Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 6, 2014

Disambar Api Ketika Bakar Kereta Adik

Marang: Seorang lelaki yang dipercayai sedang `lalok’ dadah disambar api ketika membakar kereta Perodua Myvi milik adik perempuannya di Bukit Payong, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, suspek berusia 39 tahun turut membakar motosikal Yamaha Lagenda miliknya.

Suspek dipercayai bertindak sedemikian selepas berlaku perselisihan faham dengan adik perempuannya selepas mangsa enggan memberikan wang kepadanya.

Kegagalan mangsa menyebabkan suspek naik angin sebelum bertindak membakar kereta mangsa dan motosikal miliknya.


Malah, suspek turut mengacukan sebilah parang ke arah adiknya selepas mangsa cuba menghalang perbuatan suspek.

Namun, tindakan suspek mengundang padah apabila dia turut disambar api sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Risikin Satiman yang dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian. - Harian Metro

Mufti Kelantan Tegur Perbuatan Membogelkan Pencuri Motor

BACHOK, 6 Nov - Baru-baru ini tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang remaja lelaki dibogelkan yang didakwa cuba mencuri motosikal di sebuah masjid dekat sini.

Ibu kepada remaja berkenaan tampil meluahkan perasaan kecewa terhadap perkara tersebut. Menurut ibu yang berusia 38 tahun itu, walaupun anaknya bersalah, orang ramai tidak ada hak untuk memperlakukan anaknya sedemikian rupa.

"Kalau mereka pukul, saya boleh terima tetapi bila orang ramai bogelkan, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga.

"Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan begitu. Biarpun kalau dia bersalah sekalipun, masih ada banyak lagi cara untuk menghukumnya," memetik laporan dari berita Bernama.

Ibu berkenaan juga berkata perbuatan menjatuhkan maruah itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Baca : Mufti Kelantan Tegur Perbuatan Membogelkan Pencuri Motor

"Ia berlaku di masjid, sepatutnya ada yang melarang (perbuatan membogelkan remaja itu) dan tidak menyebarkan ga…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…