Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 20, 2011

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

kapal perang jadi hotel 5 bintang

BENTUK kapal perang Kiev. BEIJING – Sebuah kapal pengangkut pesawat milik Kesatuan Soviet yang kini sudah dibubarkan dan menjadi sebahagian Rusia, Kiev kini diubah suai menjadi sebuah hotel mewah di China, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut akhbar South China Morning Post, kapal itu yang tidak lagi digunakan untuk berperang dijual kepada sebuah syarikat China pada 1996. Ia kemudian dijadikan pameran untuk satu taman tema tentera di Tianjin. Namun, pemilik kapal itu, Taman Pesawat Binhai memutuskan untuk menjadikan ia sebagai sebuah hotel dengan kos ubah suai sebanyak £9.6 juta (RM 46.79 juta). SEBUAH bilik tidur di dalam bekas kapal perang Kiev. Harga penginapan masih belum ditetapkan lagi. Keputusan untuk mengubahsuai itu dibuat kerana China kini memiliki sebuah kapal pengangkut pesawatnya yang pertama sekali gus dapat menarik kehadiran orang ramai untuk menikmati pengalaman tinggal di dalam hotel berkenaan.

mata berlubang

Seorang lelaki yang ditemu bual selepas pembedahan yang meninggalkan lubang gergasi di mukanya. Pembedahan telah membuang mata dan sebahagian tulang pipinya, seperti yang anda lihat.Beliau kini hidup dengan lubang besar di kepalanya, tetapi menakjubkan dia seolah-olah telah biasa dengan lubang itu. Sukar dipercayai.Jika apa-apa jua yang layak untuk cerita yang aneh tetapi benar, ini dia.

rumah berbentuk telur

Gambar di atas adalah gambar telur. Besar kan? Tidak, ini bukan telur dinosaur. Telur ni juga bukan telur biasa kerana kita boleh tinggal dalam telur ni.‘Rumah Telur’ ni dibuat daripada polyester, dan memakan masa selama 18 bulan untuk disiapkan. Telur yang direka oleh fima arkitek Belgium, dmVa, dinamakan Blob VB3 dan ianya dilengkapi dengan bilik air, dapur, tempat tidur dan tempat menyimpan barang. Ia juga mempunyai pintu yang boleh dibuka secara automatik yang boleh dijadikan anjung. Blob VB3 juga boleh dijadikan sebagai pejabat, bilik tetamu dan macam-macam lagi.



Bagaimana ia dibuat:

Sumber : TheDesignInspiration

Tun Dr Mahathir ulas tentang isu murtad

Bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga dan jika ia berterusan ia akan memberi peluang kepada campur tangan asing di negara ini.Katanya tiga puak orang Islam yang ada di negara ini sebenarnya“berperang"sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam lain yang telah berpecah.

"Kerana berpecah-belah kita menjadi lemah.Kita mungkin lupa 55 tahun dulu,semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan (menentang) Malayan Union.Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu.Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalah Malayan Union,” katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan,Batu 3,Kodiang,Jerlun malam tadi.

Turut hadir isteri beliau,Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz,yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan…

artis malaysia beragama islam bangga dengan anjing belaanya

sumber

Gua difahamkan, artis melayu yang beragama Islam ni berasal dari Kelantan.. Dia ni kalau berlakon.., memang ngetop jugak sebab versatile..

Tapi bila gua tengok gambar dia berposing dengan ANJING belaan dia tu.., gua rasa dia tak berlakon.. Itu memang benar-benar kejadian..

Korang tengok sendiri kemesraan keluarga artis Nanu Baharudian bersama anjing peliharaan mereka bernama Kesha tu yang di’upload ke Fesbuk dia sendiri...

Bukan seekor yang gua nampak.., tapi dua ekor ANJING yang gua sendiri tidak tahu baka apa..

Gua berani gerenti.., lepas ni jawapan dari artis tersebut ialah.., "tak salah kalau pegang anjing ketika bulu dia kering".. Sama juga macam kes satu lagi artis pompuan yang bergambar dengan ANJING dulu tu..

So..., nasihat ikhlas dari gua.., korang janganlah terpedaya sangat dengan lakonan "baik" artis-artis ni dalam tv tu.. Dah namanya pun berlakon kannn..., itu je lah yang dorang tahu punn...






saya sayang Abby abadi " zul ariffin"

Perghhh. Jiwang karat. Pengakuan paling kacak daripada Zul dan paling cute daripada Abby. Masing-masing meluahkan rasa sayang di Facebook page masing-masing. Kalau tak silap, Zul telah meluahkan rasa sayangnya terlebih dahulu kepada Abby di Facebook Page Zul Ariffin. Memang jantan la lu broAdakah kasih sayang Zul hanya bertepuk sebelah tangan? Ternyata tidak apabila Abby Abadi turut meluahkan rasa sayangnya kepada Zul di Facebook Page Abby Abadi. Memang romantis la korang dua nie.Sila kahwin cepat-cepat. Rasanya ramai yang merestui perhubungan anda berdua. Tak gitu?Sumber : BeautifulNara

Pemuda UMNO Subang buat laporan polis isu ceramah" ali setan" benci kerajaan

Pemuda UMNO Subang buat laporan polis isu ceramah benci kerajaanSUBANG: Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Subang dan penduduk Kampung Melayu Subang, semalam membuat laporan polis terhadap penceramah bebas, Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ yang didakwa menyampaikan ceramah menghasut penduduk membenci kerajaan di Masjid An Nur, di sini, malam kelmarin.Laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Baru Subang kira-kira jam 12 tengah hari semalam oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Zulfakar Ali dan salah seorang penduduk yang mendengar ceramah berkenaan, Mohd Shafie Nasip.Dalam ceramah yang berlangsung hampir satu jam sebelum solat tarawih di hadapan kira-kira 300 jemaah masjid, Azmil dikatakan menuduh kerajaan tidak beragama serta sistem pendidikan yang sedia ada kini mengikut acuan kafir.Malah, Azmil turut mengeluarkan kata-kata kesat iaitu ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’ berulang kali menyebabkan lebih 30 jemaah bertindak keluar daripada masjid be…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…