Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 5, 2019

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Tetak adik teman wanita

Pakwe kakak libas parang

BERANG kerana ditegur menumpang di rumah kekasih, seorang lelaki mengamuk dan melibas parang hingga menyebabkan adik teman wanitanya parah dalam kejadian di Taman Seri Kijang, di Bukit Mertajam, Isnin lalu.

Dalam kejadian 10.22 pagi itu, mangsa, remaja lelaki berusia 18 tahun luka di perut, betis kanan serta pergelangan tangan kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan mendapati suspek yang tinggal di Parit Buntar, Perak kerap menumpang di rumah ahli keluarga teman wanitanya itu.

Menurutnya, adik lelaki teman wanitanya pernah memberitahu yang dia tidak suka suspek tinggal di situ dan akan memukul suspek serta kakaknya jika ternampak mereka di rumah terbabit.

“Suspek bersama teman wanita kemudian pulang ke rumahnya di Parit Buntar dan dia mengambil parang serta rotan sebelum berpatah balik ke rumah mangsa.

“Kemudian, berlaku pergaduhan …

Kanak-kanak hilang rupanya Dah meninggal dunia 2 minggu lepas

Dah meninggal dunia 2 minggu lepas..😭

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah, hujung bulan lalu, dipercayai sudah meninggal dunia, sejak dua minggu lalu.

Rahsia itu terbongkar selepas soal siasat terhadap seorang lelaki yang menjaga kanak-kanak terbabit sejurus dia ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.

Sumber berkata, lelaki berkenaan melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian bersama isteri dan anaknya.

“Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.

“Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan berkata, tangkapan dilakukan pasukan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Langkawi dengan bantuan an…

Bahaya Kulat di dinding dan siling rumah anda

Lihatlah di siling dan dinding pejabat atau rumah anda. Ada nampak tompok tompok hitam berdebu yang berkumpul?

Ya,itu adalah KULAT
.
Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.

Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan.
.

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.

Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka  masalah kronik seperti astma.

Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.
.

Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
.

Bolehkah …

Bapa hentak anak guna tukul besi

[UPDATE] Bapa seperti dirasuk

“KAMI kenal ayah dan ayah takkan bertindak sebegitu kepada adik.

“Ketika dirawat di Hospital Parit Buntar, ayah sempat maklum pada kami, dia langsung tak ingat ketika kejadian berlaku,” kata ahli keluarga membabitkan kes seorang bapa dikatakan menghentak dengan tukul anak perempuannya hingga parah pada kepala.

Anak kedua daripada empat beradik yang hanya ingin dikenali sebagai Wan, 28, berkata, selepas kejadian itu, ahli keluarga lain, termasuk jiran, bapa saudara dan ibu saudara segera ke rumah bagi mengawal keadaan.

“Waktu itu ayah dalam keadaan terpinga-pinga dan tidak menyedari apa yang berlaku.

“Sehinggalah salah seorang ahli keluarga membaca bacaan (surah) Yasin pada ayah dan selepas itu ayah meronta-ronta sebelum melarikan diri menaiki motosikal hingga merempuh sebuah kedai penduduk di sini.

“Susulan kejadian itu kepala ayah terluka dan tulang tapak tangannya retak, bukannya ayah mencederakan dirinya sendiri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro…

Dihempap gajah ketika memandikan haiwan berkenaan

Lelaki mati dihempap gajah

NEW DELHI: Seorang lelaki maut selepas secara tidak sengaja terjatuh dan dihempap seekor gajah ketika memandikan haiwan berkenaan.

Dalam satu rakaman kamera keselamatan, Arun Panikkar, 40, dilihat memandikan haiwan berkenaan di sebuah tempat jagaan gajah di Karappuzha di daerah Kottayam, Kerala di selatan India baru-baru ini.

Lelaki itu dilihat mengarahkan gajah berkenaan berbaring untuk membersihkan belakangnya tetapi haiwan itu enggan.

Panikkar kemudiannya mengambil rotan dan terus memukul gajah itu tetapi dia tergelincir lalu jatuh dan pada masa yang sama haiwan itu terus berbaring serta menghempap badan lelaki berkenaan.

Seorang lelaki muncul untuk membantu Panikkar dan cuba menggerakkan gajah berkenaan tetapi tidak berjaya.

Gajah itu akhirnya bangun selepas lelaki itu memukulnya sebelum dia menarik Panikkar yang sudah tidak bergerak.

Bagaimanapun, Panikkar sudah meninggal dunia dan doktor memberitahu mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala serta …

Bukan Salah DBKL

Bukan salah DBKL... Saya mendapat info bahawa gambar kucing berdua ni telah viral di merata2 media sosial termasuk luar negara... saya tak kisah kalau posting saya dikongsi dan sebagainya cuma yg saya kesali, info yg diberi adalah tak tepat.

ada page yg share mengatakan konon kucing ni mati akibat disuntik mati oleh DBKL...saya tak.pernah sebut begitu pun...sejak dari tahun lepas lagi kami melakukan misi menyelamat kucing2 dari DBKL ini sebelum disuntik mati...dh kalau kami selamatkan sebelum disuntik mati, mcmmana mereka nak suntik mati lagi?

Kisah sebenarnya, menurut pekerja di pound DBKL, kucing berdua ni ditangkap di sebuah sekolah di Cheras setelah mendapat aduan kononnya banyak kucing di kantin sekolah tersebut.

terdapat pihak tak bertanggungjawab membuang kucing di kantin sekolah sehingga menyebabkan ada pihak tak menyenangi kehadiran mereka...DBKL dtg tangkap, kucing berdua ni memang dah memang nampak sakit waktu tu... dan mereka berdua tetap taknak berjauhan antara satu sama…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…