Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 11, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Pertuduhan terhadap Siti Kasim dibatalkan...

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pertuduhan terhadap seorang peguam, Siti Kasim yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355), September, dua tahun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komsioner Fadzil Ahmat dalam kenyataan hari ini memaklumkan kertas siasatan berhubung Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim sebelum ini telah dipanggil semula oleh Jabatan Peguam Negara pada 10 Februari lalu. "Setelah meneliti semula segala fakta dan keterangan, pihak Jabatan Peguam Negara memutuskan arahan pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang dikeluarkan pada 18 April tahun lalu adalah dibatalkan," katanya. Pada insiden 5 September 2016, Siti Kasim didakwa menunjukkan isyarat jari tengah kepada seorang penonton ketika forum tentang RUU 355 di Kompleks Karangkraf, Shah Alam. Ia didakwa berlaku selepas beliau yang h…

mayat yang tidak sempurna mungkin diakibatkan oleh haiwan liar

KUANTAN - Dendam dan marah dengan keluarga Siti Masitah Ibrahim, 11, dipercayai menjadi punca kanak-kanak perempuan berkenaan dibunuh oleh suspek yang dikenali mereka.

Kanak-kanak berketurunan Kemboja berkenaan dipercayai dipukul dengan objek tumpul di bahagian kepala oleh suspek berusia 23 tahun pada hari dia dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati terdapat tiga kecederaan di rahang kiri, bahagian atas tengkorak sebelah kiri belakang kepala mangsa.

"Hasil pengakuan awal suspek, polis telah merampas senjata kayu yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa.

"Motif kejadian adalah dipercayai kerana dendam atau marah terhadap keluarga mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Siti Masitah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Medang Hilir di…

Padah Hina Agong

Bekas pengurus didakwa hina Agong

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengurus jualan di sebuah syarikat swasta didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menghantar komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, di laman Facebooknya, bulan lalu.

Eric Liew Chee Ling, 46, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan berdiri di luar kandang tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim M. M. Edwin Paramjothy.

Lelaki itu yang memakai kemeja lengan panjang warna kelabu serta seluar slack dan kelihatan bersahaja didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profile Facebook “Eric Liew” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya terhadap Yang di-Pertuan Agong ke-15, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, antara pukul 7.01 petang dan 9.23 malam, 6 Januari lepas.

Komen Chee Ling itu kemudian dibaca pada 6 Januari lepas, pukul 8 malam di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terke…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…