Sepanyol itu menyertai United dari Atletico Madrid selepas beraksi buat Sepanyol pada Kejohanan B-21 Eropah dan dijangka mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Edwin van der Sar yang bersara hujung musim lalu.
Namun dengan kehadiran Anders Lindegaard Januari lalu dan pemain muda,
Ben Amos bertindak cemerlang menghalang lawan ketika United menang besar 7-0 ke atas Seattle Sounders pada perlawanan pramusim di Amerika Syarikat,
kedua-duanya nyata memberi saingan sengit terhadap De Gea.


Ferguson berkata:
“Memang jelas kami membeli David de Gea sebagai pilihan utama seperti yang saya bayangkan.

“Tapi Anders Lindegaard dan Ben Amos mungkin menganggap mereka ada peluang dengan persaraan Van der Sar.

“Bagi saya, ia sesuatu yang terbuka luas.

“De Gea akan bermain Sabtu ini (awal pagi Ahad) menent…

ibadat solat Jumaat Surau Jumaat Al-Hidayah di Hentian Puduraya

SEJARAH...warga kota menunaikan solat Jumaat buat pertama kali di Surau Jumaat Al-Hidayah di Hentian Puduraya pada 8 Julai lalu. KUALA LUMPUR: Selepas dibuka pada 1976, surau di Hentian Puduraya di sini yang sekian lama berkhidmat sebagai tempat umat Islam beribadat terutama penumpang bas, kini berubah wajah.
Dengan perubahan drastik hampir ‘360 darjah’, surau terbabit kini diiktiraf sebagai surau ke-71 yang dibenar melakukan ibadat solat Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Sesuai dengan penaikta rafan itu, ia kini dikenali sebagai Surau Jumaat Al-Hidayah dan tanggal 8 Julai 2011 lalu menjadi catatan sejarah apabila hampir 500 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat buat kali pertama.
Pengurus Besar Kanan Perancangan Korporat dan Strategik, Uda Holdings Berhad, Mohd Kamaruddin Abdul Manan berkata, pengiktirafan itu signifikan kepada pihaknya dan pengurusan Hentian Puduraya dalam usaha menunaikan tanggungjawab sosial mereka kepada umat Islam yang…

Wanita mati dilanggar anak sendiri

SUE...terbunuh.
LAUREN...tak sengaja. LONDON: Seorang ibu beranak tiga mati selepas anak perempuan wanita itu terlanggarnya ketika dia mengajar anaknya mengundurkan kereta memasuki parkir, semalam.
Sue Duke, 41, dirempuh kereta Ford Ka dipandu anaknya, Lauren yang berusia 17 tahun.

Tubuhnya tersepit di antara kereta anaknya itu dengan sebuah kereta lain.
Sue yang bekerja sebagai pelayan bar dikatakan memberi tunjuk ajar kepada Lauren supaya memasukkan keretanya ke dalam tempat letak kenderaan sebelum kereta itu secara tiba-tiba meluru ke belakang.

Abang ipar Sue, Malcolm Mitchell berkata, kemalangan yang berlaku di Rochester, Kent itu berpunca daripada kesilapan tragik dilakukan Lauren, remaja lepasan sekolah.

Mitchell berkata: “Lauren sedang berlatih mengundurkan kereta. Kami yakin Susan keluar untuk memberi tunjuk ajar kepadanya. “Lauren pasti keliru antara pedal brek dan pedal minyak dan menekan pedal yang salah.” Seorang saksi yang enggan dikenali berkata: “Pada mu…

5 Anak Patung Yang Menakutkan di dunia

Terfikirkah anda untuk memiliki anak patung seperti gambar-gambar di bawah. Sanggupkah memberikannya kepada anak-anak anda untuk bermain. Wow! sungguh ngeri!!! kalau anda sanggup!. Gambar lagi dibawah.








Bahaya melayari internet terlampau lama

Tapi tahukah kamu bloger-bloger sekalian.. Kajian di Beijing menunjukkan otak korang boleh kecut kerana melayari internet berlebihan. Kajian disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.
scan otak Dalam kajian itu metod atau cara yang dibuat dengan scan otak guna mesin MRI. Hasilnya budak yang selalu hadap internet nie lebih banyak titik kelabu pada otak. Ini akan membawa kemerosotan struktur otak menyebab otak korang mengecut dalam jangka masa panjang. Kalau otak dah kecut.. Proses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota terjejas. Pernah tak korang rasa nak minum, tiba-tiba masuk tandas dan blur tak tau ape nak buat? Kalau pernah, maknanya tak dah kecut sikit kui kui kui. Budak-budak yang belajar dengan internet tue cammana boleh pandai plak? Dia orang nie ade jampi bagi otak kembang ke? Aku pun risau otak aku ni dah kecut banyak mana sebab mem…

Makan Mayat

Korang judge la sendri gambar-gambar yang korang akan tengok ni yer.. Aku share jer.. Kalo geli, jangan tengok yer...

kereta Akuarium

Sebuah kereta dijadikan akuarium ikan di satu pameran.

SABUN yang menyeramkan

Sabun di negara kita sendiri memang banyak tetapi sabun ini mesti korang rasa seram nak guna waktu mandi.

kalau budak tunggang kuda kita biasa dengar ,,nie lain budak tunggang harimau

Ini benar-benar berlaku di sebuah pedalaman Laos. Kita biasa lari kalau terjumpa harimau tetapi bukan budak ini.

Hinanya bila Jepun Menang Women's World Cup

Memang gembira kerana buat kali pertama Asia pernah memenangi mana-mana World Cup selepas Jepun mengalahkan AS dalam sepakan penalti. Orang Asia mesti sangat gembira tetapi segelintir mereka di AS meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap kekalahan negara mereka di Final. Mereka ini meluahkan perasaan mereka di Facebook. Minta maaf kalau ada bahasa yang agar kasar digunakan oleh mereka. :-))Kesian negara Jepun, baru menang dah kena marah. Mungkin kerana AS tidak pernah kalah di Final sebelum ini dan Jepun adalah pertama yang membuat demikian. 


Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…