Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 31, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Hentikan menyebar berita tidak benar.!!

Hentikan menyebar berita tidak benar.!!

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN TULAR KES JENAZAH KANAK-KANAK DIJUMPAI DI DUSUN DAMAI PAGOH, MUAR

Muar, 31 Jan - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar mengesahkan tiada menerima sebarang laporan polis berkaitan kes yang ditular pada hari ini serta tiada kejadian seperti yang dilaporkan berlaku di Dusun Damai Pagoh, Muar.

Semakan telah dibuat dan kes yang ditular ini merupakan kes yang berlaku di Seberang Perai pada 22 Januari 2019 dimana laporan polis telah dibuat berkaitan kehilangan kanak-kanak. Kes ini telah  selesai di mana kanak-kanak ini telah dijumpai di salah sebuah pasaraya di Pulau Pinang dalam keadaan selamat pada 23 Januari 2019. Laporan polis berkaitan penjumpaan kanak-kanak juga telah dibuat.

Sehubungan itu, pihak Polis Daerah Muar menasihati mana-mana individu atau pengguna media sosial menghentikan penyebaran isu-isu sensitif dan berita tidak benar dari mana-mana saluran media perkongsian. Sebarang maklumat yang diterima perlu di rujuk …

UGUT CEDERAKAN IBU JIKA TIDAK MEMASAK MAGGIE

Maggie punya pasal...

ANAK lelaki menerima balasan apabila dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku salah mengugut mahu mencederakan ibunya hanya kerana tidak dapat makan maggie.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Shaiful Hazran Razali selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut pertuduhan, Mohd Shairul Hazran didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Faridah Ngah, 58, dengan mengugut mahu mencederakan mangsa di sebuah rumah di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai jam 12.30 tengah hari 21 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang baru bangun tidur meminta mangsa yang ketika itu berehat memasakkan maggie untuknya.

Bagaimanapun, mangsa memaklumkan bekalan makanan segera itu sudah habis menyebabkan te…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…