Langkau ke kandungan utama

Masalah kesakitan Dan kecederaan tengkuk akibat menggunakan gadget

DBKL bergaduh Dengan perniaga Melayu

Bukan pilih kasih, DBKL sita kerana tak ada lesen: Khalid

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang unsur pilih kasih dalam tindakan penguatkuasaan melibatkan pelanggaran undang-undang yang ditetapkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata, penguatkuasaan yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilakukan secara menyeluruh tanpa mengira bangsa.

Menurutnya, mereka yang didapati melanggar peraturan seharusnya akur dengan tindakan yang dikenakan tanpa menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan.

“Kita ambil tindakan ikut undang-undang, yang kata hanya Melayu saja kena tindakan itu tak betul.

"Ada juga peniaga Cina tak berlesen pun kena tindakan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau mengulas berhubung video tular melibatkan tindakan sitaan barangan peniaga food truck di Jalan Genting Klang, Setapak yang didakwa tidak adil terhadap peniaga Melayu.

Tambah Khalid, tindakan tersebut diambil berikutan peniaga berkenaan tidak mempunyai lesen sedangkan peniaga lain yang beroperasi di situ berlesen.

“Malangnya apabila diambil tindakan, peniaga berkenaan bertindak balas dengan kata-kata kasar dan sebagainya.

“Anggota penguatkuasa juga manusia... jika kena makin hamun dan sebagainya mereka pun naik marah juga," katanya.

Justeru beliau berkata, semua pihak terlibat dinasihatkan agar lebih bertenang.

“Saya minta semua bertenang, yang tak ada lesen jangan timbulkan masalah lagi dan untuk penguatkuasa juga saya pesan agar lebih bertenang dan pekakkan saja telinga,” katanya.

Terdahulu sebuah video berdurasi hampir 4 minit tular di media sosial memaparkan tindakan anggota penguatkuasa DBKL menyita barangan perniagaan milik seorang peniaga Melayu.

Peniaga berkenaan yang cuba menghalang tindakan tersebut dilihat ‘dipegang’ salah seorang anggota penguatkuasa sebelum berlaku kekecohan.#999Malaysia

Sumber_SinarHarian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…