Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 10, 2019

Global-Pecah rekod memiliki 145 ijazah

11 Februari 2019

Di India, ada satu pensyarah, Prof VN Parthiban. Dia pegang rekod kerana ada 145 ijazah dan semuanya diiktiraf OK! Antaranya beliau ada 3 Master of Science, 8 Master of Law, 8 Master of Commerce, 9 Master of Business Administration, 10 Master of Arts dan macam2 lagilah.

Selama 30 tahun, setiap hari Ahad, beliau akan habiskan masa sama ada belajar atau amik exam, itu jelah rutin dia.

Paling lawak, dia pernah fail exam, bukan sebab dia tak reti jawab, tetapi dia terlupa yg dia belajar subjek lain tetapi pergi amik exam benda lain! Dia juga pernah gagal exam sebab dia belajar kolej lain tetapi gi amik exam kat kolej lain, punggah!

Kalaulah Parthiban tahu punyalah haru kat Malaysia ni para menteri pakat dok tipu ijazah, mau dia gelak terkentut-kentut.

Memandikan anjing di Bilik tukar lampin RNR PLUS

☞ 11 Februari 2019 R&R Tapah: Gara-gara tindakan seorang wanita Cina memandikan anjingnya di dalam Bilik Tukar Lampin bayi.. Bukan rakam saja, dah tegur dah sound. Even cleaner itu pun dah halang dari awal.

Pihak PLUS Malaysia telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan proses penyamakkan di bilik tukar lampin tersebut dan akan memastikan pemantauan berterusan dari masa ke semasa.

Papantanda dan poster haiwan peliharaan tidak dibenarkan juga diletakkan di perkarangan kawasan rehat. - PLUS Malaysia Berhad


Video-Parah tercampak dari kereta

LELAKI parah selepas tercampak dari sebuah kereta yang sedang bergerak berdekatan jambatan di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Lim Hock Lai, 35, mengalami kecederaan teruk pada badan dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal mendapati adik mangsa memaklumkan hanya menerima panggilan darI Hospital Banting mengenai kejadian itu, jam 1 petang kelmarin (Jumaat).

“Pengadu dimaklumkan abangnya sedang dirawat di wad kecemasan dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pada waktu itu, dia turut melihat kiriman video melalui aplikasi Whatsapp yang menunjukkan kejadian seorang lelaki dipercayai abangnya yang tercampak keluar dari sebuah kereta jenis dan nombor plet yang belum dikenal pasti.

“Rakaman itu juga menunjukkan kereta itu terus memecut laju meninggalkan mangsa di tepi jalan terbabit,” katanya kepada Ha…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…