Langkau ke kandungan utama

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Gara-gara telefon bimbit, seorang remaja perempuan bersama teman lelakinya sanggup membunuh abang sendiri




Adik perempuan berumur 14 tahun bunuh abang, bungkus dalam plastik

TAIPING - Gara-gara telefon bimbit, seorang remaja perempuan bersama teman lelakinya sanggup membunuh abang sendiri, membungkusnya sebelum meletakkan mayat mangsa di belakang sebuah rumah kosong dalam kejadian di Taman Glenview, Kamunting di sini hari ini.

Mayat mangsa, 16, ditemui dua hari selepas dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa.

Mangsa dipercayai dibunuh adik perempuannya berusia 14 dan teman lelaki berusia 15 tahun di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, lebih kurang jam 12.18 tengah hari, pihaknya menerima panggilan daripada jiran mangsa mengatakan ada penemuan mayat mangsa di luar belakang sebuah rumah di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat ditemui dalam bungkusan plastik itu kemudiannya disahkan ahli keluarga sebagai mangsa dilaporkan hilang pada 5 Julai lalu.

"Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh adik perempuan dan teman lelakinya di rumah mangsa susulan kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa.

"Motif pembunuhan mungkin berpunca daripada pergaduhan mangsa dengan teman lelaki suspek sewaktu hendak mengambil telefon yang tertinggal di rumah itu pada 5 Julai lalu," katanya kepada media di sini hari ini.

Adik perempuan mangsa yang merupakan suspek kejadian bunuh bersama teman lelakinya ditahan polis di rumah mangsa di Taman Glenview, Kamunting, Taiping petang tadi.
Osman berkata, siasatan polis turut mendapati pada hari dilaporkan mangsa hilang, mangsa dipercayai baru pulang dari sekolah sebelum mendapati adik perempuannya membawa rakan-rakan termasuk teman lelaki ke rumah.

Menurutnya, semua rakan-rakan adik suspek termasuk teman lelakinya difahamkan beredar sebaik mengetahui mangsa pulang dari sekolah.

"Namun, teman lelaki suspek dipercayai tertinggal telefon bimbit dan apabila dia cuba menghubunginya semula, panggilan diangkat mangsa.

"Mangsa mencabar teman lelaki suspek supaya datang ke rumah untuk mendapatkan kembali telefonnya dan susulan itu satu pergaduhan berlaku sewaktu teman lelaki suspek kembali ke rumah mangsa.

"Mengikut keterangan kedua-dua suspek, mereka dipercayai mengelar leher mangsa dan kedua pergelangan tangan mangsa dengan pisau sebelum menyerkup kepala mangsa dengan plastik untuk membunuhnya," katanya.

Osman berkata, siasatan unit forensik polis menemui pisau yang digunakan suspek dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.

Menurutnya, kedua-dua suspek kemudiannya ditahan polis di rumah mereka pada jam 4.25 petang untuk siasatan lanjut.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…