Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 12, 2011

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

ustad meliwat

KUALA TERENGGANU - Seorang ustaz sebuah sekolah menengah di sini hari ini ditahan kerana dipercayai meliwat seorang pelajar berusia 13 tahun di sekolah itu.

Ustaz berkenaan yang mengajar subjek Pendidikan Islam ditahan di rumahnya di perumahan guru di Batu Rakit dekat sini kira-kira jam empat pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata penahanan suspek dilakukan ekoran laporan polis yang dibuat oleh mangsa, di Balai Polis Batu Rakit petang semalam yang mendakwa telah diliwat oleh ustaz terbabit.

"Guru berusia 42 tahun itu telah berkahwin, dipercayai telah melakukan perbuatan terkutuk itu sebanyak tiga kali bermula Mac hingga Jun lepas di kuarters perguruan sekolah berkenaan yang bersebelahan dengan asrama putera yang dihuni mangsa," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Menurut Manoharan polis masih menyiasat kes berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ada pelajar lelaki lain turut menjadi mangsa guru terseb…

dicabul

KES CABUL:Seorang lagi kanak-kanak jadi mangsa Kanak-Kanak Perempuan Lima Tahun, Mangsa Terbaru Kes Cabul Pemandu Van

KUALA LUMPUR: Kecurigaan seorang ibu dengan sikap anaknya yang enggan menaiki van yang menghantarnya ke taska terjawab apabila kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu mengadu kemaluannya sakit, dipercayai akibat dicabul.

Semuanya terbongkar Sabtu lepas apabila kanak-kanak itu menangis ketika dimandikan ibunya, dan setelah didesak, beliau memberitahu kemaluannya telah dipegang secara kasar oleh pemandu van yang menghantarnya ke taska.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata kanak-kanak perempuan itu dihantar ke taska oleh pemandu van berkenaan sejak Jun lepas.

Beliau berkata berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya pada hari yang sama.

"Hasil daripada tindakan pantas pihak polis, lelaki yang berusia 27 tahun itu telah berjaya diberkas di rumahnya yang terletak di Kampung Cheras Baru, Ah…

abang ipar rogol adik ipar

KUALA TERENGGANU: Demi menjaga hubungan keluarganya, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun terpaksa merahsiakan peristiwa dia dicabul abang iparnya pada 19 Ogos lalu.
Namun, selepas bimbang kejadian sama berulang, dia memberanikan diri menceritakan detik hitam dilaluinya kepada kakaknya, Isnin lalu.

Suri rumah berusia 23 tahun itu kemudian membawa adiknya ke Balai Polis Kuala Besut untuk membuat laporan pada jam 8 malam hari sama.

Mengikut laporan, kakak mangsa mendakwa suaminya meraba badan adiknya ketika dia tinggal bersendirian di rumah pada hari kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor, ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

cerita rogol

seorang remaja berusia 14 tahun menyamun sambil merogol Pencuri setan. Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas menyelinap masuk ke rumah mangsa di sebuah flat di Kepong, di sini, kelmarin.

Difahamkan, suspek dipercayai masuk ke rumah itu untuk mencuri, namun berubah fikiran selepas melihat kanak-kanak itu tidur sendirian dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum merogolnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit tinggal sendirian kerana ibu bapanya berusia 30-an berniaga di bawah flat berkenaan.

Menurut sumber, sebaik menyelinap masuk ke rumah mangsa, suspek yang berkeliaran dalam kediaman itu dipercayai mencari barangan berharga kemudian melihat kanak-kanak perempuan itu tidur sebelum merogolnya.


Beliau berkata, mangsa kemudian turun menemui ibu bapanya dalam keadaan menangis kerana sakit pada kemaluannya.

“Ibunya terkejut sebaik dim…

seorang remaja berusia 14 tahun menyamun sambil merogol

Pencuri setan. Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas menyelinap masuk ke rumah mangsa di sebuah flat di Kepong, di sini, kelmarin.

Difahamkan, suspek dipercayai masuk ke rumah itu untuk mencuri, namun berubah fikiran selepas melihat kanak-kanak itu tidur sendirian dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum merogolnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit tinggal sendirian kerana ibu bapanya berusia 30-an berniaga di bawah flat berkenaan.

Menurut sumber, sebaik menyelinap masuk ke rumah mangsa, suspek yang berkeliaran dalam kediaman itu dipercayai mencari barangan berharga kemudian melihat kanak-kanak perempuan itu tidur sebelum merogolnya.


Beliau berkata, mangsa kemudian turun menemui ibu bapanya dalam keadaan menangis kerana sakit pada kemaluannya.

“Ibunya terkejut sebaik dimaklumkan kejadian terbabit. Pemeriksaan lanjut pasangan suami…

Akibat menyeludup petrol

ORANG ramai melihat kereta Proton Wira Aeroback milik penyeludup yang hangus terbakar selepas terlanggar kereta Proton Waja di Jalan Kangar-Padang Besar, Kangar malam kelmarin. KANGAR – Taktik seorang penyeludup mengambil kesempatan waktu orang ramai sibuk bersembahyang tarawih untuk mengisi lebih petrol dalam kereta yang diubahsuai untuk menyeludup terbongkar apabila dia terlanggar kereta salah seorang jemaah di Kilometer 2, Jalan Kangar-Padang Besar malam kelmarin. Kejadian berlaku pada pukul 9.40 malam apabila kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu penyeludup berkenaan dipercayai baru keluar dari stesen minyak berhampiran telah terlanggar sebuah kereta Proton Waja yang diletakkan di tepi jalan. Ketua Polis daerah, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, perlanggaran tersebut mencetuskan kebakaran sehingga kereta penyeludup terbabit rentung manakala kenderaan jemaah tarawih itu hanya mengalami kerosakan kecil. “Kereta milik jemaah terbabi…

TENTERA SELAMAT

DARI kiri MOHD. RASHID,MOHD. JOHARI KANGAR – Dua anggota tentera terselamat daripada meringkuk dalam penjara selama 15 tahun setelah mereka dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam daripada tuduhan memperdagangkan 16 warga Myanmar tahun lalu. Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memutuskan Koperal Mohd. Rashidi Abd. Halim, 37, dan Prebet Mohd. Johari Abu, 28, dari kem Bukit Kayu Hitam, Kedah tidak lagi akan dipanggil untuk membela diri selepas keputusan tersebut. Menurut beliau, dua anggota tentera itu didapati tidak bersalah setelah pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan di bawah Seksyen 26A Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. “Setelah mendengar keterangan saksi, hujah pembela dan pendakwa, mahkamah memerintahkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” katanya. Perjalanan kes tersebut memakan masa hampir lapan bulan dengan sembilan orang saksi dipanggil. Pendakwaan…

CAMERON HIGHLAND

chalet dan homestay
























CAMERON HIGHLAND ROS CHALET

chalet dan homestay
























Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…