Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 11, 2014

Daftar akaun Facebook dengan SKMM

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mempertimbangkan agar semua pemilik akaun laman sosial Facebook berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memudahkan pengenalpastian identiti pemilik akaun. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Mohamad Md Yusoff berkata, langkah itu adalah wajar berbanding menutup Facebook supaya pemilik akaun tidak sewenang-wenangnya menyalahgunakan laman sosial. “Sekarang ini, bila berlaku kes seperti menghina (Yang di-Pertuan) Agong, mempersenda agama, fitnah dan sebagainya di Facebook, kita susah nak jejaki siapa yang melakukannya, lepas itu ada pula alasan kena godam, akaun palsu dan server daripada luar,” katanya kepada Bernama. Baru-baru ini tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di laman Facebook oleh pemilik akaun ‘Chandra Lawan Tetap Lawan’ mendapat kecaman orang ramai dan sehingga kini SKMM sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki …

Lelaki maut ketika diurut di pusat rekfleksologi

MIRI – Seorang pelanggan lelaki meninggal dunia ketika sedang diurut di sebuah pusat refleksologi di sini, lewat malam tadi. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisoner Gan Tian Kee berkata, dalam kejadian pukul 12.01 malam itu, Yap Kien Bun, 41, berasal dari Perak dikatakan tidak sedarkan diri semasa badannya diurut di pusat berkenaan. Katanya, usaha menyelamatkan mangsa dilakukan pekerja pusat berkenaan namun gagal sebelum menghubungi Hospital Miri. “Pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. “Pemeriksaan mendapati tiada kecederaan atau kesan luka dikesan pada tubuh mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Miri,” katanya. Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. – Bernama Filed in: Berita Semasa

Impian hari bahagia berkecai

TAMPIN – “Segala persiapan perkahwinan telah kami siapkan dan kad jemputan kahwin juga sudah separuh diedarkan kepada saudara serta kenalan bagi majlis kahwin kami 29 November ini,” luah tunang mangsa kemalangan maut, Nor Hazaliza Rashid, 25, ketika ditemui di perkarangan
Bilik Mayat Hospital Tampin, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang kelmarin, mangsa, Mohd Affendi Arifin, 25, mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 1.5, Jalan Gemencheh-Felda Bukit Rokan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tampin kira-kira dua jam selepas kejadian.

Menurut Hazaliza, kali terakhir dia berjumpa dengan tunangnya itu ialah pada Jumaat lalu apabila tunangnya itu membawanya keluar untuk makan malam di rumah kakak sulungnya, Rasyidah Rashid, 33, di Kuala Pilah.

“Semasa makan malam, kami ada berselisih pendapat sedikit dan kebiasaannya tunang saya akan meminta maaf. Namun, pada malam itu dia hanya berkata “sayang mahu abang pergi dahulu ke?” “

“Saya mar…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…