Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 21, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Video-Suka hati tampar orang

#Gombak Punca kejadian akibat salah faham yang mana suspek menyangka mangsa mengeluarkan wang tabung masjid tanpa kebenaran.
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“°✍🏽..........................
Suka hati tampar orang

AKIBAT salah faham kerana menyangkakan seorang lelaki mahu mencuri wang tabung masjid, seorang ahli jawatankuasa (AJK) sebuah masjid dekat Desa Jaya Kepong, di Gombak, menampar mangsa beberapa kali.

Kejadian berlaku pada 8.30 malam 10 Februari lalu, namun video kejadian itu mula tular sejak semalam, yang memaparkan lelaki berkopiah ditampar lelaki yang lebih dewasa daripadanya.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, mangsa yang berusia 18 tahun sebenarnya diarahkan individu lain yang juga seorang AJK masjid sama untuk mengambil wang berkenaan, namun berlaku salah faham.

“Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 38 tahun membuat laporan polis pada 14 Februari mendakwa adiknya seorang lelaki yang mempunyai masalah lembam ditampar sebanyak tiga kali oleh AJK masjid berkenaa…

Video-Budak nyaris bawa lari

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.10 malam tadi di Cherang, Kota Bharu, kanak-kanak itu ditinggalkan di atas motosikal dengan enjin yang masih hidup di depan sebuah kedai runcit, sementara bapanya masuk ke dalam untuk membeli barang. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kanak-kanak itu yang masih memakai helmet hanya duduk diam menunggu bapanya selesai membeli barang. 
Tidak beberapa lama kemudian, datang sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki, salah seorang daripadanya turun dan terus menunggang motosikal itu dan melarikan kanak-kanak itu. 
Bapa mangsa yang ternampak kejadian itu segera mengejar suspek dan mendapatkan semula anaknya. Menurut sumber, kanak-kanak itu selamat walaupun cedera teruk di bahagian kepala selepas motosikal bapanya terbalik. 
Orang ramai dinasihatkan tidak meninggalkan anak kecil di atas motosikal biarpun berhampiran dengan kedai yang hendak dikunjungi bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku. 

Lagi kes memasang beacon light

❗Aduan Pengguna Lebuhraya❗

Lagi kes memasang beacon light. Berlaku pada malam 21/02/2019 berhampiran Taman Connaught..

PEMASANGAN LAMPU MATA ARAH (BEACON/STROBE LIGHT)

▶Lampu mata arah (beacon/strobe light) merupakan satu lampu penanda amaran pelbagai warna dan dikategorikan sebagai komponen aksesori yang dipasang di atas bumbung atau bahagian atas sesebuah kenderaan.

TUJUAN PENGGUNAAN ALAT

▶Penggunaan lampu ini adalah bertujuan untuk memperingatkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain bahawa mereka perlu memperlahankan kenderaan , berhati-hati dan berwaspada semasa berada di kawasan tersebut.

▶Menurut kaedah 24 Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Lalulintas Jalan) 1959 hanya kenderaan Polis,Bomba,Ambulans dan JPJ sahaja dibenarkan mendapat hak haluan (Priority Over Traffic) di mana-mana jalan raya negara ini. Walau bagaimanapun menurut Kaedah 138(1) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (pembinaan dan penggunaan ) 1959 , Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk mengecualikan mana-mana…

Video-OKU terkilan tak layak dapat bantuan (BSH)

menurut laporan utusan...

KUALA TERENGGANU 20 Feb. - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) terkilan sebaik mendapati dia tidak meme­nuhi kelayakan untuk memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019.

Ishak Awi, 59, dari Kampung Tanjung, Batu Rakit yang kudung kedua-dua belah kaki, pulang dengan rasa hampa sedangkan, sebelum ini dia berpeluang menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM450.

Dia yang ditemani rakannya datang ke kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini bagi menyemak status kelayakan bagi permohonan kategori bujang.

“Saya datang ke sini untuk kepastian status kelayakan BSH. Sebelum ini, setiap tahun saya dapat BR1M sebanyak RM450. Semasa semakan di kaunter, saya didapati tidak layak kerana tiada tanggungan dan tidak berkeluarga,” katanya ketika ditemui pemberita.

Ditanya mengenai kelayakannya, Ishak memaklumkan yang dia masih belum berusia 60 tahun untuk menerima BSH bagi kategori warga emas manakala permohonan BSH bagi kat…

Ratusan senjata api tiruan dan komponen tiruan dirampas

RATUSAN senjata api dan komponen tiruan dirampas dalam serbuan di sebuah premis di kompleks beli-belah terkemuka di bandaraya Kota Kinabalu, semalam.

Dalam serbuan jam 3.30 petang itu, premis yang turut menjual alat permainan kanak-kanak itu didapati aktif menjual senjata api tiruan secara terbuka sejak kira-kira empat bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan cawangan pelesenan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Katanya, hasil serbuan mendapati premis berkenaan menjual pelbagai jenis senjata api tiruan dan komponen tanpa kelulusan pihak berkuasa.

“Hasil siasatan, polis mendapati premis berkenaan turut menempatkan sebahagian daripada senjata api dan komponen tiruan itu di sebuah stor di tingkat dua bangunan berkenaan.

“Dalam serbuan ini, polis merampas sebanyak 151 senjata api dan 283 komponen senjata api tiruan. Nilai rampasan senjata api tiruan ini dianggarkan lebih RM6…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…