Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April 10, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

Juruukur Terkejut jumpa rangka wanita

SEORANG juruukur terkejut apabila menemui rangka manusia dipercayai wanita ketika melakukan kerja pengukuran tanah di kawasan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Sepang, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, lelaki berkenaan bersama rakan sekerjanya melakukan kerja pengukuran pada 10 pagi sebelum terlihat selipar, pakaian dan bantal di kawasan berkenaan.

“Dia kemudian menghampiri dan mendapati terdapat beberapa tulang besar dibalut dengan selimut dan disyaki tulang manusia.

“Lelaki berkenaan kemudian melaporkan kejadian kepada polis sebelum sepasukan anggota ke lokasi kejadian,” katanya.

Abdul Aziz berkata, hasil siasatan polis menemui tulang manusia, selipar, cincin , sehelai jaket berwarna gelap, gelang tangan, tali pengikat rambut, seluar dalam, baju dalam dan sehelai selimut.

“Mangsa dipercayai seorang wanita dan berkemungkinan mayat mangsa ditinggalkan di tempat berkenaan kira-kira setahun lalu sebe…

POLIS memburu sekumpulan lelaki menyerang pelanggan restaurant

­čîÉMana kamu semua nak lari'

POLIS memburu sekumpulan lelaki disyaki terbabit dalam kejadian menyerang dan mencederakan tiga pelanggan di sebuah kedai makan di Melang, Kuala Pilah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Haslah Bachok berkata, dalam kejadian kira-kira 10 malam, suspek menaiki dua kereta berhenti di hadapan premis itu.

Menurutnya, empat lelaki memakai topeng penutup muka dan topi keluar kemudian menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan.

“Semua suspek yang bersenjatakan parang, cotar dan rotan menyerang tiga lelaki berusia 30-an sedang duduk di meja makan. Seorang mangsa sempat melarikan diri manakala dua lagi dipukul suspek.

“Suspek kemudian melarikan diri menaiki kereta sama. Kita tidak menolak kemungkinan ada suspek lain yang menunggu di dalam kereta ketika serangan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Haslah berkata, akibat kejadian itu seorang mangsa patah jari dan luka di kepala. Sementara itu seorang lagi mengalami luka dan bengkak pada len…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…