Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 1, 2019

Cucu tumbuk nenek hingga lebam

Video-Maut langgar tayar belakang treler, diseret 50 meter

Maut langgar tayar belakang treler, diseret 50 meter

PULAU INDAH -Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang melanggar tayar belakang treler di depoh Pelabuhan Barat di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Ramlee Rusland, 31, maut dipercayai selepas terjatuh dan diseret sejauh kira-kira 50 meter dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku ketika pemandu treler lelaki berusia 45 tahun, sedang memandu dalam kawasan depoh Pelabuhan Barat.

“Ketika pemandu lori terbabit membelok ke kiri memasuki depoh, mangsa secara tiba-tiba melanggar bahagian tayar kiri belakang treler.

“Mangsa dipercayai terjatuh dan terseret sebelum disedari pemandu treler,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di zon merah HTAR akibat kecedera…

Pelbagai jenis kuman melekat di span

Anda gunakan span untuk bersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.

Tahukah anda? Pelbagai jenis kuman bakteria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.

Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kuman-kuman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kuman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda. Span adalah SYURGA bagi kuman.

Anda dan keluarga anda juga berisiko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.

Tahukah anda, span di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?

Jom ikuti tips membersihkan span di bawah:

✅ Rebus 5 minit atau,

✅ Microwave. Letak dlm air + bleach selama 2 minit atau,

✅ Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar. Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.

Kredit: Public Health Malaysia

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…