Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 3, 2011

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Khas buat golongan lelaki yg mendambakan sentuhan bibir seorang wanita...

   Anda minat model gravure Jepun yg seksi2?? sukakan bibir mereka yg merah mungil2?? terasa ingin mencium nya?? hah!! kini anda dpt melunaskan nafsu serakah anda...belilah "kiss-A-Zima"...ianya sejenis produk minuman yang bangang giler dr Jepon...Stp pembelian air ini, akan disertakan sekali "Bibir Silikon"...utk ape?? ianya bole dipasang pd botol...bibir silikon nie dibuat khas ok...ianya merupakan acuan asal dr bibir gravure idols Jepun antaranya Kiguti Aya, Kinoshita yuuki dan Teshima Yutaka (maria ozawa takde ke??)...Kiranya, kalau minum @ cium "silicone lip" seolah2 dpt indirect kisses dr model2 hot la...haha...nme pon " kiss - A - Zima" , bunyi dah mcm "kiss-A Zina"...Aduh!ade ke laki yg beli nie? kalau ade mmg tak boleh ckp ape la...mmg sangap giler tahap nafsu kuda liar la!!...


Damn!! Npe spidey man pon GAY!!

Spider - Man Baru Negro?? Gay??
   Argh!!!! Ini...ini bodoh nie…Ak tak bole terima nie…selaku peminat tegar "Spider-man”, ak tak dpt terima hakikat yg Marvel comics dah matikan watak Peter Parker dan gantikan dgn watak spider – man baru!


Peter parker akan digantikan dengan watak serba baru bernama Miles Morales, seorang half Negro-half Latino dan yg plg gampang sekali, dikatakan watak ini GAY!! Damn!! SPIDER GAY!!Oh!! Ak bukannya seorang racist beb, tp ak mementingkan keoriginalti…Peter Parker terlalu legend kot, dari tahun 1962, isu pertama the amazing spider – man yg dilukis Stan lee…mcm mana seorg geek budak skema mendapat kuasa Arachnid slps digigit lab spider.Pada  isu June 2011, watak peter dimatikan... Peter dibunuh oleh Green Goblin!! Dan Miles Morales akan menggantikan Peter parker dan menyarung kostum spidey.

   Menurut Sara Pichelli,pelukis baru siri Spider-Man, Spidey Miles berbeza skit dari Spidey peter dari segi kuasa ‘Spider Sense’ dgn ability shoot web…

kawan-kawan jom baikot filem cina babi nie NAMEWEE

MOGA LINGKUPLAH FILEM KAU NAMEWEE !!!

Namewee buat filem tajuknya nasi lemak 2.0.namewee bodoh. Ini filem confirm tak laku punya. Kasi tukar tajuk la BAH KUT LEMBU 2.0 baru boleh laku maaa. Hamsap lu la namewee...Lu langsi lu mau mati..

GAMBAR kerang yang cacat

GEODUCK?
GEODUCK ini adalah sejenis binatang haiwan laut la..Ianya telah ditemui di sekitar pantai Pasifik Amerika, Kanada dan juga Jepun. 
Geoduck diklasifikasikan sebagai SALTWATER CLAM(kerang laut) kerana mempunyai cengkerang yang hampir serupa dengan kerang laut namun mempunyai belalai seakan-akan belalai gajah sehingga boleh mencecah 1 meter panjangnya.



1 juta untuk kereta buruk

MICHIGAN 2 Ogos - Dunia automotif kini dipenuhi dengan kereta konsep dan rekaan yang menarik, tetapi kelainan kereta Pontiac sebelum Perang Dunia Kedua ini membuktikan keunikan semulajadi tetap tidak dapat ditandingi.

Kenderaan yang dibuat pada tahun 1939 dan dikenali sebagai Ghost Car ini dilaporkan meraih bidaan akhir sebanyak AS$308,000 (RM909,832) pada lelongan tertutup di Michigan, Sabtu lalu.

Kerangka badan kereta ini dibuat sepenuhnya daripada Plexiglass, bahan yang diperkenalkan pada 1933, hanya enam tahun sebelum kenderaan ini diperkenalkan.

Kenderaan lut sinar yang merupakan kereta pertama seumpamanya dibina di Amerika Syarikat ini mempunyai sejarah yang panjang dan buat pertama kalinya diperkenalkan pada Pameran Dunia New York 1939.

Ia adalah sebahagian daripada pameran General Motors dan direka bagi menunjukkan kenderaan masa depan.

Kos pembinaan asal kenderaan ini ialah AS$25,000 (RM73,850), bersamaan dengan AS$388,000 (RM1.1 juta) jika dipadankan dengan inflasi.

8 orang samseng kalah dengan dengan orang tua umur 81 tahun

HONG KONG: Seorang warga emas berusia 81 tahun di bandar raya ini menumpaskan sekumpulan samseng remaja yang cuba merompaknya, kata polis, semalam. Lapan remaja ditahan dengan sesetengahnya memerlukan rawatan di hospital.
Lelaki warga emas yang dikenali sebagai Mark itu diserang kumpulan remaja berkenaan yang berusia antara 15 hingga 19 tahun di terowong pejalan kaki kira-kira jam 4 pagi. Ketika itu, Mark dalam perjalanan untuk melakukan senaman pagi apabila dia diserang dari belakang. 
“Mereka menolak lelaki tua itu ke tanah dan cuba merompaknya. Namun, dia melawan kembali dan kumpulan itu melarikan diri tanpa mendapat apa-apa,” kata jurucakap polis. Kumpulan samseng remaja itu yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan cedera ringan selepas lelaki terbabit melawan. - AFP

100,000 Ubat Stapler UNTUK bina bandar kecil

Bandaraya kecil ini dibina oleh Peter Root sepenuhnya dengan menggunakan ubat stapler. Lebih daripada 100,000 ubat stapler digunakan untuk membina bandaraya itu, Cool dan awesome mamat peter ni.. korang yang selalu kata bosan sana bosan sini... nah try la buat bandar sendiri. tapi kalau tangan terketar2 tu rasanya tak payah try. nanti tak pasal-pasal mengamuk pulak.



ARTIS-Cinta Selepas 9 Tahun bercinta akhirnya Zach X-Factor ambil keputusan putuskan

PETALING JAYA: Pelakon Zachery Francis, 34, atau mahu dikenali sebagai Zach Diamond ini baru sahaja berpisah dengan kekasihnya selepas sembilan tahun bercinta. Pelakon yang terkenal menerusi drama Si Capik dan Duyung Airidinata ini terpaksa meninggalkan wanita itu apabila cintanya didustai kira-kira tiga bulan lalu. Biarpun hatinya sudah patah untuk untuk mencintai bekas kekasihnya itu, Zach, bekas anggota kumpulan X-Factor ini masih menghulurkan salam persahabatan dan tidak bermusuh. “Saya tidak mungkin kembali kepadanya sebagai kekasih tetapi kami tidak berniat untuk memusuhi antara satu sama lain. Saya juga tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat ini dan tetap memaafkannya terhadap apa yang berlaku. “Saya menganggap kami sudah tiada jodoh untuk bersama lagi dan biarlah masing-masing memilih haluan hidup sendiri. “Andai saya bertemu dengan orang lain, mungkin saya akan terus berkahwin dengan wanita itu dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi. “Selepas melalui pengalaman pa…

SEBARKAN - bahaya sosej ada kandungan babi

KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.


Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.


Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.

“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.


“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan…

Safee Sali benggang bila disamakan seperti monyet

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet) Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf terbuka

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.
Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.

Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan. 

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara saha…

Kecurangan Khairul Fahmi terbongkar selepas ada seorang wanita datang berjumpa dan mengakui mempunyai hubungan

KUALA LUMPUR: “Saya tidak mahu komen, biarlah semuanya selesai dulu,” kata tunang Khairul Fahmi Che Mat, 22, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22, di sini, semalam.
Elia ketika dihubungi menerusi SMS enggan memberikan sebarang komen mengenai kenyataan Khairul Fahmi yang mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangannya kepada keluarga Elia dalam masa terdekat. 


Kelmarin, Harian Metro melaporkan dakwaan Elia yang tidak mengetahui keputusan penjaga gol sensasi kebangsaan itu memutuskan pertunangan mereka dan hanya mengetahuinya menerusi Metro Ahad.

Wanita itu turut menafikan dakwaan Khairul Fahmi bahawa keputusan memutuskan pertunangan mereka diambil selepas berbincang dengannya menyebabkan dia dan keluarganya terkejut.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah.

Dia turut menyangkal dakwaan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir…

Berakhirnya kisah cinta Khairul Fahmi dan AIMIE Harmelia apabila cincin dipulangkan

KOTA BHARU: Kontroversi putus tunang penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, hampir menemui noktah apabila hero Harimau Malaya itu mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunangnya dalam masa terdekat.


Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala urusan dilakukan mengikut adat Melayu termasuk menyerahkan semula cincin pertunangan yang bakal disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.


Bagaimanapun, kata Khairul Fahmi, dia tidak turut serta ketika urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia beberapa minggu bagi menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

“Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya ma…

BOLA SEPAK -Indonesia cabar Malaysia

INDONESIA mempelawa skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan sebagai persediaan mereka menghadapi perlawanan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada September depan. Anggota jawatankuasa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Bob Hippy berkata, Malaysia dipilih memandangkan ia adalah negara jiran yang dekat. "Indonesia juga merancang untuk mengadakan perla- wanan persahabatan dengan Australia," katanya melalui laman web rasmi PSSI. Indonesia diundi dalam Kumpulan E bersama Iran, Bahrain dan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar. Bob berkata, walaupun Indonesia diundi dalam kumpulan bersama pasukan dari Timur Tengah, namun mereka tidak bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan di rantau itu kerana faktor lokasi dan masa. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Aszuddin Ahmad ketika dihubungi pula berkata, pihaknya masih menunggu butiran lanjut berhubung tarikh dan lokasi perlawanan tersebut.

nenek berusia 82 tahun, Judy Wade meraikan ulang tahun kelahirannya dengan terjun dari sebuah pesawat

JUDY WADE yang berusia 82 tahun terjun bersama seorang cucunya, Joe Kemp di New York pada Ahad lalu.
NEW YORK - Seorang nenek berusia 82 tahun, Judy Wade meraikan ulang tahun kelahirannya dengan terjun dari sebuah pesawat di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin. Dia terjun bersama seorang cucunya dari sebuah pesawat pada ketinggian 4,267 meter dengan kelajuan 193 kilometer sejam. Nenek itu terjun bersama dengan cucunya, Joe Kemp yang merupakan wartawan akhbar New York Daily News pada Ahad lalu di sini. Menurut Kemp, neneknya itu menyuarakan hasrat untuk membuat terjunan dari udara buat kali pertama bagi meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-82. - Agensi

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…