Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 19, 2019

Cucu tumbuk nenek hingga lebam

Adik ini membantu ayahnya,menjual penyapu buatan ayah

Sewaktu singgah di Stesen Petronas berdekatan Taman Sri Semantan, Temerloh baru2 ni ternampak adik ini menjual penyapu yg unik...isteri saya mendekati dan bertanya beberapa soalan sebelum membeli sebatang.

Adik ini membantu ayahnya...menjual penyapu buatan ayah katanya. Malu-malu tapi hati mulia. Penyapu ini batangnya dari buluh dan hujungnya (bahagian utk menyapu) dari pohon Enau...ingat peribahasa Bagai Enau Dalam Belukar, Melepas Pucuk Masing2? Walaupun ia diguna utk suatu peribahasa yg tak molek maksudnya, ada bahagian pohon Enau ni yg berguna yg boleh mendatangkan faedah. Tahu tak maksud peribahasa tu?

Kemas buatannya...tengok ikatan2, cara sulam dan simpulannya. Serbuk/habuk pada rerambut (bahagian utk menyapu) tu ori, bukan sampah kat rumah saya ye....belum guna pun lagi. Silap2 takkan diguna, buat hiasan 😁


Kredit: Nizam Samad

ditangkap selepas didapati cuba memecah masuk sebuah

Seorang penganggur yang mempunyai enam rekod jenayah lampau ditangkap selepas didapati cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Sungai Petai Permai 2, semalam. 
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu disedari oleh seorang penduduk yang kemudian memaklumkan perkara itu dalam dalam group WhatsApp. 
Suspek yang terlalu asyik mengumpil tingkap belakang rumah tidak menyedari dirinya telah dikepung, lalu ditangkap bersama peralatan pecah rumah, sebelum diserahkan kepada polis Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abdu Aziz mengesahkan suspek berusia 43 tahun itu ditangkap penduduk taman perumahan terbabit.
"Suspek tidak sempat masuk ke dalam rumah mangsa yang ketika kejadian sedang berkursus di Kuala Lumpur. 
"Dipercayai berlaku pergelutan ketika suspek cuba ditahan berdasarkan kecederaan di muka dan belakang suspek," katanya. 
Siasatan awal mendapati, suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai empat kes pecah rumah dan dua kes penyalahgunaan dadah. 
P…

Rompak berkumpulan, empat lelaki diberkas di Sibu

Rompak berkumpulan, empat lelaki diberkas di Sibu

SIBU: Empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan berkumpulan baru-baru ini berjaya dicekup di sebuah bilik sewa di Jalan Bako pada Isnin.

oleh polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah membuat tangkapan ke atas kesemua lelaki yang berusia antara 23 hingga 37 terbabit pada pukul jam 10.20 malam.

"Siasatan awal polis mendapati dua suspek mengaku melakukan rompakan berkumpulan bersama seorang lagi yang masih bebas di sebuah kedai membaiki peralatan elektrik di Jalan Khoo Peng Loong pada 12 Mac lalu," katanya pada sidang media di Balai Polis Sentral hari ini.

Stanley berkata kumpulan itu juga dipercayai bertanggungjawab melakukan lima kes pecah rumah dan kes curi di sekitar bandar ini.
Kesemua mereka merupakan penganggur termasuk dua berasal dari Daro, seorang dari Matu, …

Bahaya Urutan tengkuk kedai gunting

Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya.

Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.

Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “ meletup” atau “crakk” .

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.
.

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat

.

Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.

T…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…