Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 1, 2019

Ibu dan anak terjatuh ketika kejar peragut

Wanita, anak cedera kejar peragut
IBU dan anaknya cedera selepas terjatuh dari motosikal ditungganginya ketika mengejar peragut di Taman Chemor Impian, Ipoh, semalam.

Dalam kejadian 8.43 pagi itu, mangsa, 49, bersama anaknya, 3, dipercayai baru pulang dari mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tanah Hitam, Chemor.

Difahamkan, suspek lelaki yang menaiki motosikal Yamaha Lagenda berwana merah mengambil beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam raga ketika membelok di lampu isyarat berkenaan sebelum memecut motosikalnya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, mangsa yang berang dengan tindakan suspek itu kemudiannya mengejarnya sebelum dipercayai tidak dapat mengawal motosikal dan terjatuh ketika melalui jalan berpasir.

“Mangsa kemudiannya menerima rawatan di HRPB (Hospital Raja Permaisuri Bainun) selepas mengalami luka di lutut, kaki dan juga siku manakala anaknya berusia tiga tahun patah bahu serta luka di kepala.

“Mangsa hanya perasan motosikal dinaiki…

TIPS!! PERANGKAP NYAMUK MESRA ALAM-DIY

TIPS!!
PERANGKAP NYAMUK MESRA ALAM
(Copy paste..)

Kerajaan Dubai melalui Jabatan Taman Awam dan Hortikultur Perbandaran Dubai di U.A.E telah memulakan kaedah baru dan mesra alam untuk menghilangkan nyamuk dari rumah, ladang dan tempat awam.

Caranya membuatnya:

1. Ambil botol air mineral 1.5 liter, kemudian potong bahagian atas botol (seperti ditunjukkan pada gambar di atas)

2. Dalam bekas yg tahan panas, masukkan 200 ml air panas dan campurkan dengan 50 gram gula. Kacau sehingga sebati.

3. Apabila air gula tadi mulai sejuk/suam, tuangkan ke dalam botol yg dipotong tadi. Kemudian, masukkan ragi roti (yeast) ke dalam botol yang sama. Tujuannya ialah untuk mengumpan nyamuk mencari lokasi perangkap ini. Campuran air + gula + ragi membebaskan gas karbon dioksida yang dapat menarik nyamuk dan serangga lain.

4. Seterusnya, balut botol plastik tersebut dengan beg plastik hitam atau kain hitam. Nyamuk suka kepada persekitaran gelap. Pastikan ada lubang yang terbuka untuk nyamuk masuk.

5. Leta…

Samun dan belasah wanita di lift 'MRT' didakwa di mahkamah

Lelaki belasah wanita di stesen MRT didakwa di mahkamah

Menurut laporan Berita Harian online Seorang pekerja penyelenggara pendingin hawa yang dirakam membelasah dan merompak seorang wanita di sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, dua minggu lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

G Thinathayaalan, 25, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja-T hitam dan seluar kelabu, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Thinathayaalan didakwa melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan ke atas pengurus bank, Lee Meei Shan, 48, selain melarikan kad pengenalan, lesen memandu, dua keping kad ATM, dua keping kad kredit dan wang tunai RM400.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, dituduh melakukan kesalahan itu di dalam lif stesen MRT, Taman Mutiara, di sini, jam 6.45 pagi, pada 14 Februari lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengiku…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…