Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 20, 2019

Polis terima laporan kes budak sekolah gaduh

FOTO-30 gerai di Masjid India musnah terbakar

30 gerai di Masjid India musnah terbakar

KUALA LUMPUR: Lebih 30 gerai di hadapan kompleks Wisma Yakin di Jalan Masjid India di sini yang sering menjadi tumpuan membeli-belah menjelang Hari Raya, terbakar pada awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Penguasa Bomba L Logeswaran dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.35 pagi tadi.

Katanya, seramai 48 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Sentul dan BBP Pudu bersama empat jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah ‘water tanker’ bergegas ke lokasi untuk memadam kebakaran.

“Sebaik kita tiba di lokasi pada jam 1.44 pagi, didapati kira-kira 30 gerai yang ada di situ sedang terbakar.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan api dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.04 pagi.

“Bagaimanapun, semua gerai di situ musnah 100 peratus. Anggota kita kemudian meneruskan kerja-kerja pemadam…

TANGAN KANAK KANAK TERSEPIT DALAM MESIN

ASSALAMUA'LAIKUM...SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA
PASUKAN ALPHA

JENIS INSIDEN : TANGAN TERSEPIT DALAM MESIN

ALAMAT : LORONG KAMALI-KG DELEK KANAN,KLANG SELANGOR

TARIKH: 20/05/2019

TERIMA PANGGILAN : 09:09:35

JENTERA KELUAR : 09:10:16

JENTERA SAMPAI LOKASI: 09:20:39

 OPERASI TAMAT  : 09:54:00

KOMANDER OPERASI: PBK II ABDUL SHOKRY BIN MOHD NOOR

KEANGGOTAAN :

 B1-40 KOTA RAJA:  PEMANDU 1,ANGGOTA 5

LAPORAN KEJADIAN :
MANGSA SEORANG KANAK2  WARGANEGARA INDONESIA BERUMUR 3THN BERNAMA MOHD FARHAN TELAH TERSEPIT TANGAN KIRI DISEBUAH MESIN PENGISAR .. ANGGOTA MEMBUAT KERJA2 MENGELUARKAN TANGAN MANGSA MENGUNAKAN PERALATAN KHAS SEHINGGA BERJAYA DIKELUARKAN,MANGSA MENGALAMI KECEDERAAN DITANGAN DAN JARI TELAH DISERAHKAN KEPADA PIHAK AMBULAN HTAR UNTUK RAWATAN SELANJUTNYA

SELESAI OPERASI JENTERA DAN ANGGOTA BALIK BALAI.

JARAK KE TEMPAT KEJADIAN  :10KM

SEKIAN,TERIMA KASIH

#BalaiBombaDanPenyelamatKotaRaja

VIDEO TULAR: POLIS KINI BURU LELAKI PENARIK KERETA

VIDEO TULAR: POLIS KINI BURU LELAKI PENARIK KERETA

Kuala Lumpur, 20 Mei 2019 - Tiga individu warga tempatan kini diburu pihak polis selepas dipercayai cuba melakukan pemerasan terhadap seorang wanita dalam satu kejadian di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Satu klip video berdurasi 2 minit 3 saat, yang memaparkan tindakan suspek berkeras mahu menarik kereta milik mangsa tular dalam Facebook, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP S. Shanmugamoorthy, pihak polis sudah mempunyai butiran ketiga-tiga suspek dan usaha mengesan serta menangkap mereka sedang dilakukan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Sumber: Kosmo Online
.
.
#999malaysia

Catatan popular daripada blog ini

Kemaluan tersekat dalam lubang paip

Alat sulit tersekat dalam lubang paip

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam.

Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan.

“Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan.

Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital.

“Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital …

Video-Wanita Cedera disamun dan dipukul dalam lift MRT.

Seorang wanita dibelasah sehingga cedera sebelum disamun dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu, mengikut lapor Harian Metro.  . .
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi MOhd Isa berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun itu berada di dalam lif.
.
. Suspek membelasah mangsa sehingga bengkak di dahi. Suspek mengambil beg tangan mangsa dan melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai RM400.  . . Polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan.

Kes pukul rakan,2 pelajar sudah ditahan polis

PADAH memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, itu, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa…