Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 20, 2019

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Bayi 47 hari yang maut akibat didera turut cedera di bahagian kemaluan.

Kejam! Bayi berusia 47 hari dipercayai maut akibat didera oleh ibu bapanya sendiri sehingga mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk di bahagian kemaluan, lapor Astro Awani
Selain kemaluan cedera, bayi 47 hari 'makan' lantai, dinding dan pintu ..

BUKIT MERTAJAM : Bayi berusia 47 hari yang maut dipercayai akibat didera ibu bapa sendiri mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk di bahagian kemaluan.

Laporan awal bedah siasat mendapati, bayi perempuan berkenaan mengalami patah pada rusuk kiri dan kanan, selain lengan kanan dan peha kiri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid bahagian luaran tubuh mangsa juga terdapat kesan lebam dan melecet di seluruh tubuh mangsa.

"Punca kecederaan luaran disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk juga perbuatan cubit dan hentakan.

"Bedah siasat juga mendapati terdapat kecederaan dalaman akibat hentakan kuat sehingga pendarahan berlaku di organ …

Pentingnya penggunaan Child’s Seat dan baby seat

Dalam suatu sesi kursus Psychological First Aid (Bantuan Kecemasan Psikologi) tempoh hari, saya
diajukan satu soalan oleh fasilitator kursus.

“Sepanjang anda bekerja, apakah peristiwa yang paling memberi kesan kepada emosi anda?”

Saya terkenang semula kisah Melissa (bukan nama sebenar).

Setiap kali memikirkan kisah Melissa, saya pasti akan mentitiskan air mata. Walaupun peristiwa tersebut berlaku lebih lima tahun yang lalu, memori yang tersemat di minda bagaikan ia hanya berlaku semalam.

Melissa hanyalah seorang bayi. Tak sampai enam bulan pun umurnya.

Ketika kejadian, Melissa dibaringkan diatas riba neneknya di tempat duduk belakang sebuah kenderaan MPV. Kenderaan dipandu oleh pakciknya dan ditemani datuknya di hadapan.

Tiba di suatu simpang, kenderaan mereka dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Impak pelanggaran telah mengakibatkan Melissa tercampak keluar dari kenderaan. Melissa ditemui lebih 10 meter dari tempat kejadian oleh orang awam. Terdampar diatas jalan raya deng…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…