Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 22, 2011

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Hotel angkasa pertama didunia

Sebuah syarikat Russia, Orbital Technologies merancang untuk membina hotel angkasa lepas pertama di dunia. Hotel yang akan dikenali sebagai Commercial Space Station ini akan mengorbit bumi pada ketinggian 320 kilometer dan menyediakan bilik untuk 7 tetamu di dalam 4 kabin. Para tetamu dapat menikmati pemandangan paling menakjubkan semasa bermalam di sana.


Para tetamu akan dibawa menaiki roket Soyuz dan penginapan selama 5 hari di hotel ini bernilai lebih sejuta dolar tidak termasuk tambang roket pergi dan balik. Memang sangat mewah dan cool!!





akhirnya penyimbah asid dikenal pasti

Selepas berbulan-bulan buntu tanpa sebarang petunjuk, siang tadi, polis sahkan, telah kenalpasti individu yang disyaki terbabit dalam lebih 20 kes simbah asid sekitar ibu negara.Siasatan awal, suspek, penghidap sakit mental sangat berbahaya kerana menyimbah asid secara rambang.DATUK SERI KHALID ABU BAKAR / TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA Dalam lebih 20 kes simbah asid, penyimbah cecair saya tak mau sebut asid yang sedikit masa dulu menggemparkan kita dia ini macam tak betul. Dia ikut suka hati simbah siapa. Kita dah kenalpasti amik masa nak cekup.Polis kini melancarkan Ops Tutup bagi memburu suspek.Lebih 20 mangsa dilaporkan cedera parah akibat perbuatan lelaki berkenaan.Dalam perkembangan lain, tetapi masih membabitkan serangan asid, seorang lelaki direman 5 hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan kes simbah asid terhadap kenalannya sendiri.Serangan dipercayai bermotifkan cemburu.Dalam kejadian 8 Ogos lalu, mangsa Mohd Rafie Abdul Latif, 27 tahun, disimbah asid ketika ber…

ketagih makan sofa

AMERIKA SYARIKAT - Seorang wanita di Amerika Syarikat mengalami suatu tabiat yang aneh dan pelik, iaitu ketagihan memakan kerusi sofa. Adele Edwards, 30, tidak boleh menghentikan diri dari mengunyah polyester yang mengisi tiga perabotnya, begitu juga barang-barang rumah yang lain seperti gelang elastik dan getah.


Bermakna, jika dia terasa lapar, dia tidak perlu ke dapur. Dia hanya perlu mendapatkan kerusi atau perabot lainnya. Malahan seleranya lebih sukakan gabus kerusi daripada kek dan makanan-makanan lain.

Selama hidupnya, ibu kepada lima orang anak ini telah memakan lapan set sofa, lima kerusi dan kusyen 224 paun.


Adele mengalami penyakit pica, iaitu suatu keadaan yang membuat seseorang mendambakan benda yang tidak boleh dimakan. Tabiat ini bermula ketika umurnya 10 tahun. "Walaupun ianya kedengaran pelik tetapi, bagi saya, buih sabun terasa seperti gula-gula."

Sumber : unikversiti.blogspot.com

AZWAN ALI VS DIDIE ALIAS

APA NAK JADI,,SEBAGAI ARTIS TUNJUKLAH CONTOH YANG BAIK




kenapa orang jepun tak suka facebook

Inilah sebabnya mengapa orang Jepun tidak mahu memiliki akaun Facebook.

Tahun 2008 Mark Zuckerberg mencipta satu aplikasi bahasa Jepun untuk menarik lebih banyak peminat Facebook dari negeri sakura itu. Ternyata harapan itu tidak tercapai.Sebenarnya sebahagian besar warga Jepun tidak terbiasa dengan aplikasi bahasa inggeris. Tetapi ketika YouTube membuat aplikasi berbahasa Jepun, berduyun-duyun orang jepun mengupload video ke sana.
Untuk menjadi anggota Facebook, kita diharuskan mengisi data-data pribadi yang nantinya dicantumkan kepada orang yang menjadi kawan kita. Sementara YouTube cuma mensyaratkan nama (itupun tidak perlu nama betul) dan alamat email . Di sinilah masalahnya. Sebahagian besar orang Jepun tidak mau memperlihatkan data dan kehidupan pribadinya kepada banyak orang.
Sebagai contoh, dengan mengisi tahun dan kelahiran kita, dipercayai dapat digunakan untuk mengetahui karakter kita yang sangat berbahaya apabila digunakan untuk kepentingan tidak baik.
Selain itu, orang Jepu…

kurma tiruan

assalamualaikum
Kepada semua orang ramai yang memang menyukai buah kurma terutamanya di bulan Ramadhan ini harus berhati-hati kerana terdapatnya kurma tiruan di pasaran yang dijual dengan harga murah. Ianya adalah kurma yang rendah kualitinya dicampur dengan pemanis agar rasanya setanding dengan kurma yang lain. Jadi, berhati-hati apabila menikmati kurma.
Jom baca berita selanjutnya:-





GEORGE TOWN – Permintaan tinggi buah kurma semasa bulan Ramadan menyaksikan ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menjual buah kurma yang dicampur dengan bahan pemanis. Kebiasaannya, cara ini diamalkan oleh peniaga yang menjual buah kurma secara pukal atau timbang dengan harga yang lebih rendah. Difahamkan, peniaga atau pemborong ini mengimport buah kurma yang berkualiti rendah secara pukal sebelum diproses bagi membolehkan buah kurma ini dijual semula. Kosmo! diberitahu, buah-buah kurma ini digaul dengan gula merah dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kur…

bahaya menghantar mesej

KUALA LUMPUR – Kita semua yang menggunakan telefon bimbit pasti pernah melalui pengalaman atau perkara ini. Kita menerima sistem pesanan ringkas (SMS) yang menarik dari rakan kita berhubung sesuatu peristiwa atau kejadian dan secara tidak sedar, kita juga akan terdorong untuk menghantar kembali sms berkenaan kepada kenalan kita yang lain pula. Ini kerana sms berkenaan sangat bersesuaian dengan keadaan dan isu semasa menyebabkan kita rasa ia perlu dikongsi dengan yang lain. Tindakan kita dan ramai yang lain akan berakhir mewujudkan satu rantaian sms yang mungkin melibatkan ratusan ribu atau jutaan pengguna. Siapa yang untung? Sudah pasti syarikat-syarikat telekomunikasi (telko) apabila setiap sms yang kita hantar akan mereka caj. Pernahkah terpikir siapa yang mula sekali mewujudkan sms itu? Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah melahirkan andaian bahawa ia mungkin didalangi syarikat-syarikat telko itu sendiri yang mengupah pihak ket…

Neelofa atau lofa

Baru-baru ini, Neelofa, 22 telah ditaburkan lagi dengan gosip konon dia menyebarkan cerita kepada orang produksi bahawa keretanya telah ditaja oleh VVIP. Gosip tersebut turut menyebut Neelofa sengaja menyebarkan cerita berkenaan untuk membuktikan dirinya mempunyai hubungan yang rapat dengan VVIP berkenaan. Walau bagaimanapun, Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa menafikan gosip tersebut ketika ditemui di One Utama, sempena program raya TV3 & TV9, Khamis lepas. “Cerita tu tak betul, kenapa Lofa nak jatuhkan maruah sendiri? Lagi pun, keluarga Lofa tidak pernah mengajar untuk berbangga dengan barangan mewah. Kalau diikutkan, dari zaman Dewi Remaja lagi ramai orang sudah memperkatakan aset-aset seperti baju & handbag yang dimiliki oleh Lofa sendiri, ” jelas Lofa mengenai gosip berkenaan. “Pada Lofa, buat apa nak minta barang-barang daripada lelaki, lebih baik Lofa cari sendiri, lagi puas hati. Melainkan kalau Lofa sudah berkahwin, suami sendiri yang berikan hadiah kepada Lo…

pelakon tipu

Perkenalan rapat pelakon wanita berwajah Pan-Asia ini bersama seorang wartawan senior belum tentu menjaminkan semangat setiakawan. Apakan daya, jasa wartawan senior yang selama ini membantu meningkatkan kareernya tidak dihargai, malah diperkotak-katikkan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah. Al-kisahnya, setiap tahun wartawan senior ini menjalankan bisnes kuih raya yang dibuat hasil usaha orang tuanya. Keenakan kuih rayanya memang dikenali ramai selebriti sehinggakan ada yang menempah 42 botol. Pendek kata, memang laku sangat! Kerana tidak mahu menghampakan tempahan para selebriti, wartawan senior ini sanggup berulang alik daripada Kuala Lumpur ke sebuah negeri di utara Malaysia untuk mengambil stok baru. Walaupun tugas kerja padat, kerana janji tempahan, dia turutkan juga. Sekembalinya wartawan senior ini daripada kampung halaman, dia dengan segera menghubungi kesemua pelanggan untuk mengambil stok tempahan. Kesemua selebriti mengambil tempahan mereka, kecuali seorang pelakon wan…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…