Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 26, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Lelaki mengamuk di kaunter Pejabat Awam

Kita harap Ketua Jabatan Kerajaan ni beri kenyataan umum. Jelaskan pada masyarakat kenapa ambil nombor pukul 10am , pukul 2 petang baru dapat jumpa.(Tak kan tak ada SOP). Lepas tu kenapa pula tak boleh selesai dalam masa satu hari. Kena ulang alik banyak kali. Sebenarnya kaunter kerajaan ni memang ada masalah yg macam ni. Pekerja Kerajaan ni tak fikir berapa banyak masa dan produktiviti yg hilang bila seseorang itu kena tunggu lama dan tak dapat selesai kerja dalam masa satu hari. Seharusnya ketua Jabatan membuat penjelasan pada umum. Ini bukan masalah politik tetapi mengambil mudah dengan orang awam yang memerlukan khidmat pihak kerajaan.
.
.
Kredit-Wanda Ahmad

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2020/2021

27 Februari 2019 @ 10.00 pagi:

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2020/2021

Bagi mereka yang mempunyai anak yang lahir pada 2013 (berumur 6 tahun pada 2019), yang lahir pada 2014 (berumur 5 tahun pada 2019) atau yang lahir pada 1.1.2015 (berumur 4 tahun pada 1.1.2019).

📌1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.

📌2) Pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2019 https://public.moe.gov.my/

📌3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.

📌4) Dokumen yang diperlukan
- sijil lahir anak (salinan + asal)
- kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
- surat nikah / cerai (salinan + asal)
- bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
- sampul surat standard dan setem
- laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
- semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah

📌5) Waspada dengan tarikh semakan status p…

Warga Emas Hina Nabi Muhammad didakwa esok..

Lelaki hina Nabi didakwa esok


KUALA LUMPUR 26 Feb. -Menurut laporan Utusan Online, Seorang warga emas yang disyaki menghina Nabi Muhammad SAW menerusi laman sosial Facebook akan didakwa di mahkamah di sini esok.

Sumber yang boleh dipercayai dari Jabatan Peguam Negara memaklumkan lelaki berusia 68 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebelum ini, media melaporkan suspek ditahan pada 19 Februari lalu di rumahnya di Mentakab, Pahang, sebelum direman tiga hari bagi membantu siasatan kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah, melalui Facebook.




~Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun.

~kesalahan di bawah se…

Gajah Betina mati di tepi jalan

Gajah betina mati di tepi jalan di Gerik akibat kurang nutrisi

Oleh GERIK – Seekor gajah betina yang mati di tepi Jalan Raya Timur-Barat di sini kelmarin berpunca daripada kekurangan nutrisi selepas bedah siasat dijalankan terhadap bangkainya semalam.

Pemangku Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Wan Shaharuddin Wan Nordin berkata, gajah yang mempunyai saiz tapak kaki 35.6 sentimer itu juga dijangkiti ulser teruk di dalam mulutnya.

“Perhilitan Perak mendapat makluman daripada orang awam mengenai kehadiran gajah berkenaan di kawasan tersebut kira-kira pada pukul 10 pagi kelmarin sebelum lima anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal lalu lintas.

“Gajah betina tersebut tidak bergerak dan hanya berdiri di atas jalan dari pagi sehingga malam. Anggota kemudian cuba menggerakkan mamalia itu namun ia terjatuh ke dalam longkang ketika bergerak ke belakang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Wan Shaharuddin, gajah y…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…