Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 19, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Suami isteri ditahan kerana disyaki mendera

Polis Johor menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan selepas disyaki mendera anak lelaki mereka berusia 12 tahun di Majidee, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad berkata, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Katanya, dua suspek adalah bapa tiri kanak-kanak itu yang juga warga tempatan serta ibu kandungnya adalah warga asing .

Semalam tular di media sosial seorang budak lelaki dipercayai mangsa dera dengan sebahagian besar bahagian belakangnya  terdapat kesan luka.

#999Malaysia

Samun dan belasah di MRT Taman Mutiara : Suspek ahli kongsi gelap 08

Samun MRT Taman Mutiara : Suspek ahli kongsi gelap 08

KUALA LUMPUR - Suspek kes samun sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita di dalam lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras pada Khamis lalu disahkan ahli kumpulan kongsi gelap 08.

Difahamkan, pendedahan tersebut dilakukan berdasarkan penemuan tatu angka 08 pada bahagian kanan badan suspek.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, serbuan telah dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

"Kita telah membuat satu serbuan di sebuah flat Taman Cheras pada pukul 8.10 malam dan berjaya menahan suspek lelaki warga tempatan berusia 26 tahun.

"Dalam serbuan tersebut, suspek dilihat sedang mencukur rambutnya bagi mengaburi mata pihak berkuasa," katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tambahnya, suspek yang bekerja sebagai penyeleng…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…