Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 22, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

ikan mola mola terdampar

Terkejut jumpa ikan mola mola

KEMAMAN - Menurut  Sinar Harian,Seorang pencari remis terkejut apabila menjumpai seekor ikan laut gergasi dipercayai ikan mola mola terdampar di tepi pantai berdekatan jeti star cruise Kampung Meraga Beris, Kijal, di sini, petang semalam.

Mahazdir Mohd Nor, 46, menemui ikan itu yang turut dikenali sebagai ikan matahari dan jarang ditemui di perairan Malaysia kira-kira jam 4 petang.

Mahazdir berkata, kehadiran ikan yang dianggarkan seberat hampir 100 kilogram berkenaan turut disedari lebih 10 pemancing yang sedang mengail di jeti berkenaan sebelum ikan itu ditarik ke darat.

"Saya tengah cari remis sebelum tiba-tiba lihat satu objek besar yang dibawa ombak dan terdampar di gigi air.

"Lepas didekati ia sebenarnya seekor ikan mola mola dan beberapa pemancing kemudian menarik ikan itu ke darat dari gigi air," katanya.

Menurutnya, ketika dibawa ke darat, ikan itu masih hidup namun usaha mereka untuk menyelamatkan ikan berkenaan gagal kerana ia m…

Cara Cabut dan Bunuh Tempiras/Kutu Babi

Cara Cabut dan Bunuh Tempiras/Kutu Babi

Tempiras adalah sub-spesis serangga jenis penghisap darah sekeluarga dengan kutu, hama, pepijat dan cengkenit, tetapi tempiras dilihat lebih merbahaya berbanding serangga lainnya kerana serangga ini akan terus menghisap darah selagi mana tidak dicabut dan daya gigitannya yang kuat serta sukar dibuang kalau sudah lama bertapak pada anggota tubuh manusia atau haiwan.

Kebiasaanya serangga ini berada di kawasan semak dan juga tubuh haiwan seperti kambing dan lembu, pernah juga terbaca pengalaman orang yang melihat seekor ular sawa mati dipenuhi dengan tempiras yang sedang menghisap darah. Oleh itu, ibubapa yang mempunyai anak yang suka bermain diluar rumah terutamanya dikawasan semak perlulah tengok-tengok dan periksa anggota badan anak masing-masing terutamanya dicelah-celah telinga dan sekitar kawasan kepala atau jika lihat anak kecil selalu menanggis, periksalah kalau-kalau ada benda yang tak kena kerana mereka tak pandai nak cakap jangan sampai…

Jabatan Pengangkutan Jalan Masuk HKL

JPJ 'masuk' HKL

HOSPITAL Kuala Lumpur (HKL) meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan operasi penguatkuasaan di hospital itu selepas orang awam dan kakitangan didapati enggan mengikut peraturan trafik ditetapkan.

Berikutan itu JPJ Kuala Lumpur mengadakan operasi di HKL hari ini dan mendapati antara kesalahan dilakukan tidak memakai topi keledar serta tiada lesen memandu.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, operasi jam 10 pagi itu membabitkan seorang pegawai dan lapan anggota JPJ Kuala Lumpur, tiga petugas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), tiga anggota polis serta 10 petugas Polis Bantuan.

“Dalam operasi ini, kami mengeluarkan 62 saman membabitkan 26 kesalahan cukai jalan, 21 kes tidak memakai topi keledar dan 15 kes membabitkan lesen memandu.

“Kami menerima permintaan HKL supaya mengadakan operasi penguatkuasaan di dalam kawasan HKL selepas orang awam dan kakitangan hospital enggan mengikut peraturan ditetapkan,” katanya ketika dihubungi …

Global-Sadis , kerana 'password' telefon perut isteri dibelah

#GLOBAL
#INDONESIA

Belah perut isteri kerana 'password' telefon

Bengkulu: Gara-gara berang tidak dibenarkan memeriksa telefon milik isterinya, seorang lelaki bertindak kejam apabila menetak leher wanita itu yang sarat hamil sebelum membelah perut dan mengeluarkan bayi dalam kandungan mangsa.

Bangka Pos melaporkan, dalam kejadian yang berlaku di Tanjung Jaya Kota Bengkulu semalam, wanita itu yang dikenali sebagai Erni Susanti, 29, maut manakala anaknya pula selamat dan dirawat di hospital.

Jurucakap polis berkata, suspek yang dikenali sebagai, Romi Sepriawan, 30, sering bergaduh dengan isterinya selepas wanita itu enggan memberitahu kata laluan di telefon bimbitnya.

Katanya, pada malam kejadian, pasangan itu sekali lagi bergaduh dan secara tiba-tiba Romi mengambil parang sebelum menetak leher isterinya yang berbaring di atas katil.

“Tidak cukup dengan itu, suspek bertindak membelah perut isterinya dan mengeluarkan bayi dalam kandungan.

“Suspek kemudiannya keluar rumah sambil m…

Video-Kantoi 'Pecah.' rumah...

Kuching,Sarawak

Seorang lelaki cedera setelah dibelasah oleh orang awam di sebuah rumah, di Lorong Hup Kee 21 (belakang Boulevard) Batu 4 sebentar tadi.

Menurut info, lelaki tersebut dibelasah selepas dikatakan mahu memecah masuk ke dalam sebuah rumah.Setakat ini belum ada maklumat lanjut mengenai kejadian. Suspek telah pun diserah kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…