Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November 7, 2014

Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur

Jakarta – Seorang warga emas mendakwa, dia boleh bertelur sejak 1998 dan setakat ini tiada siapa tahu punca fenomena itu.

Kata Sinin, 62, polis juga pernah menyoal siasat – dan mengambil telurnya – selepas penduduk setempat kecoh mengenai ‘kelebihan’ dimilikinya.

“Mula-mula telur itu keluar dari dubur saya tiga bulan sekali, tetapi kini saya bertelur lebih kerap,” katanya.

Kini menetap di Penjaringan di Jakarta Utara, Sinin berkata, sehingga kini menurutnya, dia sudah mengeluarkan 202 biji telur, termasuk 100 biji yang keluar pada tahun 2000.

Kata Sinin, sesetengah telurnya dibuang begitu saja, manakala sebahagian lagi diberi kepada sesiapa yang berminat.

Menceritakan pengalamannya bertelur, Sinin berkata, mula-mula dia berasa sakit seperti memulas pada perut.

Lama-kelamaan, menurutnya, dia akan mengeluarkan telur melalui proses sama seperti orang membuang air besar.

Sehingga kini Sinin masih bingung untuk menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku.

“Cuma dulu saya pernah bermimpi ada seseora…

JPJ Diarah Bayar Ganti Rugi

gambar hiasan
SHAH ALAM: Seorang peniaga hari ini boleh menarik nafas lega selepas menang dalam samannya terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak RM76,835 berhubung dengan pembelian sebuah kereta curi dalam lelongan JPJ, enam tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusoff, memerintahkan JPJ membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM76,835 kepada Mohd Iskandar Idris, selaku plaintif.

Dalam penghakimannya, beliau berkata JPJ telah gagal menguruskan penjualan secara tender hingga menyusahkan plaintif.

Mohd Iskandar, 32, memfailkan saman terhadap Adenan Md Isa, Penolong Pengarah JPJ Selangor, Ketua Pengarah JPJ dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan 12 September 2012,  Mohd Iskandar berkata pada 31 Oktober 2008 beliau membeli sebuah kereta Perodua Kancil pada harga RM1,250 dalam satu lelongan awam yang dijalankan JPJ di Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam.

Beliau mendakwa dimaklumkan telah diberitah…

Afiq Muiz Buka Bisnes Jual Baju Jenama Sendiri

PETALING JAYA – Pelakon Afiq Muiz memberitahu dia mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual baju jenama sendiri iaitu AFM Design bukan disebabkan kekurangan tawaran lakonan.

Sebaliknya, Afiq, 21, berkata, dia menceburi bidang itu kerana sedar bahawa kerjaya sebagai pelakon memerlukannya mencari sumber pendapatan lain yang menjamin keselesaan masa depan.

“Saya kini mula buat bisnes baju dengan rakaan sendiri iaitu AFM Design dan Insya-Allah dalam rancangan untuk buka sebuah kafe sebagai bisnes keluarga. Sekarang sedang kumpul duit sedikit-sedikit untuk buat modal, kalau tiada aral melintang mungkin tahun depan.

“Namun ia bukan sebab saya sudah kurang tawaran berlakon, tawaran sama seperti dulu, cuma saya sedar sebagai pelakon pendapatan tidak tetap dan kita tidak tahu sampai bila kita mampu berlakon,” ujarnya kepada mStar Online.

Afiq berkata, dia sudah beberapa kali terlibat dengan karnival usahawan selebriti yang dianjurkan di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu, bercerita…

Zain & Che Ta Dedah Nama Puteri Sulung Mereka

Akhirnya teka-teki apakah nama yang bakal diberikan oleh Che Ta dan Zain Saidin buat anak sulung mereka terjawab.

Melalui program HLIVE! sebentar tadi, Zain sendiri telah tampil secara ekslusif bagi mengumumkan nama anaknya.

Pasangan tersebut menamakan anak sulung mereka Aaisyah Dhia Rana, gabungan pilihan nama dari kedua-dua mereka.



Aaisyah adalah nama ibu Zain selepas berhijrah masuk Islam manakala Dhia Rana pula dipilih oleh Che Ta yang mana maksud Dhia Rana adalah sinar kecantikan.



Sebelum ini, peminat Che Ta dan netizens tertanya-tanya apakah nama yang bakal diberikan kepada puteri sulung pasangan pelakon tersebut. Perkara tersebut menjadi perbualan hangat sehingga ada yang memberi cadangan menamakan anak mereka sebagai "Rozita Che Two", dengan nada yang bergurau. -

Penyerang lincah Pahang, R Gopinathan menafikan menerima tawaran gaji RM200,000

Kuantan – Penyerang lincah Pahang, R Gopinathan menafikan menerima tawaran gaji RM200,000 sebulan daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan.

“Sebagai pemain tempatan, agak mustahil saya berpeluang menerima tawaran sebegitu besar, cerita ini semuanya palsu, sengaja direka oleh pihak tertentu.

“Saya terkejut mendengar cerita ini yang kini sudah tersebar hingga saya sendiri tidak selesa,” kata pemain kelahiran Kuantan itu.

Dia yang kini menjalani latihan bersama skuad kebangsaan berkata, kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) akan berakhir hujung bulan ini.

Gopi masih belum memikirkan pasukan musim depan dan perbincangan dengan PBNP akan dilakukan selepas ini apabila Presiden Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengumumkan untuk mengekalkan semua pemain yang ada. – myMetro Online

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…