Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 6, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Viral di media sosial video seorang kanak-kanak lelaki didera teruk oleh ibu kandungnya

Viral di media sosial video seorang kanak-kanak lelaki didera teruk oleh ibu kandungnya.  Difahamkan, video itu dirakam oleh ahli keluarga terdekat mangsa dalam kejadian yang berlaku pada 1 Februari lalu di rumah mangsa, di Jalan Genting Klang.  Berdasarkan video itu, mangsa yang duduk di atas lantai, dipukul berulang kali oleh ibunya menggunakan senduk selain ditampar berulang kali di pipi kanan.  Mangsa juga ditempeleng sekuat hati sehingga berpusing dan tergolek tanpa sebarang perasaan simpati terhadap mangsa yang hanya mampu menangis ketakutan.  Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di hidung, luka di kepala dan bengkak di mata.  Menurut ahli keluarga mangsa, kejadian seumpama itu sudah kerap berlaku tetapi tiada yang berani bertindak membuat laporan polis sehingga salah seorang daripada mereka tampil membuat laporan polis.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung k…

Bagaikan aksi 'Fast and Furious'

TIGA PENJENAYAH LARIKAN DIRI ALA ‘FAST & FURIOUS’ DIBERKAS POLIS

Bagaikan aksi 'Fast and Furious', tiga penjenayah termasuk seorang wanita nekad melarikan diri dengan memandu secara berbahaya termasuk melawan arus di sekitar Johor Bahru, semalam.

Namun, selepas kira-kira 35 kilometer (km), mereka gagal meloloskan diri apabila kereta itu terbabas kira-kira sejam kemudian di Jalan Datin Halimah.

Mereka yang menaiki Honda Civic FC terlebih dahulu melarikan diri selepas diarahkan berhenti untuk pemeriksaan di Lebuhraya Pasir Gudang pada jam 7.45 malam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, anggota polis Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS membuat rondaan di lokasi.

Pihaknya mengarahkan kereta berwarna putih dinaiki dua lelaki dan seorang wanita berhenti dengan membunyikan siren.

“Pemandu kereta itu kemudian bertindak memecut laju kenderaan. Mereka melarikan diri kira-kira 35 km dari tempat mer…

TAHUKAH ANDA BANK TIDAK BOLEH TARIK KENDERAAN ANDA SEKIRANYA

FAKTA @ AUTA

TAHUKAH ANDA BANK TIDAK BOLEH TARIK KENDERAAN ANDA SEKIRANYA :

1. Ansuran telah melebihi 75%

2. Kenderaan anda berada di kawasan berpagar

3. Pada hari cuti umum

4. Di luar waktu operasi Ejen Perolehan Semula (EPS) - 9 pagi - 9 malam

Semua ejen penarikan kereta haruslah mempunyai kad autoriti EPS Barang daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ejen EPS tidak boleh menggunakan kekerasan dalam proses penarikan kereta.

Ejen EPS tidak boleh memecah masuk ke dalam kawasan rumah kecuali dengan surat kebenaran mahkamah dan sekiranya ingkar boleh dilaporkan terus kepada pihak polis.

Oleh yang demikian, ketahui hak anda sebagai pengguna!
Sebar fakta bukan auta dan jangan mudah terpedaya.

Sumber : KPDNKK

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…