Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 18, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

(Video) 'Tolong! Tolong! Peragut!' - Tak bayar kereta Honda City S+ 5 bulan, pemilik sembur racun serangga pada penarik kereta

(Video) 'Tolong! Tolong! Peragut!' - Tak bayar kereta Honda City S+ 5 bulan, pemilik sembur racun serangga pada penarik kereta

Viral di media sosial ketika ini video seorang pemilik kereta Honda City S+ enggan menyerahkan keretanya itu kepada penarik kereta yang ditugaskan untuk berbuat demikian.

Difahamkan, pemilik kereta tersebut gagal membuat bayaran bulanan selama lima bulan pada pihak Maybank Langkawi.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Benjamin Al Shariff, wanita terbabit enggan menyerahkan kereta itu biarpun wakil penarik kereta telah duduk di tempat duduk pemandu.

Lebih teruk lagi, dia bertindak menyembur racun serangga 'Baygon' terhadap penarik kereta yang merakam video itu sebagai bukti, sambil menjerit meminta tolong kononnya dia diragut.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, lelaki berkopiah itu keluar dari kereta dan terpaksa membiarkan saja wanita itu beredar sebelum mereka membuat laporan polis.

Difahamkan, selepas membuat laporan polis, krew penarik ke…

Akibat mabuk Penghadang disangka plaza tol

Penghadang disangka plaza tol

BUTTERWORTH: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas dan memasuki ke rel kereta api pelabuhan di Pangkalan Kontena Bworth Utara (PKBU) di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, lelaki berusia 20-an terbabit dikatakan memandu kenderaannya dari arah Bagan di sini, dalam keadaan mabuk.

Sumber berkata, lelaki terbabit ‘melihat’ penghadang di bahagian timbangan lori kawasan berkenaan sebagai ‘plaza tol’ sebelum memasuki kawasan terbabit.

“Bagaimanapun, tiada kerosakan dilaporkan berlaku pada rel kereta api berkenaan, manakala pemandu terbabit tidak cedera.

“Kenderaan dipandunya tidak mengalami kerosakan manakala kereta dikeluarkan sendiri daripada pemilik tanpa bantuan.

“Kejadian hanya dimaklumkan kepada pihak polis pelabuhan dan tiada tindakan lanjut diambil ke atas pemandu berkenaan,” katanya kepada BH, hari ini,

.
.
Sumber-Berita Harian
#999Malaysia

Doktor menegah anda dari mengorek telinga dengan objek asing kerana akan mengakibatkan

Doktor menegah anda dari mengorek telinga dengan objek asing kerana akan mengakibatkan lapisan lilin di lubang telinga menjadi mampat dan menyumbat telinga.

Ia juga menyebabkan risiko kecederaan gegendang telinga pecah dan jangkitan.

Tetapi mengapa ramai yang suka mengorek telinga dan berasa “sedap” dengan tindakan tersebut?
.

Sebenarnya, rongga telinga memiliki sistem saraf yang sensitif dan kompleks. Rangsangan atau sentuhan kepada saraf ini memberi sensasi yang SEDAP dan seronok.

Ia juga kawasan yang jarang disentuh, oleh itu ia amat sensitif. Sama seperti mengeletek ketiak anda.

Selain itu, ramai yang beranggapan lubang telinga perlu sentiasa dibersihkan. Apabila mula terasa gatal atau tidak selesa, anda merasakan ia perlu dibersihkan.

Atau mungkin kerana namanya “tahi telinga”, oleh itu anda merasakan ia perlu di cuci.
.

Tahi telinga sebenarnya adalah sejenis lilin yang sangat penting dalam melindungi struktur dalaman telingan anda.

Ia memiliki kandungan antibakteria yang menceg…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…