Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 13, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Video-Ibu maut, anak parah kemalangan kereta dan lori

Ibu maut, anak parah kereta dilanggar lori

TAMPIN 13 Feb. - Seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia lima tahun cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Pasir Besar, Gemas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Mariani Ahmad, 31, yang memandu kereta jenis Honda City meninggal dunia di lokasi kejadian selepas keretanya dirempuh sebuah lori tiga tan milik Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains).

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd. Kassim Arittin berkata, lelaki yang memandu lori milik Sains tersebut turut mengalami kecederaan.

"Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Honda City, sebuah lori tiga tan milik Sains dan sebuah lori ais satu tan.

"Pemandu kereta maut dalam kemalangan itu, manakala anaknya cedera parah. Pemandu lori Sains turut cedera. Bagaimanapun tiga penumpang lori serta pemandu dan penumpang lori ais tidak mengalami kecederaan," katanya di si…

Menteri menjelaskan sebab parkir di petak OKU

14 Februari 2019

Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengesahkan gambar tersebar di media sosial membabitkan kereta yang parkir di petak OKU adalah kenderaannya. Beliau berkata, anak-anaknya menggunakan petak khas parkir OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada ayah mertuanya yang uzur.

"Saya menjaga ayah mertua yang keuzuran dan berkerusi roda. Sewaktu kejadian ini anak-anak saya membawa datuk mereka untuk makan di restoran."

"Mereka menggunakan kemudahan parkir OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada datuk mereka yang uzur."

Wanita bertudung melakukan upacara sembahyang di tokong..

TULAR | Dua wanita bertudung dirakam melakukan upacara sembahyang di sebuah tokong petang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku di Kampung Serpan Laut, Asajaya, Kota Samarahan, Sarawak.

Menurut sumber, dua wanita berkenaan telah pun dibawa ke Pejabat Agama Islam Kota Samarahan untuk memberi keterangan.

Tindakan dua wanita berkenaan juga turut didakwa menyebabkan salah faham dan menjejaskan perpaduan kaum di Sarawak.

Mangsa ragut memaut dileher peragut

Mangsa ragut kejar peragut
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“°✍🏽..........................

LELAKI yang menjadi mangsa ragut bertindak nekad dengan memaut leher peragut rantai dan cincin emasnya sejauh 500 meter sebelum motosikal dinaiki peragut terjatuh ke bahu jalan berhampiran pangsapuri Bertam Malim, Melaka awal bulan ini.

Dalam kejadian 2 Februari lalu jam 3.30 petang, mangsa berusia 49 tahun bersama anaknya berada bersebelahan gerai menjual kelapa sebelum didatangi lelaki yang meragut rantai dipakainya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mangsa yang ketika itu duduk membelakangi jalan raya terkejut selepas rantai leher berloketkan cincinnya direntap dari arah belakang.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan ketika kejadian ramai pelanggan di gerai itu tetapi kejadian tidak disedari mereka.

“Sebaik menoleh ke belakang, mangsa mendapati lelaki yang meragut rantainya berlari ke arah sebuah motosikal.

“Mangsa bergegas mengejar suspek yang berada di atas motosikal lalu me…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…