Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 28, 2019

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Bapa Mengamuk Anak Kena Buli Disekolah

ANGKARA maki hamun, dua pelajar lelaki tingkatan tiga bertengkar sebelum seorang daripadanya cedera di belakang badan kerana dibaling kerusi dan meja besi dalam kejadian di sekolah menengah terkenal di Pulau Pinang, hari ini.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa pada mulanya berada dalam kelas bersama rakannya sebelum mereka bertengkar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mangsa dibaling kerusi dan meja oleh suspek sebanyak tiga kali dan menyebabkan dia luka di belakang badan dan sakit dada.

 “Suspek kemudian beredar keluar dari kelas dan mangsa memberitahu guru disiplin berhubung kejadian itu selepas perhimpunan pagi.

“Selain itu, mangsa turut menghubungi ibu bapanya yang kemudian datang ke sekolah terbabit untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Che Zaimani berkata, siasatan mendapati mangsa menegur perbuatan suspek yang dikatakan memaki hamun dan bercakap kotor mengenai ibunya.

“Ibu bapa mangsa mendakwa anaknya sering menjadi mangsa …

Anggota merokok di premis makanan akan dikenakan tindakan - KPN

Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang anggotanya yang melanggar larangan merokok di premis makanan hingga telah menjadi tular dalam media sosial, semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata arahan telah diberikan kepada pengarah jabatan yang berkenaan untuk mengenal pasti anggota tersebut bagi membolehkan tindakan dibuat.“Jadi amat tidak beretika jika mereka melanggar perbuatan yang memang tidak boleh dilakukan di tempat terbuka (premis makanan) pada ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini. “Dia (individu terlibat) ialah anggota beruniform dan kerajaan telah menguatkuasakan larangan merokok. Larangan itu perlu dipatuhi semua pihak termasuklah para pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia Beliau yang ditemui selepas menghadiri mesyuarat Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPKK) bersama Ketua-Ketua JPJKK negeri di sini, mengulas mengenai penularan sebuah video semalam y…

Global-Video: Campak Wanita Hamil Sebelum Terjun Dari Tingkat Tiga

Video: Campak Wanita Hamil Sebelum Terjun Dari Tingkat Tiga
🌎📰✍🏽..........................

Seorang wanita mengandung terpaksa di rawat di hospital selepas dicampak dari tingkat tiga sebuah pusat beli belah di selatan China oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Dalam insiden Sabtu lalu di bandar Foshan, seorang wanita mengandung yang keluar dari tandas ditangkap seorang penyerang yang dikenali sebagai Li, berumur 36 tahun.

"Dalam siasatan awal, suspek berkenaan mendakwa masalah kewangan yang teruk menyebabkannya mahu membunuh diri.

"Sekitar jam 11 pagi, suspek pergi ke pusat beli belah terbabit dan mundar mandir di tingkat tiga. Sejam kemudian, suspek ternampak seorang wanita keluar dari tandas lalu menangkapnya dan mencampak mangsa ke bawah sebelum dia sendiri turut melompat," kata kenyataan pihak berkuasa.

Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan pinggul dilaporkan tidak berada dalam keadaan kritikal, sementara suspek mengalami patah tulang.

Suspe…

Ganja mampu rangsang saraf otak – penyelidik UPM

Penyelidik Neurosains Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati penggunaan ganja boleh dimanfaatkan dalam bidang perubatan, antaranya mampu merangsang pembentukan saraf otak yang sudah mati. Ketua penyelidiknya Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas berkata ganja dos rendah boleh memberi kebaikan daripada sudut kesihatan tetapi mendatangkan kemudaratan sekiranya diambil melebihi 2mg/kg, lapor Berita Harian. Penyelidikan itu dijalankan terhadap empat kumpulan tikus makmal dua tahun lalu. Mohamad Aris yakin kajian itu memberikan petunjuk penggunaan ganja bermanfaat dalam merawat penyakit berkaitan sel saraf otak seperti alzheimer atau nyanyuk. “Kajian mendapati, kanabis boleh meningkatkan neurogenesis iaitu merangsang pertumbuhan neuron pada tikus normal berdasarkan petunjuk protein di dalam otak selepas diberikan suntikan pada dos tertentu. “Apa yang boleh disimpulkan daripada kajian itu adalah kanabis pada dos yang kecil berupaya merangsang pertumbuhan neuron baharu di dalam otak,” k…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…