Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 3, 2014

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Waspada sampul prabayar Poslaju palsu - Pos Malaysia

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta berwaspada dengan kewujudan sampul prabayar PosLaju palsu setelah Pos Malaysia Berhad mengesan perbuatan menjual dan mengedarnya dalam pasaran. Dalam kenyataannya hari ini, Pos Malaysia menyatakan pengguna produk palsu itu menghadapi risiko barangan mereka tidak diterima untuk dihantar selain berdepan tindakan undang-undang. "Pos Malaysia memandang serius perkara ini dan menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan hanya membeli sampul prabayar PosLaju tulen di pejabat pos, pusat PosLaju dan ejen PosLaju yang sah," katanya. Sebuah pasukan petugas khas dianggotai merinyu pos Pos Malaysia ditubuhkan untuk menyiasat kemungkinan wujud rangkaian penjualan dan pengedaran sampul prabayar PosLaju palsu di negara ini Hasil siasatan pasukan itu, sebanyak 1,300 sampul PosLaju palsu pelbagai saiz dirampas setakat ini. Kesalahan menghasilkan, mengedar, menjual dan memproses produk pos palsu dan tiruan boleh dihukum mengikut Seksyen 65 Akta Perkhidmata…

Chef Riz Pinang Shikin Maembong Esok

Chef Riz bakal tamatkan zaman duda dengan Shikin Maembong hujung tahun ini.
PETALING JAYA: Hampir dua tahun hidup menduda, akhirnya cef selebriti terkenal iaitu Chef Riz membuat keputusan untuk menikahi kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong yang dijadualkan pada Disember ini.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis meminang kekasihnya itu akan dilakukan pada Selasa (esok).

"Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin dan kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.

"Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip dia dan pasangannya bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Sementara itu katanya, keputusan untu…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…