Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 18, 2019

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Gajah goreng kunyit

Siapa sangka Serbuk Kunyit mampu dijadikan bahan perubatan untuk haiwan?

Pihak Adabi Consumer dengan kerjasama Zoo Negara telah ‘mandikan’ gajah dengan serbuk kunyit pagi tadi (18/3/2019 | 9pagi). Gajah tersebut telah dilumurkan dengan kunyit pada keseluruhan badannya. Sebanyak 7 kg serbuk kunyit Adabi telah digunakan untuk melumurkan pada seekor gajah. Kemudian lumuran kunyit itu akan dibiarkan pada badan gajah agar khasiat pada kunyit akan meresap masuk ke dalam kulit gajah. Kaedah melumur kunyit pada kulit gajah ini sebenarnya telah dipraktikkan di setiap zoo kerana khasiat semula jadi pada kunyit ini baik untuk kulit gajah.

Jadi apa kebaikan yang diperoleh daripada serbuk kunyit ini?
✅ Merawat luka kecil
✅ Merawat gigitan serangga
✅ Bertindak sebagai anti septic pada kulit
✅ Sebagai agen pemulih kulit

#adabi #bersihdanasli #serbukkunyitadabi #zoonegara
.
.
Sumber-Page Facebook Adabi

Media di Belanda melaporkan kejadian tembakan ke arah trem di bandar Utrecht

Polis Belanda telah mengenal pasti seorang suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan rambang di sebuah trem di Utrecht, Netherlands, yang mengakibatkan tiga orang maut dan sembilan lagi cedera.  Polis berkata helikopter kecemasan dihantar ke kawasan kejadian dan meminta orang awam untuk menjauhi kawasan kejadian supaya pihak berkuasa boleh melakukan kerja. Dalam pada itu, difahamkan pihak berkuasa di Utrecht telah menghentikan semua pengangkutan awam susulan kejadian.
Lelaki bersenjata itu dipercayai tidak bertindak sendirian telah melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kereta merah sebelum kenderaan itu ditemui di Utrecht. 
Sejurus selepas kejadian itu, sepasukan polis bersenjata berkumpul di hadapan sebuah blok kediaman kira-kira 200 meter dari tempat kejadian di mana suspek dipercayai bersembunyi. 
Pada jam 12.30 tengah hari (waktu tempatan), Kerajaan Belanda meningkatkan tahap ancaman keganasan kepada tahap yang paling tinggi dan para penduduk tempatan dinasihatkan…

Sisa kimia-laporan telah dibuat namun mereka mendakwa tiada tindakan diambil

Satu Lagi Lokasi Pembuangan Sisa Kimia Ditemui.!!

Penduduk kampung menemui satu lagi lokasi pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Sembilang yang terletak kira-kira dua kilometer dari Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Penduduk menemui lokasi itu pada 14 Mac lalu dan laporan telah dibuat namun mereka mendakwa tiada tindakan diambil.

Tinjauan di kawasan terbabit mendapati terdapat tiga tong berwarna biru dibuang dibawah jambatan yang menghubungkan Taman Tanjong Puteri dengan Taman Pasir Putih.

Penduduk, Ahmad Roh Ariffin mendakwa, kandungan tong yang dipercayai sisa toksik telah mengalir ke dalam sungai menyebabkan bau tidak menyenangkan dan sesak nafas.

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…