Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 25, 2019

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Video-Ambulans bawa wanita mengandung terbalik dilanggar SUV

Ambulans bawa wanita mengandung terbalik dirempuh SUV

KUCHING: Sebuah ambulans terbalik akibat dirempuh kereta jenis Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini hari ini.

Difahamkan, ambulans tersebut dalam perjalanan menghantar seorang wanita mengandung dari Kota Samarahan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Setibanya di persimpangan lampu isyarat tersebut, sebuah SUV yang bergerak dari Jalan Green dikatakan tidak sempat berhenti lalu merempuh bahagian tepi ambulan tersebut sehingga menyebabkan ia terbalik,” kata sumber.

Wanita mengandung berusia 40an berasal dari Kampung Nakong, Samarahan bersama pemandu dan penumpang ambulans kemudian dikejarkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan.

Sumber memberitahu kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Manakala wanita mengandung dirujuk ke Zon Merah Unit Kecemasan HUS untuk pemeriksaan lanjut.

 oleh
Jeremy Lanson

Jangkitan DENGGI kali kedua

✅ Sekiranya sebelum ini anda PERNAH menghidap DENGGI, pastikan anda TIDAK mendapat jangkitan kali ke 2

✅ Jangkitan kali 2 biasanyanya menyebabkan denggi berdarah, renjatan (shock) dan juga risiko kematian.

✅ Terdapat empat jenis serotip virus denggi yang dikenalpasti iaitu serotip 1, 2, 3 dan 4 dengan kesemuanya merangsang pembentukan antibodi yang berlainan.

Dah pernah merasa kena denggi macam mana?

Tolong jaga diri.

Tolong jaga persekitran

Kredit: Public Health Malaysia

Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak

Punca Sebenar Bibir Kering Bukan Kerana Kurang Minum Air Masak.. Tapi sebenarnya kerana.. 👇👇👇

Bibir yang halus kemerahan menjadi idaman setiap wanita dan menjadi kegilaan setiap lelaki bila wanita berbibir cantik tetapi agak malang jika bibir kita kekeringan. Tahukah anda bibir kering mengelupas bukan disebabkan kerana kekurangan air.

Mata kering : Kurang vitamin A, karotin
Bau mulut : Kurang vitamin B6, zinc
Gigi tidak kuat : Kurang vitamin A, kalsium, zat besi
Bibir kering atau mengelupas : Kurang vitamin A, vitamin B2

Anemia, tangan atau kaki dingin : Kurang vitamin B6, asam folat
Mudah lelah dan tidak bersemangat : Kurang vitamin B1, B2, B6
Keguguran atau masalah rambut : vitamin A, vitamin B6, zinc, kalsium

Jom kita baca kepetingan vitamin dan zat-zat dalam badan kita supaya kita boleh elak dari sebarang penyakit terutama bibir kering mengelupas.

1. Ulser dan radang mulut : Kurang vitamin B2

Ulser atau radang biasanya disebabkan kerana dalam tubuh kekurangan vitamin B2 yang d…

anak tunggal yang melecur apabila teh o panas

Melecur teh o panas
HANYA dalam beberapa saat, seorang ibu yang berpaling untuk mengambil gula bagi menyediakan air buat suaminya dikejutkan dengan jeritan anak tunggal yang melecur apabila teh o panas dalam gelas tumpah ke badan kanak-kanak itu.
Nor Hayati Yazid, 23, berkata, kejadian 2 petang semalam di rumahnya di Kempas, Johor Bahru ketika dia membancuh teh o untuk suaminya, Mohd Azarul Alaudin, 29, yang baru pulang dari kerja.
Katanya, ketika kejadian suaminya terlelap kerana penat dan mahu berehat sebentar manakala dia di dapur menyediakan air panas.
“Lepas saya tuang air panas dan teh ke dalam gelas, saya berpaling untuk mengambil gula.
“Dalam sekelip mata saya dengar Nur Afeeya Humaira (Afeeya) menangis dan melihat air panas dalam gelas itu tumpah ke atas badannya.
“Saya pelik, selalu dia tak dapat capai barang atas meja yang lebih tinggi daripadanya.
“Gelas itu juga saya letak ke arah lebih jauh dari hujung meja. Saya tidak perasan sama ada dia panjat atau dia terlanggar mej…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…