Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 8, 2019

Cucu tumbuk nenek hingga lebam

Gambar tular cendol RM114 kerana isi Musang King

MELAKA - Sekeping gambar memaparkan tiga mangkuk cendol Raja Cendol Taming Sari di Bandar Hilir di sini berharga RM114 yang tular di laman sosial adalah disebabkan isi durian jenis Musang King digunakan di dalam menu tersebut.

Pemilik kedai berkenaan, Muhammad Ariff Qayyum Mohd. Zamri, 25, berkata, harga itu adalah munasabah bagi mereka yang arif tentang jenis durian termasuk kualiti isi Musang King.

Jelasnya, menu cendol Musing King itu dijual mengikut berat isi durian  antara 120 gram sehingga 150 gram setiap hidangan.

"Malah, sejak memulakan perniagaan pada 2017, pihak kami memaparkan senarai harga bagi setiap menu cendol yang dijual antaranya Cendol Musang King (RM38), Durian Udang Merah (RM20), Durian D24 (RM20), Durian Kahwin (RM17) dan cendol biasa RM7.

"Bagi penggemar durian, mereka sudah pasti mengetahui harga yang ditetapkan itu adalah munasabah, cuma saya bimbang kritikan ini dilemparkan oleh penggemar cendol yang tidak arif dengan harga durian," katanya ket…

Lelaki India Mati Kena Tetak

Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Shah Alam

“Tangkapan Suspek Utama Kes Satu Lelaki India Mati Kena Tetak Dengan Parang Di Kg Jawa, Shah Alam. “

Pada 07/02/2019 jam lebih kurang 4.26 petang, Pusat Kawalan IPD Shah Alam telah terima panggilan telefon daripada 1 lelaki india memaklumkan terdapat seorang lelaki berbangsa india ditetak di kawasan tanah lapang berhampiran rumahnya di Batu 5 1/4 Jalan Kg Jawa, Shah Alam. Sejurus menerima maklumat, Polis IPD Shah Alam bergegas ke tempat kejadian.

Setiba peronda polis(MPV) Di tempat kejadian, polis menjumpai mangsa 1 lelaki india berumur lingkungan 30an dengan kesan 8 tetakan di muka, tangan dan kaki berada dalam keadaan terbaring atas tanah kawasan lapang. Tiada dokumen diri dijumpai bersama mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4.21 petang oleh MA Hospital Klang yang tiba di tempat kejadian.

Mangsa (si mati)

Nama : Dharma Raj
Umur : 33 tahun
Kerja: pengutip besi buruk
Alamat : No 11 Lorong Sungai 8, Jalan Tepi Sungai Taman Jaya…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…