Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 16, 2019

GADUH: POLIS TAHAN 9 LELAKI CETUS PERGADUHAN

GADUH: POLIS TAHAN 9 LELAKI

JOHOR BAHRU 16 Mei - Polis menahan sembilan lelaki kerana dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di Medan Selera Jalan Trus di sini pada Isnin sehingga video pergaduhan tersebut menjadi tular.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, enam lelaki berusia antara 30 hingga 35 tahun ditahan pada hari kejadian manakala tiga lelaki berusia 34 hingga 48 tahun pula ditahan pada 1 pagi ini.

“Ketidakpuasan hati berkaitan kerja pengubahsuaian gerai dipercayai menjadi punca pergaduhan dua kumpulan lelaki yang berlaku pada 13 Mei lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebuah video berdurasi satu minit 35 saat memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh dan membuat bising di Medan Selera Jalan Trus mula tersebar sejak semalam.

Shahurinain berkata, dalam kejadian pada 12 tengah malam itu, berlaku perselisihan faham dan pergaduhan di medan selera tersebut dan polis berjaya menahan enam lelaki masing-masing terdiri daripad…

Suspek utama kes bunuh jururawat Hospital Serdang ditahan

Suspek utama kes bunuh jururawat Hospital Serdang ditahan

KUALA LUMPUR: Suspek warga Nigeria, Aliwajuwom Gilbertalowonle, yang diburu bagi membantu kes bunuh jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, ditahan di Cheras Sentral pada jam 3.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, mengesahkan penahanan itu sebentar tadi.

Difahamkan, suspek, yang juga dikenali sebagai Juwon, 36, ditahan oleh Polis Kontinjen Selangor dan Polis Daerah Sepang di sebuah cafe di pusat beli-belah Cheras Sentral, Cheras.

Semasa ditahan, pihak polis merampas sebuah telefon bimbit dari suspek bersama kad sim yang digunakan untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan maklumat sumber, suspek dikatakan mengenali mangsa sejak dua tahun lalu.

Sejurus ditahan, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

sumber▶️ BERITA HARIAN

#999Malaysia

Kes TEMBAK APA TU

TEMBAK APA TU ???

Kes TEMBAK APA TU ???

Kes melepaskan tembakan ke udara di Kuil Sri Pachai Marathu Muniandy, Parit 4, Sungai Burong, Tg. Karang

1. Pihak polis telah mengesan satu video tular yg memaparkan beberapa orang lelaki India melepaskan tembakan ke udara dengan menggunakan sepucuk senapang patah (double barrel). 15 ke 20 tembakan.

2. Kejadian dipercayai berlaku semasa satu upacara di kuil tersebut pada waktu tengah hari 12 Mei 2019 yg lalu.

3. Satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

4. 4 orang saspek lelaki India berumur sekitar 30 ke 67 tahun telah dikenalpasti dan akan ditahan utk siasatan lanjut. Senjata api terlibat turut akan dirampas.

5. Tangkapan akan direman utk siasatan lanjut.

KJSJ SELANGOR
16/5/19

#Inforoadblock tembakan ke udara di Kuil Sri Pachai Marathu Muniandy, Parit 4, Sungai Burong, Tg. Karang

1. Pihak polis telah mengesan satu video tular yg memaparkan beberapa orang lelaki India melepaskan tembakan ke udara dengan menggunaka…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…