Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 24, 2019

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Pilot dirakam tidur

Juruterbang dirakam tidur ketika bertugas

BEIJING, China - Seorang juruterbang syarikat penerbangan China Airlines dirakam sedang tidur di bahagian kokpit ketika sedang mengendalikan sebuah pesawat Boeing 747 baru-baru ini.

Satu rakaman video berdurasi 30 saat dirakam pembantunya memaparkan juruterbang, Weng Jiaqi yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun tidur sambil duduk dengan kepalanya tertunduk dalam kokpit pesawat tersebut.

“Keletihan memang tidak dapat dielakkan tetapi sebagai juruterbang berpengalaman, dia perlu menunjukkan contoh baik untuk anak buahnya,” tegas seorang juruterbang China Airlines yang enggan dikenali kepada rangkaian berita EBC News.

Menurut laporan media, video itu tersebar selepas tujuh hari juruterbang China Airlines menamatkan mogok kerana tidak berpuas hati isu kebajikan antaranya keletihan juruterbang dan waktu kerja yang panjang.

Juruterbang itu berdepan pertuduhan mengabaikan prosedur keselamatan penerbangan dan dikatakan telah menerima hukuman setimp…

MASIH ADA YANG SAYANG

25Feb2019/Terengganu

[MASIH ADA YANG SAYANG]

Seorang kanak kanak perempuan dijumpai berhampiran sebuah parit di Jalan Kenanga  Kuala Terengganu dalam keadaan masih  berpakaian sukan sekolah.

Kanak kanak terbabit dipercayai enggan hadir ke sekolah.
Semasa ditemui, kanak kanak tersebut sedang memegang dan bermain dengan sebilah pisau yang dijumpai disekitar kawasan berkenaan.

Pihak polis yang berada di lokasi kejadian telah berusaha memujuk dan berjaya menyerahkan kanak kanak berkenaan kepada keluarga beliau.

#PDRMPrihatin

▶️Polis Daerah Kuala Terengganu

#999Malaysia

Pencuri terjatuh bangunan

Sengaja cari bala

Mengikut laporan Harian Metro,SEORANG pencuri bukan sahaja gagal memecah masuk bangunan Wisma Sandakan, malah kini terlantar kritikal di hospital akibat parah selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan berkenaan, pagi hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, suspek lelaki berusia 24 tahun yang parah pada kepala, leher dan pinggang menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, kejadian itu disaksikan oleh orang awam dari Masjid Jamek yang terletak bersebelahan dengan bangunan Wisma Sandakan.

“Ketika kejadian, suspek bersama seorang lagi rakannya dipercayai berada di parkir di tingkat dua dan cuba naik ke tingkat lima bangunan berkenaan.

“Tetapi, suspek tergelincir lalu terjatuh dan rakannya pula melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Azhar berkata, akibat kejadian itu, suspek kemudian dihantar ke HDOK untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan mendapati, suspek mempunyai lim…

Difteria adalah sejenis penyakit berjangkit. Ia mudah merebak

Beberapa hari lepas dilaporkan berlaku satu (1) kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 1 bulan dan  tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir.

Difteria adalah sejenis penyakit berjangkit. Ia mudah merebak daripada seorang individu kepada individu yang lain, biasanya melalui titisan cecair pernafasan apabila seseorang yang dijangkiti itu batuk, bersin atau bercakap.

Jom cegah DIFTERIA. Ambil vaksin sebagai langkah pencegahan.

#sihatmilikku

Kredit: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

■UPDATE■ Sempat bersembang sebelum temui ajal

■UPDATE■
Sempat bersembang sebelum temui ajal

Menurut laporan Harian Metro, SEORANG lelaki maut, manakala dua anggota polis cedera dalam kemalangan di Kilometer (KM) 58 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Pendang, petang hari ini.

Dalam kejadian 5.40 petang itu, mangsa, Lem Wei Hong, 28, beralamat di Taman Batik, Sungai Petani meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman dialaminya.

Difahamkan, selepas kemalangan mangsa sempat keluar dari kenderaannya dan mampu bersembang dengan anggota polis yang terbabit dalam kemalangan itu, bagaimanapun tidak lama kemudian dia mengadu sesak nafas sebelum meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah, berkata kemalangan itu membabitkan kereta Proton Persona dipandu mangsa dan Kenderaan Peronda Lebuh Raya (EMPV) dinaiki dua anggota polis serta sebuah van dipandu lelaki warga Thailand.

“Ketika kejadian, dua anggota polis terbabit selesai memeriksa sebuah van Thailand dan ingin berge…

Remaja perempuan dirogol oleh Bapa,Abang dan adik kandung sendiri

LAMPUNG - INDONESIA. Apa yang menimpa
remaja perempuan dikenali sebagai AG berusia
18 tahun ini sememangnya menyedihkan
Dia menjadi mangsa narsu serakah bapa, abang
dan adik lelaki kandungnya sejak tahun lalu.
Jurucakap pihak berkuasa, Edi Qorinas berkata,
mangsa diperkosa ketiga-tiga ahli keluarganya
sendiri selepas kematian ibunya
"Bapa kandungnya dikenali sebagai M, 45
abangnya SA, 24, dan adik lelakinya YF, 15, telah
merogolnya berulang Kall di rumah mereka di
Pekon Panggung Rejo, Kecamatan Sukoharjo,
Kabupaten Pringsewu.
"Mangsa tidak mampu melawan kerana takut
Dia juga dipercayai mengalami kerencatan
mental. Abangnya telah memperkosanya 120 kall
dalam tempoh setahun manakala adiknya
melakukan perbuatan itu sebanyak 60 kali.
Bapanya pula melakukan beberapa kali. Mangsa
dirogol lebih sekali pada setiap hari," jelasnya
Perbuatan sumbang mahram itu terbongkar
selepas penduduk kampung curiga dengan
keluarga itu selain melihat keadaan fizikal AG
yang semakin kurus.
AG …

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…