Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 17, 2013

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Boss dan Orang Gaji

Boss dan Orang Gaji Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing Org Kaya I: “Kau nak tau tak orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caye lihat ni…” Terus dia panggil si Adi orang gajinya. “Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir!! Right Away!!” Terus dia bergegas ke kedai yang ade jual kereta. Orang Kaya I itu terus mengatakan pada kawannye tu, “Tengok, kan betul tu? Dia bodoh nak mampus” Org Kaya II: “Haha, itu tak de ape-ape lagi… saya punya orang gaji lagi bengap”. Terus si Org Kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak” Ali: “Yes Sir!! Right Away!!” Ali pun bergegas ke rumah tuannya. Orang kaya II memandang temannye sambil ketawa. Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu di tengah jalan. Adi: “Eh, kau tahu tak, boss aku tu  bodoh betul. Dia bagi aku RM10 dan suruh pergi beli …

Kantoi Suami Curang

Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak ?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun adalah orang yang sediakan.
* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
* Suami : Ye lah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?
* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita ?
* Suami : Ya yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita ?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita ?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.
* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya ?
* S…

Jenis-jenis Kentut

Lawak Hujung Minggu: Jenis Kentut

Udin: "Pak, apa kentut dalam bahasa Inggeris?"
Pak: "Wind of change."
Udin: "Kentut yang tidak bunyi?"
Pak: "Sound of silence."
Udin : "Kentut yang ada ampasnya?"
Pak: "Dust in the wind."
Udin : "Kentut yang tak sengaja gitu?"
Pak: "Careless whisper."
Udin: "Kentut yang terhimpit?"
Pak: "Please release me."
Udin: "Kentut yang bau bangettt?"
Pak: "Killing me softly..."
Udin: "Kalau kentut beracun?"
Pak: "Don't speak..."
Udin: "Kentut malam hari?"
Pak: "Wonderfull tonight."
Udin: "Orang yang sering kentut?"
Pak: "Someone like you."......  -

Anak dan Emak : Jatuh Kerusi

JATUH KERUSI

Hari ini adalah hari pertama persekolahan. Sebagai seorang pelajar yang baru masuk sekolah, pengalaman pertama ialah bertemu dengan ramai rakan baru. Tentu seronok dapat berkawan dan bermain bersama. Jadi, sebaik sahaja pulang sekolah, seorang anak lelaki segera memberitahu ibunya tentang pengalaman pertama hari itu.

Anak : Ibu, sewaktu di sekolah tadi ada seseorang pelajar jatuh dari kerusi.

Ibu : Apa yang terjadi selepas itu?

Anak : Semua orang ketawa, kecuali saya.

Ibu : Bagus! Kamu anak ibu yang baik (sambil mencium dahi anaknya). Itulah sifat yang baik dan perlu kamu lakukan. Kita tidak boleh mentertawakan orang lain terutama jika seseorang itu dapat kemalangan seperti itu. Errr!kenapa kamu tak ketawa seperti orang lain?

Anak : Saya terlalu marah, bu!

Ibu : Eh, kenapa pula??

Anak : Sebab yang jatuh itu adalah saya.

Ibu : Hmm! patutlah!

Muda Bercinta

Jangan bercinta kerana HARTA dan NAFSU

Isteri Yang Penyabar

Kisah Lawak Rumahtangga: Isteri Yang Penyabar

Seorang suami berasa hairan melihat isterinya yang begitu penyabar, meskipun dimarah dan dimaki hamun, isterinya hanya diam langsung tidak pernah membantah apa lagi melawan.

Satu hari si suami bertanya kepada isterinya.


Suami: Kenapa setiap kali kalau saya marah, dan maki awak, awak hanya diam dan bersabar, apa rahsianya?

Isteri: Tiada rahsia pun, setiap kali awak marah saya, sebenarnya saya geram juga, jadi saya lepaskan rasa geram itu dengan cara mencuci tandas.

Suami: Bagaimana mencuci tandas boleh melepaskan rasa geram?

Isteri: Setiap kali awak marah dan maki hamun saya, saya akan cuci lubang jamban dengan berus gigi yang awak guna setiap hari.... - 

Suami Isteri: Jangan Merokok

Kisah Lawak Suami Isteri: Jangan Merokok

Isteri : "Abang! Dah berapa kali saya cakap, jangan merokok di dalam rumah. "

Suami : "Iya abang tau sayang"

Isteri : "Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan"

Suami : "Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok nie, tapi memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kegiatan merokok di negara kita"

Isteri : "Membantu? Dengan membeli rokok?"

Suami : "Betul sayang, abang Sebenarnya ingin sekali membakar kilang-kilang rokok yang ada di Malaysia... tetapi apakan daya... itu melanggar undang-undang, maka dari itu abang mengambil keputusan untuk membakar satu-satu!"

Isteri : "@#$%%^
-

Itik dan Anjing

Kisah Lawak: Itik dan Anjing

Seorang wanita tua menaiki sebuah bas dalam perjalanan pulang dari pasar. Wanita tua itu membawa bersamanya seekor itik lalu duduk disebelah seorang pemabuk.

Pemabuk itu berpaling kearah wanita tua itu dan berkata

Pemabuk : "Hey.. di mana kamu jumpa dengan anjing tu?"

wanita tua : "Kamu ni mabuknya teruk sekali... ini bukan anjing.. ini itik.. faham?? Itik!!!"

Pemabuk : "Hey diam la.. aku tengah bercakap dengan itik itu" - 

Seram

Di dalam sebuah kampung tinggal dua orang yang bersahabat baik bernama Pok Lan dan Fauzi. Kedua-dua orang sahabat ini sangat rajin bekerja dari pagi hingga ke malam, dari malam hingga ke pagi.. 

Pada suatu hari terfikirlah Pok Lan untuk pergi bercuti sambil merehatkan fikirannya yang semakin lama semakin buntu dengan beban kerja yang dihadapinya. Maka pada malam itu berkatalah Pok Lan pada Fauzi.. " Zie! aku rasa dah sampailah masanya kita untuk bercuti, rehatkan fikiran... apa pendapat engkau?"

"Elok sangatlah tu... Kemana kita?" Jawab fauzi dengan bersungguh-sungguh. "Aku rasa baik kita pergi ke hutan... sambil melihat alam semulajadi, boleh gak kita cari-cari tempat untuk memancing..!" sambungnya lagi sambil memikirkan ketenangan yang akan mereka kecapi setelah berada di sana nanti.

Setelah mencapai kata sepakat maka pada hari minggu berikutnya bertolaklah mereka ke hutan untuk memenuhi hajat yang terpendam di hati mereka. Kira-kira matahari segalah di at…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…