Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 19, 2019

Cucu tumbuk nenek hingga lebam

Google Gantung Operasi Perniagaan Dengan Huawei

Google Gantung Operasi Perniagaan Dengan Huawei

Google telah menggantung operasi perniagaan bersama Huawei dengan serta-merta sekaligus memaksa jutaan pengguna peranti telefon pintar itu menerima impak dramatik.

Menurut sumber, Huawei akan kehilangan akses kepada kemas kini sistem pengendalian Android. Selepas ini, telefon pintar Huawei versi luar China akan kehilangan akses kepada aplikasi dan perkhidmatan popular termasuk aplikasi Google Play Store dan Gmail.

Ini bermakna tiada lagi kemas kini keselamatan Android untuk peranti yang baru dan lama termasuk model yang baru dilancarkan iaitu P30 dan P30 Pro, Mate 20 Pro dan banyak lagi.

Google mengambil tindakan berkenaan selepas pengumuman Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat pada Rabu lalu yang meletakkan Huawei dalam senarai hitam perdagangan berikutan pesanan eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Mangsa nahas disyaki diseludup masuk ke negara ini

TERKINI: Mangsa nahas disyaki diseludup masuk ke negara ini

BAGAN SERAI: Kesemua 14 warga asing yang terbabit kemalangan di Kilometer 190.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat susur keluar Plaza Tol Bukit Merah, di sini, hari ini, dipercayai diseludup masuk oleh sindiket penyeludupan ke negara ini.

Difahamkan, ia berdasarkan siasatan awal polis selepas tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan keadaan kumpulan warga asing itu yang berhimpit di dalam kenderaan utiliti sukan (SUV), Nissan X -Trail

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, tiga maut dan 11 cedera termasuk tujuh parah adalah warga Myanmar manakala pemandu kenderaan itu dipercayai juga warganegara berkenaan berjaya melarikan diri selepas kemalangan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Perak, Superintendan Zakaria Abd Rahman, berkata siasatan awal polis mendapati SUV berkenaan dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan dan kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri…

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…