Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 6, 2019

6 termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual Mykad

Seawal 20 minit anda tidak merokok, tekanan darah akan mula menurun

Seawal 20 minit anda tidak merokok, tekanan darah akan mula menurun... tangan akan kemerahan menandakan peredaran darah yang bertambah baik.

Degupan nadi yang laju sebelum ini kembali kepada normal.  Jantung mula berehat dan dapat berfungsi dengan lebih baik.
.
TETAPI, saat inilah kesan nikotin (bahan yang menyebabkan ketagihan rokok) berakhir. Perasaan gian mula datang.

Mulalah rasa mengantuk, tidak dapat fokus, resah gelisah dan tidak tenteram.

Rokok memanggil manggil untuk mendapatkan dose Nikotin berikutnya.
.
Berhenti merokok memang banyak manfaatnya
Ketagihan kepada nikotin merupakan antara halangan utama.

Marilah dapatkan rawatan.

Kita ada ubat untuk mengurangkan kesan gian kepada rokok.

http://jomquit.moh.gov.my

#JomQuit #RestartNOW

Inspektor polis ditahan terlibat aktiviti pengedaran DADAH

Inspektor polis ditahan Bukit Aman
Inspektor polis ditahan sepasukan polis Bukit Aman di rumahnya di Johor Bahru pagi semalam selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran syabu.
Pegawai berusia 30-an itu yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di luar negeri ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung rampasan terbesar syabu 2.06 tan di Ulu Tiram, bulan lalu.
Difahamkan, tangkapan dilakukan di rumahnya 7 pagi semalam oleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Ya benar ada tangkapan membabitkan pegawai polis, namun saya tidak boleh mengulas lanjut kerana ia membabitkan kes Bukit Aman,” katanya.
Pada 19 Mac lalu, polis merampas 2.06 tan syabu bernilai RM103.2 juta yang disembunyikan di sebuah kontena di ladan…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…