Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 13, 2019

Cucu tumbuk nenek hingga lebam

Ibu di dera oleh anak dan Menantu

Ibu di dera oleh anak dan Menantu.
Kejadian berlaku di rumah bernombor ## Tingkat 12 di Flat Sri Desa Wawasan.

Selama ini Mangsa telah di kurung dan di dera,namun pada hari ini,semasa anak dan menantu keluar,ibu yang malang ini telah meminta tolong dari Jiran tetangga melalui pintu Grill rumah tersebut.

Jiran telah datang membantu dengan memotong kunci grill pintu rumah tersebut dan menelefon IPD Perda, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Ambulan.

Ketiga - tiga suspek telah di tahan dan di bawa ke IPD Perda untuk Siasatan lanjut.

#BSKH

Pondan bogel

Pondan bogel `catwalk' tengah kota

GELAGAT seorang mak nyah berjalan di pembahagi jalan dalam keadaan berbogel menimbulkan ‘gempar’ dalam kalangan pengguna jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi tadi, mak nyah warga Filipina berkenaan dikatakan berlari dan berjalan di lokasi terbabit tanpa seurat benang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Rudy Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang awam.

“Kejadian difahamkan berlaku jam 11.15 pagi tadi. Berdasarkan maklumat yang diterima, mak nyah berkenaan dikatakan kurang siuman.

“Dia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya yang memaklumkan tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu.

Kejadian itu tular selepas dua video berdurasi 16 dan 44 saat dimuat naik di media sosial sejak petang tadi.

Dalam video yang dirakam oleh orang awam itu, mak nyah berkenaan dilihat berjalan dan berlari d…

cuba menyerang anggota polis menggunakan parang

Kan dah kena...

SEORANG lelaki cedera di kaki selepas ditembak ketika cuba menyerang anggota polis menggunakan parang panjang di tepi jalan Kampung Sungai Intan, Semporna, pagi semalam.

Dalam kejadian 11.25 pagi itu, suspek warga asing berumur 38 tahun dikatakan mengamuk di kawasan kampung terbabit sebelum orang awam menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Anak Umbuas, berkata tiga anggota polis tiba lokasi kejadian namun diserang suspek menggunakan parang panjang.

“Suspek menyerang salah seorang anggota polis menyebabkan satu das tembakan dilepaskan ke arah suspek dan terkena pada bahagian betis.

“Bimbang dengan keselamatan diri terancam, polis sekali lagi melepaskan tembakan apabila suspek bertindak agresif selain cuba menyerang anggota polis terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Peter berkata, suspek yang enggan menyerah diri itu bagaimanapun ditahan dan parang panjang berukuran 66 sentimeter dirampas.

Beliau berkata, suspek cedera di kedua-dua …

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…