Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 17, 2019

KONGSI INFO-5 LANGKAH KESELAMATAN YANG PATUT KITA TAHU BILA TERTUSUK OBJEK TAJAM

5 LANGKAH KESELAMATAN YANG PATUT KITA TAHU BILA TERTUSUK OBJEK TAJAM

1. JANGAN CABUT OBJEK TAJAM YANG TERTUSUK

Pertama sekali, JANGAN cabut objek yang tertusuk pada bahagian badan mangsa. Ini kerana objek tajam yang masih kekal tertusuk akan menjadi penghalang kepada berlakunya perdarahan kerana ia masih melekat di tempat yang terlibat dan memberikan tekanan pada kawasan tersebut dari terus mengalirkan drah.

Jadi, bila anda tarik objek tersebut keluar, penghalang tadi dah tidak ada, malahan geseran dari objek sewaktu dikeluarkan boleh terus mencederakan kawasan sekitarnya lalu berlakulah perdrahan yang banyak. Perdrahan yang teruk boleh mengncam nyawa.

2. TEKAPKAN KAWASAN TERTUSUK DENGAN KAIN BERSIH

Bagi mengelakkan mangsa kehilangan drah yang banyak, ambil kain bersih dan tekapkan pada sekeliling pisau atau bahagian yang tertusuk seperti bentuk cincin atau donat.

Jika objek telah tertanggal dengan sendirinya, ambil kain dan beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya pe…

Tak cukup duit belanja kahwin,anggota Tentera cetak wang palsu..

SIBU -Mengikut laporan berita kosmo,Suspek Terdesak untuk menampung perbelanjaan majlis perkahwinannya.Suspek adalah seorang anggota tentera mengambil jalan pintas dengan mencetak wang palsu bernilai RM4,000 dengan menggunakan mesin pencetak di pejabatnya sejak awal bulan ini.

Bagaimanapun, kegiatan licik lelaki berusia 28 tahun itu terbongkar apabila membuat laporan polis dengan mendakwa menerima wang palsu itu dari sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Jonathan Ringgit berkata, suspek membuat laporan polis pada tengah hari semalam dengan harapan pihak bank dapat menukarkan wang palsu itu dengan wang tulen.

Namun, katanya, siasatan polis mendapati suspek telah menyerahkan wang berkenaan kepada tunangnya namun keaslian wang tersebut dicurigai dan suspek telah dinasihati untuk membuat laporan polis selepas mendakwa mengeluarkan wang itu dari mesin ATM.
.
"Suspek sebenarnya memang ada mengeluarkan …

Wang tunai RM10 Ribu,untuk maklumat suspek kes samun MRT

Habuan RM10,000 buru suspek kes samun MRT

KUALA LUMPUR - Pejabat Ahli parlimen Kepong menawarkan wang tunai bernilai RM10,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat sahih mengenai suspek lelaki yang bertindak kejam membelasah seorang wanita untuk menyamunnya di dalam lif dalam satu kejadian di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras di sini kelmarin.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, tawaran tersebut dikeluarkan bagi memastikan penjenayah tersebut ditahan dan dibawa ke muka pengadilan dalam masa terdekat.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut boleh memberikan maklumat kepada pejabat saya di Kepong atau melalui emel di alamat emel parlimenkepong@gmail.com.

“Apa yang saya takuti adalah jika dia tidak ditahan dalam masa terdekat, ia boleh mempengaruhi penjenayah lain untuk melakukan jenayah dengan cara yang sama iaitu di dalam lif atau lokasi lain yang terlindung,” katanya dalam satu kenyataan di laman media sosial Facebookny…

Kadar peratus Ketelusan cermin kenderaan tetapan JPJ

SEMBANG TRAFIK: CERMIN GELAP

Memasang cermin gelap atau ‘tinted film’ untuk menggelapkan cermin kenderaan adalah dibenarkan, dengan syarat yang ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2016).

Kadar peratus Ketelusan Cahaya Nampak / Visible Light Transmission (VLT) yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia adalah seperti berikut:

i. Cermin hadapan - 70%

ii. Cermin sisi hadapan - 50%

iii. Cermin sisi belakang - 30%

iv. Cermin belakang - 30%

Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kadar peratus VLT tersebut, boleh dikenakan tindakan saman dengan kompaun maksimum RM300 dan juga boleh didenda mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan. Bagi sabitan kali kedua dan seterusnya, akan didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjarakan selama tempoh ti…

Perkara pertama selepas dapat kunci Rumah Baru

Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding crack, cat tanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah. Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.

PERALATAN :
***Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
***Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
***Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
***Kamera / Handphone berkamera …

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…