Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 14, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Polis gemuk kena sertai kem mengurangkan berat badan

Polis gemuk kena sertai kem mengurangkan berat badan

BANGKOK 14 Mac - Mana-mana anggota polis yang mengalami masalah kegemukan di Thailand telah dihantar menyertai kem mengurangkan berat badan menerusi program ‘Belly Destruction’.

Portal Oddity Central melaporkan, balai polis di Thailand mula menghantar anggota-anggota mereka yang paling gemuk ke Pusat Latihan Polis di Pak Chong itu selepas kejayaan program rintis selama dua minggu tersebut.

Difahamkan, ,ereka yang menyertai kem tersebut perlu menunggang basikal dan mengamalkan diet kaya protein untuk menurunkan berat badan sebanyak mungkin.

Gambar anggota polis sedang membuat senaman rutin dalam program tersebut menjadi tular di media sosial

Kira-kira 200 anggota polis Thailand mengambil bahagian dalam kem ‘Belly Destruction’ tersebut.

Menurut media tempatan, polis yang mempunyai berat 200 kilogram berkya mengurangkan berat sebanyak 60 kilogram manakala anggota yang lain sekitar 20 kilogram. -AGENSI

#UtusanOnline

Marah diminta alihkan kenderaan

Berlagak samseng...

AKIBAT berang diminta untuk mengalihkan kenderaannya, seorang lelaki berlagak seperti samseng apabila mencekik pemandu kereta berhampiran masjid di Damansara, Petaling Jaya, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa berusia 37 tahun meletakkan kereta di tempat letak kenderaan di lokasi berkenaan sebelum ia dihalang kereta lelaki terbabit.

Sumber berkata, mangsa yang menaiki kereta Proton Savvy meminta suspek mengalih kereta yang menghalang kenderaannya untuk keluar dari kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, suspek yang sedang bersembang dengan seorang wanita di situ tidak mengendahkan permintaan mangsa terbabit.

Katanya, mangsa sekali lagi meminta suspek yang menaiki kereta Honda itu untuk mengalihkan kenderaannya, namun lelaki itu bertindak menengking mangsa.

“Lelaki itu turut bertindak agresif membuka pintu kereta mangsa lalu mencekik dan meletakkan lutut di dada mangsa.

“Mangsa keluar dari keretanya, namun ditumbuk lelaki terbabit pada baha…

Sungai Klang dicemari bahan kimia

Sungai Klang dicemari bahan kimia
SHAH ALAM - Sungai Klang hari ini tercemar dengan pembuangan sisa disyaki bahan kimia oleh individu tidak bertanggungjawab.
Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Datuk Ir. Hashim Osman berkata, maklumat mengenai pencemaran itu diterima pihaknya kira-kira pukul 6 petang tadi.
Katanya, sepasukan anggota LUAS telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengenalpasti sisa bahan kimia itu.
"Setakat ini, maklumat yang kita terima adalah bahan kimia itu dibuang di dalam sebuah longkang sebelum mengalir ke dalam Sungai Klang.
"Kita masih menyiasat termasuk keluasan pencemaran itu dan perkembangan terkini akan dimaklumkan nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 
Beliau menjelaskan, pencemaran itu tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap tujuh empangan di sekitar Selangor. 
Bagaimanapun, Hashim menegaskan ia berkemungkinan hanya akan memberi kesan terhadap haiwan ternakan sekitar sungai tersebut. - K! ONLINE

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…